Design: MONGGOL DAH PULANG (XPDC)
Rekabentuk : rokerama
Penggunaan perisian : Adobe Photoshop
Layer : Lebih kurang (Anggaran 50++)
Path : Tak terkira
Size rekaan : 16 x 22 inci
Resolusi : 300 pixels (bicubic)
Design: MONGGOL DAH PULANG (XPDC)
Rekabentuk : rokerama
Penggunaan perisian : Adobe Photoshop
Layer : Lebih kurang (Anggaran 50++)
Path : Tak terkira
Size rekaan : 16 x 22 inci
Resolusi : 300 pixels (bicubic)
Apa yang penting sebelum proses “screen exposure” bagi cetakan halftone adalah kadar frekuensi output dan kiraan mesh anda.
Apa jenis emulsion, lampu dan jenis output anda tidaklah menjadi satu masalah yang besar yang memungkinkan masa depan anda menjadi gelap. Anda hanya perlu sedikit, atau mungkin banyak penambahan dari segi jangkamasa. Anda boleh gunakan “Expose calculator” bagi mendapatkan kiraan yang sesuai.
Bagi penggunaan output, menggunakan kertas tracing atau kertas yang disapu minyak, tidaklah digalakkan, tetapi masih boleh digunakan sekiranya anda tiada pilihan. Lebihkan jangkamasa dan gunakan kiraan frekuensi yang rendah.
Kali ini saya akan konsikan tutorial dari Yang berhormat Annur Zafran, ADUN Malika, mukim Metallica???
Teknik yang digunakan agak berbeza, tetapi pada dasarnya, sama sahaja. Yang penting, hasilnya seperti yang diingini.
Anda boleh ajukan sebarang pertanyaan samada pada waktu sahur hingga ke sahur yang seterusnya. Pertanyaan anda amat-amat dialukan.
Anda boleh layari facebook Annur Zafran
Continue reading Pengasingan “Simulated Process Color” : Oleh YB Annur Zafran
Post pertama saya mengenai panduan asas rekaan t-shirt yang dihasilkan.
Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana menghasilkan pecahan 2 warna, dan juga anda boleh sedia untuk mencetaknya. Tutorial kali ini agak ringkas dan penerangannya tidaklah begitu terperinci, jadi bagi yang belum biasa dengan proses ini, cuba layari tutorial- tutorial yang lepas mengenai Simulated Process Color ini.
Continue reading Video Tutorial Bahasa Melayu : SIMULATED PROCESS COLOR 2 warna
Terima kasih kepada GROUSIEY PRINTHOUSE
Design:WINGS (Menakluk Kosmos, Penang 2014) OFFICIAL
Percetakan : Discharge Continue reading WINGS “Konsert Menakluk Kosmos, Penang 2014” : Cetakan Discharge
Sambungan dari tutorial “simulated process color bahagian 1”. Saya maklumkan sekali lagi bagi anda yang masih asing dengan proses pengasingan ini, rujuk pada tutorial saya sebelum ini mengenai asas teknik pengasingan “SPC” ini.
Sila rujuk penggunaan asas “shortcut key” yang biasa saya gunakan dalam setiap tutorial.
