Tag Archives: meja printing

Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 1)

Kali ini saya akan memberikan sedikit panduan kepada anda yang ingin memulakan bidang percetakan t-shirt. Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah sekadar panduan kepada anda bagi mendapatkan gambaran atau rujukan tentang teknik-teknik dan kaedah yang biasa digunakan oleh kebanyakan pencetak t-shirt. Anda masih perlukan panduan seperti latihan dan praktikal seperti menyertai kursus atau sesi pembelajaran yang sebenar, atau belajar dari sesiapa yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada anda agar anda mampu memulakan bidang ini dengan lebih berkesan. Saya juga akan menunjukkan penggunaan bahan dan peralatan seminimum mungkin dan cukup bagi anda memulakan pencetakan t-shirt. Semakin lama anda menceburi bidang ini, anda akan memperolehi penemuan bahan dan tips yang lebih berkesan dan lebih praktikal secara tidak langsung. Continue reading Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 1)

Advertisements

VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu): Pengasingan “Simulated” Cetakan Flourescent

Kali ini saya akan menunjukkan teknik pengasingan warna bagi menghasilkan cetakan “flourescent” menggunakan teknik SPC (Simulated Process Colour”. Mungkin sesetengah pencetak mempunyai cara yang tersendiri bagi menghasilkan cetakan sebegini, jadi saya akan tunjukkan teknik yang saya gunakan bagi cetakan ini. Continue reading VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu): Pengasingan “Simulated” Cetakan Flourescent

Apa itu “INDEX COLOUR SEPARATION”?

Index Colour Separation, atau juga dikenali sebagai “stochastic” atau juga “FM screening”, adalah salah satu teknik pengasingan warna bagi cetakan t-shirt, disamping teknik seperti “Simulated, SPOT dan juga proses CMYK”. Pengasingan menggunakan cara Index ini agak mudah, berbanding proses simulated. Walaubagaimanapun, pemilihan warna bagi mendapatkan warna yang diperlukan untuk diasingkan agak mengambil masa dalam memilih warna yang sesuai. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang jarang sekali menggunakan perisian “photo editing” (Adobe Photoshop sebagai contoh). Continue reading Apa itu “INDEX COLOUR SEPARATION”?

VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu) : Pengasingan “SPOT COLOUR”

Kali ini, saya akan tunjukkan cara-cara pengasingan “SPOT COLOUR”. Video ini sesuai bagi mereka yang baru dalam bidang percetakan t-shirt, dan juga bagi mereka yang berminat mengetahui bagaimana pengasingan spot colour dilakukan secara asas

Saya menggunakan “Layer” bagi setiap warna yang akan diasingkan. Ini akan memudahkan anda mengenal pasti warna mana yang anda sedang asingkan.

Segala kekeliruan atau perkara-perkara yang mungkin kurang anda fahami dari segi penyampaian saya, anda boleh membuat pertanyaan di ruang komen, atau di  facebook/Rokeramagraphic.

Semoga tutorial ini bermanafaat untuk anda

Terima Kasih

CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah

Kepada anda yang baru menceburkan diri di dalam bidang percetakan t-shirt ini, atau mungkin anda ingin membina meja cetakan sendiri bagi mengurangkan kos, atau pembekal yang berjauhan dari tempat anda, saya sertakan panduan lakaran dan ukuran yang sesuai bagi menghasilkan meja cetak yang mudah dan ringkas. Continue reading CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah

Video Tutorial (Bahasa Melayu) : Penyediaan Halftone Output Sedia untuk Dicetak Sendiri Tanpa RIP

Kali ini, saya akan kongsikan cara penyediaan Halftone output bagi teknik Simulated Process Colour. Ia juga terpakai bagi penyedian CMYK separation, bagi yang ingin mencetak output sendiri.

Walaubagaimanapun, penghasilan sendiri melaui kaedah penukaran “Mode” kepada BITMAP ini, tidaklah sebaik teknik “SAVE” pada format DCS (Destop Colour Separation).eps

Saya lebih selesa dengan menghantarnya ke kedai yang melakukan pengimejan. Atau anda mungkin boleh melabur pada pencetak yang boleh mencetak format EPS (Encapsulated Postscript) menggunakan film.

Anda juga disarankan menetapkan Output resolution pada kadar 300 selebih-lebihnya, dan berhati-hati semasa proses “burning” atau expose (Membuat block). Jangkamasa expose mungkin perlu ditambah. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada exposure box anda, jenis lampu yang digunakan, dan juga jenis pembekal emulsion anda. Rokerama setakat ini, menggunakan exposure box menggunakan lampu UV jenama Sankyo Denki, dan menggunakan emulsion “FOTOMASK”..boleh didapati di “Perniagaan Hai Kuang”. Risiko penggunaan emulsion ini ialah, ia sukar dinyahkan jika anda ingin menggunakan kembali Mesh anda

Saya harap, tutorial ini, bermanafaat kepada anda. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh diaju kepada saya melaui komen atau email atau facebook/rokeramagraphics atau nombor yang disediakan. Terima kasih dan Assalamualaikum

APA ITU DISCHARGE PRINTING?

Discharge printing adalah salah satu teknik di mana hasil cetakan tidak mempunyai rasa di tangan (softhand feel) Continue reading APA ITU DISCHARGE PRINTING?