Tag Archives: screen stretcher

Permasalahan dan penyelesaian semasa mencetak

Anda mungkin menghadapi beberapa masalah semasa mencetak. Lebih- lebih lagi bagi anda yang baru menceburi bidang percetakan t-shirt ini.

Saya akan huraikan beberapa masalah yang mungkin anda hadapi, berserta penyelesaian yang mungkin boleh anda gunakan sebagai panduan.

Artikel ini mungkin tidak meliputi kesemua masalah yang mungkin anda akan hadapi, dan anda mungkin menghadapi masalah yang mungkin jarang dihadapi. Anda boleh kongsikan masalah di ruangan “comment”. Ia mungkin boleh membantu pembaca mengenal pasti lain-lain permasalahan yang mungkin tidak dinyatakan di sini. Continue reading Permasalahan dan penyelesaian semasa mencetak

Advertisements

CARA MUDAH “EXPOSURE BOX” DIY

“Exposure box” adalah satu peralatan yang agak penting dalam proses percetakan t-shirt, dan ianya antara peralatan yang paling mudah untuk dihasilkan sendiri. Sekurang-kurangnya cukup bagi anda menghasilkan block anda sendiri. Malah anda hampir perlu menggunakan hanya lampu dan cermin sahaja untuk menghasilkan exposure box anda sendiri. Walaubagaimanapun, saya akan tunjukkan cara pembuatan yang agak “senonoh” sedikit. Mungkin tidaklah sesempurna atau secantik exposure box yang dijual, tapi ia tetap nampak cantik dan yang paling penting, cukup untuk kegunaan anda. Continue reading CARA MUDAH “EXPOSURE BOX” DIY

Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 2)

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana menyediakan block cetakan sebelum anda boleh memulakan cetakan. Sebelum itu, saya ingin memaklumkan, yang tutorial ini tidak merangkumi penghasilan rekaan t-shirt dan juga teknik pengasingan warna. Anda boleh ikuti tutorial video pengasingan warna melalui ruangan video tutorial di blog ini. Saya akan cuba menghasilkan lebih banyak tutorial dalam bentuk tulisan dan juga video tentang menghasilkan rekaan dan juga pengasingan warna secara asas dan mudah difahami bagi yang baru ingin menceburi bidang ini…sekiranya umur saya masih panjang. Continue reading Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 2)

“SANDWICH STRETCHER” : Kemaskini Tutorial Penggunaan DIY Stretcher

Kali ini saya akan kemaskinikan tutorial saya mengenai penggunaan “Sandwich Stretcher” saya.

Maaf jika tutorial saya mengenai penggunaannya sebelum ini agak mengelirukan, di samping draf lakaran yang ada sikit kesilapan yang baru saya sedari bagi besi “A” yang mana kedudukannya terbalik (rajah 1). Anda boleh rujuk semula tutorial saya sebelum ini.“SCREEN STRETCHER” DIY MURAH DAN MUDAH (SANDWICH STRETCHER). Continue reading “SANDWICH STRETCHER” : Kemaskini Tutorial Penggunaan DIY Stretcher

CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah

Kepada anda yang baru menceburkan diri di dalam bidang percetakan t-shirt ini, atau mungkin anda ingin membina meja cetakan sendiri bagi mengurangkan kos, atau pembekal yang berjauhan dari tempat anda, saya sertakan panduan lakaran dan ukuran yang sesuai bagi menghasilkan meja cetak yang mudah dan ringkas. Continue reading CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah

VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu) : Simulated Process Colour

Melalui tutorial ni, saya akan tunjukkan serba sedikit teknik asas pengasingan warna teknik “Simulated Process Colour”

Proses ini boleh digunakan untuk percetakan Plastisol, Discharge, Waterbase dan juga Rubberize printing

Maaf di atas penyampaian yang agak berterabur dan kurang jelas, memandangkan ini adalah video pertama saya, dan jika ada penerangan yang tidak berapa jelas atau “ntah apa-apa ntah” yg saya tuturkan, anda boleh hubungi saya atau isikan ruangan komen yang disediakan

Material t-shirt yang sesuai bagi Discharge printing

Bagi yang baru ingin mencuba mencetak menggunakan teknik discharge printing, penggunaan jenis kain yang sesuai amat penting. Bertanya dulu pada pembekal anda adakah material tersebut 100% cotton. Sesetengah t-shirt menunjukkan label yang bertulis 100% cotton, tapi realitinya ia bukan seratus peratus cotton. Walaubagaimanapun, bukan semua pembekal arif mengenai material yang dibekalkan. Continue reading Material t-shirt yang sesuai bagi Discharge printing