Design: SAMURAI (XPDC)
Rekabentuk : rokerama
Penggunaan perisian : Adobe Photoshop
Layer : Tak ingat (Anggaran 40++)
Path : Tak terkira
Size rekaan : 16 x 22 inci
Resolusi : 250 pixels (bicubic)
Design: SAMURAI (XPDC)
Rekabentuk : rokerama
Penggunaan perisian : Adobe Photoshop
Layer : Tak ingat (Anggaran 40++)
Path : Tak terkira
Size rekaan : 16 x 22 inci
Resolusi : 250 pixels (bicubic)
Apa yang penting sebelum proses “screen exposure” bagi cetakan halftone adalah kadar frekuensi output dan kiraan mesh anda.
Apa jenis emulsion, lampu dan jenis output anda tidaklah menjadi satu masalah yang besar yang memungkinkan masa depan anda menjadi gelap. Anda hanya perlu sedikit, atau mungkin banyak penambahan dari segi jangkamasa. Anda boleh gunakan “Expose calculator” bagi mendapatkan kiraan yang sesuai.
Bagi penggunaan output, menggunakan kertas tracing atau kertas yang disapu minyak, tidaklah digalakkan, tetapi masih boleh digunakan sekiranya anda tiada pilihan. Lebihkan jangkamasa dan gunakan kiraan frekuensi yang rendah.
Penggunaan “layer mask” dan “poster edges” dalam Photoshop adalah salah satu “tools” yang agak kerap digunakan dalam menghasilkan rekaan dan “image editing”.
Ianya agak penting dalam memudahkan sesuatu rekaan dihasilkan
Continue reading Penggunaan “Layer Mask” dan “Poster Edges”- Photoshop
Kali ini saya akan konsikan tutorial dari Yang berhormat Annur Zafran, ADUN Malika, mukim Metallica???
Teknik yang digunakan agak berbeza, tetapi pada dasarnya, sama sahaja. Yang penting, hasilnya seperti yang diingini.
Anda boleh ajukan sebarang pertanyaan samada pada waktu sahur hingga ke sahur yang seterusnya. Pertanyaan anda amat-amat dialukan.
Anda boleh layari facebook Annur Zafran
Continue reading Pengasingan “Simulated Process Color” : Oleh YB Annur Zafran
Tutorial Video asas ringkas mencipta “brush stroke” anda sendiri menggunakan perisian Adobe Illustrator.
Anda boleh gunakan untuk merekabentuk rekaan atau “image tracing” berasaskan “vector” tanpa perlu bergantung kepada “preset brush” yang telah tersedia, yang kadangkala tidak mengikut selera anda terutamanya yang biasa melakar secara “freehand”
Post pertama saya mengenai panduan asas rekaan t-shirt yang dihasilkan.
Anda mungkin menghadapi beberapa masalah semasa mencetak. Lebih- lebih lagi bagi anda yang baru menceburi bidang percetakan t-shirt ini.
Saya akan huraikan beberapa masalah yang mungkin anda hadapi, berserta penyelesaian yang mungkin boleh anda gunakan sebagai panduan.
Artikel ini mungkin tidak meliputi kesemua masalah yang mungkin anda akan hadapi, dan anda mungkin menghadapi masalah yang mungkin jarang dihadapi. Anda boleh kongsikan masalah di ruangan “comment”. Ia mungkin boleh membantu pembaca mengenal pasti lain-lain permasalahan yang mungkin tidak dinyatakan di sini. Continue reading Permasalahan dan penyelesaian semasa mencetak
Penggunaan dakwat emboss, agak popular dikalangan pencetak t-shirt tempatan pada awal permulaan saya berkecimpung dalam bidang percetakan t-shirt ini, dan sehingga kini ia masih luas digunakan memandangkan permintaan pada cetakan emboss ini masih menjadi pilihan pelanggan. Sehingga kini, permintaan bagi cetakan emboss ini, masih menjadi pilihan walaupun saya beranggapan ianya menjadi pilihan bagi cetakan baju untuk kanak-kanak.
Kali ini saya tunjukkan pengasingan cetakan mudah, sesuai untuk pencetak “beginner”, menggunakan perisia “AI”
Anda juga boleh dapatkan file asal rekaan “Stormtrooper” ini untuk anda cuba asingkan sendiri, atau file yang siap diasingkan untuk anda hasilkan “block”. Continue reading Video Tutorial Bahasa Melayu : “SPOT COLOR” Pengasingan 3 warna untuk “Beginner”
Kepada “beginner” yang ingin menghasilkan rekaan t-shirt dengan kesan “grunge atau distress” dalam bentuk “vector”.
Ianya agak mudah dan ringkas, serta akan ditunjukkan bagaimana menukarkan imej “jpeg atau png” kepada vector menggunakan “Live Trace”.
Juga mengenai bagaimana menukarkan text kepada vector menggunakan arahan “create outline”
Selamat mencuba
Sambungan dari tutorial “simulated process color bahagian 1”. Saya maklumkan sekali lagi bagi anda yang masih asing dengan proses pengasingan ini, rujuk pada tutorial saya sebelum ini mengenai asas teknik pengasingan “SPC” ini.
Sila rujuk penggunaan asas “shortcut key” yang biasa saya gunakan dalam setiap tutorial.