Selamat mencuba
ROKERAMA
Design:THE ANGLERS – Edisi Sebarau
Percetakan : Plastisol
Teknik Pecahan Warna: Simulated
Warna : 7 warna Plastisol
Mesh Count : 90T (2286)
Output Frequency : 65 lpi
Output Angle : 22.5
Rekabentuk : rokerama
Pencetak : ROKERAMA
Kerjasama bersama : Anglers Haven
Video kali ini akan menunjukkan proses pengasingan warna “Simulated Process Color” 5 warna secara manual. Tutorial ini agak bersahaja dan kepada anda yang masih asing lagi dengan proses ini, sebaiknya ikuti tutorial – tutorial mengenai teknik asas pengasingan warna “simulated process color” yang lepas di blog rokerama ini. Selamat mencuba
Design:WINGS (30th Anniversary) OFFICIAL
Percetakan : Plastisol
Teknik Pecahan Warna: Simulated Continue reading (VIDEO) CETAKAN T-SHIRT WINGS 30 TAHUN (OFFICIAL)
Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel mengenai penggunaan underbase sebelum ini. Anda mempunyai pilihan samaada ingin menggunakan underbase atau tidak, tetapi ia akan memberikan kesan atas hasil cetakan anda sekiranya anda mengabaikan penggunaan underbase. Anda perlu bijak menilai sesuatu rekaan tersebut samaada memerlukan penggunaan underbase atau tidak. Begitu juga penggunaan warna”High light” yang kebiasaannya menggunakan warna putih bagi menyerlahkan lagi sesuatu cetakan. Continue reading Panduan Percetakan Plastisol : Penggunaan Underbase dan “Highlight White” (Bahagian 3)
Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh “preview” halftone yang akan anda cetak. Saya lebih selesa menghantar hasil pengasingan warna saya kepada pencetak film output, memandangkan ia lebih mudah bagi mendapatkan hasil semasa proses penyediaan block dari segi ketajaman dan kehalusan cetakan film output tersebut. Anda mungkin boleh cuba salah satu dari pencetak output di laman facebook seperti “Film Output Kuala Lumpur” sebagai contoh. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mencetak terus melalui printer anda, anda boleh mencuba teknik yang saya tunjukkan di sini. Continue reading “Preview” Halftone dan sedia untuk dicetak
Penggunaan Halftone dalam percetakan t-shirt memang amat mengujakan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru “khatam” akan penggunaannya. Anda mampu untuk menghasilkan cetakan hampir tiada had dari segi rekaan. Dari kesan seperti api, air, asap hinggalah kepada texture kulit limau.
Walaubagaimanapun, penggunaan halftone yang agak berlebih-lebihan agak menjengkelkan dan kadangkala akan menjadikan rekaan anda seperti cetakan yang agak “murahan”. Murahan yang dimaksudkan, bukanlah bererti cetakan itu tiada bernilai. Penggunaan halftone yang kadangkala tidak kena pada tempatnya mungkin mencacatkan rekaan (bukan cetakan) anda, atau boleh dikatakan sebagai “halftone selagi boleh”. Continue reading Halftone Bukan Segalanya
Percetakan plastisol adalah salah satu teknik percetakan yang agak popular di kalangan pencetak t-shirt. Teknik plastisol ini tiada banyak bezanya dari segi asas percetakan, cuma penggunaan beberapa peralatan tambahan seperti pemanas “flash cure” dryer atau heater dan sedikit penambahbaikan meja cetakan diperlukan bagi melancar dan memudahkan teknik ini. Penggunaan mesh bagi “output frequency” yang betul, dan juga teknik pengasingan warna yang sesuai. Penggunaan flash cure juga boleh diganti dengan “heat blower” sekiranya anda agak kekurangan modal bagi mendapatkan flash cure dryer. Continue reading Panduan Percetakan Plastisol: Pengenalan (Bahagian 1)
Pada tutorial “SIMULATED PROCESS COLOUR- Panduan berperingkat (bahagian 3) sebelum ini, anda diterangkan bagaimana menyediakan channel bagi setiap warna yang diasingkan. Sebelum itu, saya ingin tekankan di sini agar anda mempelajari teknik pengasingan warna ini secara manual terlebih dahulu sebelum anda bercadang untuk mendapatkan software pengasingan warna yang terdapat di pasaran. Ia baik untuk anda yang ingin mendapatkan hasil cetakan yang lebih optimum. Continue reading SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat(Bahagian 4): Menukarkan channel kepada BITMAP bagi penyediaan “film”
Kali ini saya akan menunjukkan teknik pengasingan warna bagi menghasilkan cetakan “flourescent” menggunakan teknik SPC (Simulated Process Colour”. Mungkin sesetengah pencetak mempunyai cara yang tersendiri bagi menghasilkan cetakan sebegini, jadi saya akan tunjukkan teknik yang saya gunakan bagi cetakan ini. Continue reading VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu): Pengasingan “Simulated” Cetakan Flourescent
Sebelum ini, jika anda sudah faham bagaimana menyediakan channel bagi underbase, anda mungkin tidak mempunyai masalah untuk melakukan proses SMP (Simulated Process Colour) bagi warna seterusnya
Untuk kali ini, saya akan sambung mengenai bagaimana untuk memastikan channel underbase anda benar-benar sesuai untuk cetakan. Anda boleh gunakan cara ini, bagi mendapatkan warna bagi channel seterusnya. Continue reading SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat(Bahagian 3): “Image Adjustment” dan Penyediaan Warna Seterusnya