Tag Archives: mesh

CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah

Kepada anda yang baru menceburkan diri di dalam bidang percetakan t-shirt ini, atau mungkin anda ingin membina meja cetakan sendiri bagi mengurangkan kos, atau pembekal yang berjauhan dari tempat anda, saya sertakan panduan lakaran dan ukuran yang sesuai bagi menghasilkan meja cetak yang mudah dan ringkas. Continue reading CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah

Advertisements

Video Tutorial (Bahasa Melayu) : Penyediaan Halftone Output Sedia untuk Dicetak Sendiri Tanpa RIP

Kali ini, saya akan kongsikan cara penyediaan Halftone output bagi teknik Simulated Process Colour. Ia juga terpakai bagi penyedian CMYK separation, bagi yang ingin mencetak output sendiri.

Walaubagaimanapun, penghasilan sendiri melaui kaedah penukaran “Mode” kepada BITMAP ini, tidaklah sebaik teknik “SAVE” pada format DCS (Destop Colour Separation).eps

Saya lebih selesa dengan menghantarnya ke kedai yang melakukan pengimejan. Atau anda mungkin boleh melabur pada pencetak yang boleh mencetak format EPS (Encapsulated Postscript) menggunakan film.

Anda juga disarankan menetapkan Output resolution pada kadar 300 selebih-lebihnya, dan berhati-hati semasa proses “burning” atau expose (Membuat block). Jangkamasa expose mungkin perlu ditambah. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada exposure box anda, jenis lampu yang digunakan, dan juga jenis pembekal emulsion anda. Rokerama setakat ini, menggunakan exposure box menggunakan lampu UV jenama Sankyo Denki, dan menggunakan emulsion “FOTOMASK”..boleh didapati di “Perniagaan Hai Kuang”. Risiko penggunaan emulsion ini ialah, ia sukar dinyahkan jika anda ingin menggunakan kembali Mesh anda

Saya harap, tutorial ini, bermanafaat kepada anda. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh diaju kepada saya melaui komen atau email atau facebook/rokeramagraphics atau nombor yang disediakan. Terima kasih dan Assalamualaikum

APA ITU DISCHARGE PRINTING?

Discharge printing adalah salah satu teknik di mana hasil cetakan tidak mempunyai rasa di tangan (softhand feel) Continue reading APA ITU DISCHARGE PRINTING?

VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu) : Simulated Process Colour

Melalui tutorial ni, saya akan tunjukkan serba sedikit teknik asas pengasingan warna teknik “Simulated Process Colour”

Proses ini boleh digunakan untuk percetakan Plastisol, Discharge, Waterbase dan juga Rubberize printing

Maaf di atas penyampaian yang agak berterabur dan kurang jelas, memandangkan ini adalah video pertama saya, dan jika ada penerangan yang tidak berapa jelas atau “ntah apa-apa ntah” yg saya tuturkan, anda boleh hubungi saya atau isikan ruangan komen yang disediakan

Material t-shirt yang sesuai bagi Discharge printing

Bagi yang baru ingin mencuba mencetak menggunakan teknik discharge printing, penggunaan jenis kain yang sesuai amat penting. Bertanya dulu pada pembekal anda adakah material tersebut 100% cotton. Sesetengah t-shirt menunjukkan label yang bertulis 100% cotton, tapi realitinya ia bukan seratus peratus cotton. Walaubagaimanapun, bukan semua pembekal arif mengenai material yang dibekalkan. Continue reading Material t-shirt yang sesuai bagi Discharge printing

Plastisol tanpa underbase

Terdapat cara bagaimana menghasilkan cetakan plastisol yg menarik tanpa menggunakan underbase.Walaubagaimanapun ia bergantung pada rekabentuk t-shirt yang akan dicetak. Pada pendapat saya, rekabentuk Grayscale atau menggunakan teknik 2 – 3 tone contohnya Sepphia, terbaik dihasilkan tanpa menggunakan underbase. Akan tetapi, anda mestilah bijak dalam membuat pengasingan, terutamanya menggunakan teknik “simulated process colour” atau “index” Saya sertakan salah satu contoh rekabentuk t-shirt yang saya hasilkan tanpa menggunakan underbase .

IMG_20150723_170823

Pada awalnya, rekabentuk ini saya sertakan dengan Underbase, iaitu merangkumi 3 warna..walaubagaimanapun, saya hasilkan warna bagi output untuk warna gold tersebut agar boleh dicetak tanpa menggunakan underbase..dan hasilnya lebih menaikkan mode yang agak “gothic” atau lebih classic..jadi pada sesetengah keadaan, saya abaikan penggunaan warna underbase Continue reading Plastisol tanpa underbase

SIMULATED PROCESS COLOUR: Apakah “Tools” yang perlu anda tahu

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa yang perlu anda tahu sebelum anda memulakan kerja-kerja pengasingan “Simulated Process Colour”?

Okeh…kebanyakan printer sudah menggunakan software2 seperti T-seps,Quickseps dan macam2 seps lagilah… Continue reading SIMULATED PROCESS COLOUR: Apakah “Tools” yang perlu anda tahu