Selamat mencuba
ROKERAMA
Design:THE ANGLERS – Edisi Sebarau
Percetakan : Plastisol
Teknik Pecahan Warna: Simulated
Warna : 7 warna Plastisol
Mesh Count : 90T (2286)
Output Frequency : 65 lpi
Output Angle : 22.5
Rekabentuk : rokerama
Pencetak : ROKERAMA
Kerjasama bersama : Anglers Haven
Video kali ini akan menunjukkan proses pengasingan warna “Simulated Process Color” 5 warna secara manual. Tutorial ini agak bersahaja dan kepada anda yang masih asing lagi dengan proses ini, sebaiknya ikuti tutorial – tutorial mengenai teknik asas pengasingan warna “simulated process color” yang lepas di blog rokerama ini. Selamat mencuba
Sedikit panduan bagi mereka yang ingin membuat tempahan t-shirt.
Panduan ini hanyalah sebagai rujukan bagi memudahkan urusan anda dengan pencetak t-shirt yang akan anda berurusan, dan bukanlah prosedur yang wajib anda patuhi.
Kebiasaannya anda sebagai pelanggan yang ingin membuat tempahan t-shirt akan mengajukan beberapa soalan mengenai tempahan t-shirt yang akan atau “mungkin” akan anda tempah. Soalan yang mungkin anda ajukan :
Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel mengenai penggunaan underbase sebelum ini. Anda mempunyai pilihan samaada ingin menggunakan underbase atau tidak, tetapi ia akan memberikan kesan atas hasil cetakan anda sekiranya anda mengabaikan penggunaan underbase. Anda perlu bijak menilai sesuatu rekaan tersebut samaada memerlukan penggunaan underbase atau tidak. Begitu juga penggunaan warna”High light” yang kebiasaannya menggunakan warna putih bagi menyerlahkan lagi sesuatu cetakan. Continue reading Panduan Percetakan Plastisol : Penggunaan Underbase dan “Highlight White” (Bahagian 3)
Kali ini saya akan kongsikan post dari Cikgu Kimi (DRACO APPAREL)
Terima kasih kerana sudi dikongsikan bersama di blog ROKERAMA ini.
Hahhaha dasyat tajuk tu..aku xdak gambar camna rupa dia..
tapi bila dah kena korang akan tau..
bila cuci blok… cun..emulsion dah tanggal…
semua cantik… biasanya kita biarkan dia kering bawah kipas..
ada yg guna hair dryer…
pegang blok.. selari dengan meja..dengan bertentang dengan lampu..
kita akan nampak selaput tu…dia berkilat kilat…
kalau tgk straight memang xdak apa2…
biasanya selaput tu akan kacau bila kita start print nanti..
tapi biasanya bila masuk ke helaian ke 5 or 10 nanti..selaput tu akan tanggal jugak.. tapi..rugi laaa..byk baju kena reject nanti.. Continue reading “Selaput putih @ dara” oleh Cikgu Kimi dari DRACO APPAREL
Kali ini, saya akan kongsikan post dari facebook tuan “Ihsahn”(INSPIRASISEKUJI), “screenter dan head bangers” dari Segamat Johor. Continue reading “Marking Siam” Oleh Tuan “Ihsahn” dari INSPIRASISEKUJI
Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh “preview” halftone yang akan anda cetak. Saya lebih selesa menghantar hasil pengasingan warna saya kepada pencetak film output, memandangkan ia lebih mudah bagi mendapatkan hasil semasa proses penyediaan block dari segi ketajaman dan kehalusan cetakan film output tersebut. Anda mungkin boleh cuba salah satu dari pencetak output di laman facebook seperti “Film Output Kuala Lumpur” sebagai contoh. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mencetak terus melalui printer anda, anda boleh mencuba teknik yang saya tunjukkan di sini. Continue reading “Preview” Halftone dan sedia untuk dicetak
Untuk bahagian ke 4 kali ini, saya akan kongsikan cara-cara penetapan block bagi cetakan melebihi 1 warna. Saya akan tunjukkan salah satu teknik yang biasa digunakan oleh pencetak t-shirt yang menggunakan meja panjang seperti yang saya tunjukkan pada bahagian 1 hingga 3 sebelum ini. Walaubagaimanapun, sesetengah pencetak menggunakan teknik yang berbeza dan ia terpulang pada kebiasaan seseorang pencetak itu sendiri.
Anda mungkin perlu mengikuti tutorial-tutorial sebelum ini agar lebih memudahkan anda memahami apa yang saya cuba sampaikan, disamping saya cuba agar setiap info yang saya berikan, saling berkaitan. Continue reading Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 4)
Bagi anda yang baru bermula dalam bidang percetakan t-shirt atau rekaan grafik, sedikit panduan asas penciptaan logo menggunakan Adobe Illustrator. Saya akan mulakan dengan penggunaan “Pathfinder” dan “Shape”, di samping penggunaan “Pen Tools”.
Saya akan cuba hasilkan video untuk “beginner” ini dari masa ke semasa dengan penggunaan tools yang biasa digunakan dalam penghasilan sesuatu rekaan sekiranya berkelapangan.
Sebarang pertanyaan atau cadangan tutorial, boleh diisikan di ruangan komen
Semoga tutorial ini bermanafaat kepada anda
Terima kasih
ROKERAMA