Tag Archives: rubber dye

CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah

Kepada anda yang baru menceburkan diri di dalam bidang percetakan t-shirt ini, atau mungkin anda ingin membina meja cetakan sendiri bagi mengurangkan kos, atau pembekal yang berjauhan dari tempat anda, saya sertakan panduan lakaran dan ukuran yang sesuai bagi menghasilkan meja cetak yang mudah dan ringkas. Continue reading CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah

Advertisements

VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu) : Pengasingan CMYK + Underbase (T-Shirt berwarna Gelap)

Kali ini saya akan menunjukkan serba sedikit teknik pengasingan warna CMYK. Teknik pengasingan ini adalah yang termudah sekali berbanding pengasingan Spot colour, simulated atau index. Jika rekabentuk sudah tersedia, apa yang anda perlukan hanyalah tetapkan ukuran, dan hantar untuk proses output. Atau jika anda mahu menghasilkan output sendiri menggunakan inkjet printer anda,pengasingannya tidaklah seleceh atau sesukar teknik2 yang lain. Walaubagaimanapun, bagi yang ingin menghasilkan cetakan CMYK pada baju berwarna gelap, anda perlu lalui sedikit proses bagi menghasilkan output/filem bagi underbase

Sebelum itu, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai “pros dan cons” menggunakan teknik CMYK ini. Teknik ini sudah lama tidak saya gunakan, memandangkan saya lebih kerap menggunakan teknik Simulated dan Index untuk cetakan Plastisol dan waterbase discharge, dan saya berpendapat, teknik CMYK ini hanya sesuai digunakan bagi cetakan t-shirt berwarna putih dan juga percetakan offset.Walaubagaimanapun, memandangkan teknik ini, sebahagian daripada teknik yang terdapat dalam percetakan skrin, saya akan cuba menyampaikannya sebaik-baik mungkin.

Saya tidak mengatakan teknik ini tidak sesuai bagi cetakan di atas t-shirt, terutamanya t-shirt berwarna gelap, cuma hasilnya tidak berapa mengujakan dan berbanding penggunaan teknik Simulated atau Index. Ini kerana, penggunaan underbase putih memerlukan opacity yang tinggi untuk menaikkan warna CMY..Dan saya amat tidak mengamalkan penggunaan CMYK bagi cetakan Plastisol. tapi ianya terpulang kepada anda. Pada pendapat saya, cetakan yang nampak cantik di atas kertas, tidak semestinya cantik di atas pakaian. Disamping itu, mungkin disebabkan saya amat tidak berminat dengan cetakan berkualiti photo di atas baju. Saya berpendapat, teknik heatpress atau DTG lebih praktikal bagi mereka yang inginkan cetakan berkualiti photo

Ikuti tutorial penghasilan output/film bagi teknik CMYK + Underbase bagi cetakan t-shirt berwarna gelap ini, semoga ia bermanafaat bagi mereka yang ingin mempelajarinya

 

VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu) : Simulated Process Colour

Melalui tutorial ni, saya akan tunjukkan serba sedikit teknik asas pengasingan warna teknik “Simulated Process Colour”

Proses ini boleh digunakan untuk percetakan Plastisol, Discharge, Waterbase dan juga Rubberize printing

Maaf di atas penyampaian yang agak berterabur dan kurang jelas, memandangkan ini adalah video pertama saya, dan jika ada penerangan yang tidak berapa jelas atau “ntah apa-apa ntah” yg saya tuturkan, anda boleh hubungi saya atau isikan ruangan komen yang disediakan

Material t-shirt yang sesuai bagi Discharge printing

Bagi yang baru ingin mencuba mencetak menggunakan teknik discharge printing, penggunaan jenis kain yang sesuai amat penting. Bertanya dulu pada pembekal anda adakah material tersebut 100% cotton. Sesetengah t-shirt menunjukkan label yang bertulis 100% cotton, tapi realitinya ia bukan seratus peratus cotton. Walaubagaimanapun, bukan semua pembekal arif mengenai material yang dibekalkan. Continue reading Material t-shirt yang sesuai bagi Discharge printing

Plastisol tanpa underbase

Terdapat cara bagaimana menghasilkan cetakan plastisol yg menarik tanpa menggunakan underbase.Walaubagaimanapun ia bergantung pada rekabentuk t-shirt yang akan dicetak. Pada pendapat saya, rekabentuk Grayscale atau menggunakan teknik 2 – 3 tone contohnya Sepphia, terbaik dihasilkan tanpa menggunakan underbase. Akan tetapi, anda mestilah bijak dalam membuat pengasingan, terutamanya menggunakan teknik “simulated process colour” atau “index” Saya sertakan salah satu contoh rekabentuk t-shirt yang saya hasilkan tanpa menggunakan underbase .

IMG_20150723_170823

Pada awalnya, rekabentuk ini saya sertakan dengan Underbase, iaitu merangkumi 3 warna..walaubagaimanapun, saya hasilkan warna bagi output untuk warna gold tersebut agar boleh dicetak tanpa menggunakan underbase..dan hasilnya lebih menaikkan mode yang agak “gothic” atau lebih classic..jadi pada sesetengah keadaan, saya abaikan penggunaan warna underbase Continue reading Plastisol tanpa underbase

TEKNIK TERBAIK UNTUK CETAKAN? Plastisol,rubber atau Discharge?

Sesetengah berpendapat, percetakan menggunakan teknik “CMYK” adalah antara teknik yang terbaik atau “high end”. Ada yang berpendapat, kalau anda mencetak menggunakan  “Plastisol” sudah boleh dianggap “advance”..ada yang kembang-kembang hidung bila mencetak menggunakan teknik CMYK…ada setengah orang yang agak memandang rendah tentang printer yang menggunakan “Rubber dye”…tapi saya berpendapat, apa teknik sekalipun, kalau hasilnya kemas, cantik dan memuaskan hati orang yg membelinya..itu sudah cukup..tak kira apa cara yang anda gunakan. Itu bagi orang yang bukan dalam bidang ni..macamana dikalangan pencetak2 ni pula?..okeh.. Continue reading TEKNIK TERBAIK UNTUK CETAKAN? Plastisol,rubber atau Discharge?