Design: MONGGOL DAH PULANG (XPDC)
Rekabentuk : rokerama
Penggunaan perisian : Adobe Photoshop
Layer : Lebih kurang (Anggaran 50++)
Path : Tak terkira
Size rekaan : 16 x 22 inci
Resolusi : 300 pixels (bicubic)
Design: MONGGOL DAH PULANG (XPDC)
Rekabentuk : rokerama
Penggunaan perisian : Adobe Photoshop
Layer : Lebih kurang (Anggaran 50++)
Path : Tak terkira
Size rekaan : 16 x 22 inci
Resolusi : 300 pixels (bicubic)
Apa yang penting sebelum proses “screen exposure” bagi cetakan halftone adalah kadar frekuensi output dan kiraan mesh anda.
Apa jenis emulsion, lampu dan jenis output anda tidaklah menjadi satu masalah yang besar yang memungkinkan masa depan anda menjadi gelap. Anda hanya perlu sedikit, atau mungkin banyak penambahan dari segi jangkamasa. Anda boleh gunakan “Expose calculator” bagi mendapatkan kiraan yang sesuai.
Bagi penggunaan output, menggunakan kertas tracing atau kertas yang disapu minyak, tidaklah digalakkan, tetapi masih boleh digunakan sekiranya anda tiada pilihan. Lebihkan jangkamasa dan gunakan kiraan frekuensi yang rendah.
Kali ini saya akan konsikan tutorial dari Yang berhormat Annur Zafran, ADUN Malika, mukim Metallica???
Teknik yang digunakan agak berbeza, tetapi pada dasarnya, sama sahaja. Yang penting, hasilnya seperti yang diingini.
Anda boleh ajukan sebarang pertanyaan samada pada waktu sahur hingga ke sahur yang seterusnya. Pertanyaan anda amat-amat dialukan.
Anda boleh layari facebook Annur Zafran
Continue reading Pengasingan “Simulated Process Color” : Oleh YB Annur Zafran
Post pertama saya mengenai panduan asas rekaan t-shirt yang dihasilkan.
Anda mungkin menghadapi beberapa masalah semasa mencetak. Lebih- lebih lagi bagi anda yang baru menceburi bidang percetakan t-shirt ini.
Saya akan huraikan beberapa masalah yang mungkin anda hadapi, berserta penyelesaian yang mungkin boleh anda gunakan sebagai panduan.
Artikel ini mungkin tidak meliputi kesemua masalah yang mungkin anda akan hadapi, dan anda mungkin menghadapi masalah yang mungkin jarang dihadapi. Anda boleh kongsikan masalah di ruangan “comment”. Ia mungkin boleh membantu pembaca mengenal pasti lain-lain permasalahan yang mungkin tidak dinyatakan di sini. Continue reading Permasalahan dan penyelesaian semasa mencetak
Penggunaan dakwat emboss, agak popular dikalangan pencetak t-shirt tempatan pada awal permulaan saya berkecimpung dalam bidang percetakan t-shirt ini, dan sehingga kini ia masih luas digunakan memandangkan permintaan pada cetakan emboss ini masih menjadi pilihan pelanggan. Sehingga kini, permintaan bagi cetakan emboss ini, masih menjadi pilihan walaupun saya beranggapan ianya menjadi pilihan bagi cetakan baju untuk kanak-kanak.