Tag Archives: meja cetak

Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 2)

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana menyediakan block cetakan sebelum anda boleh memulakan cetakan. Sebelum itu, saya ingin memaklumkan, yang tutorial ini tidak merangkumi penghasilan rekaan t-shirt dan juga teknik pengasingan warna. Anda boleh ikuti tutorial video pengasingan warna melalui ruangan video tutorial di blog ini. Saya akan cuba menghasilkan lebih banyak tutorial dalam bentuk tulisan dan juga video tentang menghasilkan rekaan dan juga pengasingan warna secara asas dan mudah difahami bagi yang baru ingin menceburi bidang ini…sekiranya umur saya masih panjang. Continue reading Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 2)

SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat (Bahagian 1) : Pengenalan dan Asas

Saya akui bagi kebanyakan dari anda yang tidak biasa dengan penggunaan “Photoshop”, mungkin sukar untuk memahami tutorial yang saya tunjukkan sebelum ini. Lebih-lebih lagi teknik pengasingan Simulated. Mungkin anda boleh ikuti apa yang ditunjukkan, tetapipemahaman mengenainya mungkin “ke laut”. Continue reading SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat (Bahagian 1) : Pengenalan dan Asas

Apa itu “INDEX COLOUR SEPARATION”?

Index Colour Separation, atau juga dikenali sebagai “stochastic” atau juga “FM screening”, adalah salah satu teknik pengasingan warna bagi cetakan t-shirt, disamping teknik seperti “Simulated, SPOT dan juga proses CMYK”. Pengasingan menggunakan cara Index ini agak mudah, berbanding proses simulated. Walaubagaimanapun, pemilihan warna bagi mendapatkan warna yang diperlukan untuk diasingkan agak mengambil masa dalam memilih warna yang sesuai. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang jarang sekali menggunakan perisian “photo editing” (Adobe Photoshop sebagai contoh). Continue reading Apa itu “INDEX COLOUR SEPARATION”?

Rekaan T-shirt secara “Freehand” vs Komputer

Kebanyakan pereka rekabentuk atau “Design” t-shirt masakini, lebih banyak menghasilkan rekabentuk menggunakan 100% komputer. Yang saya maksudkan di sini ialah “Pereka”, bukannya pencetak. Pencetak hanya mencetak apa yang diberikan oleh pelanggan mereka. Sesetengah pelukis juga telah berhijrah dari penggunaan “freehand” kepada penggunaan komputer. Sekurang-kurangnya mereka melakukan proses “inking” dan mewarna menggunakan komputer. Ini mengakibatkan “stroke” yang dihasilkan tiada keasliannya. saya tak nafikan kekemasan hasil dari penggunaan komputer. Disamping memudahkan pencetak dalam menjalankan proses yang seterusnya. Saya sendiri boleh dikatakan 90% menghasilkan rekabentuk  menggunakan komputer, walaupun sesetangah lakaran lebih mudah dihasilkan menggunakan freehand. Continue reading Rekaan T-shirt secara “Freehand” vs Komputer

VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu) : Pengasingan “SPOT COLOUR”

Kali ini, saya akan tunjukkan cara-cara pengasingan “SPOT COLOUR”. Video ini sesuai bagi mereka yang baru dalam bidang percetakan t-shirt, dan juga bagi mereka yang berminat mengetahui bagaimana pengasingan spot colour dilakukan secara asas

Saya menggunakan “Layer” bagi setiap warna yang akan diasingkan. Ini akan memudahkan anda mengenal pasti warna mana yang anda sedang asingkan.

Segala kekeliruan atau perkara-perkara yang mungkin kurang anda fahami dari segi penyampaian saya, anda boleh membuat pertanyaan di ruang komen, atau di  facebook/Rokeramagraphic.

Semoga tutorial ini bermanafaat untuk anda

Terima Kasih

“GUIDE BRACKET” : Penyediaan tetapan atau setting block cetakan

Tutorial ringkas ini adalah kesinambungan dari tutorial “Cara-cara Membuat Meja Cetak T-Shirt”. Continue reading “GUIDE BRACKET” : Penyediaan tetapan atau setting block cetakan

CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah

Kepada anda yang baru menceburkan diri di dalam bidang percetakan t-shirt ini, atau mungkin anda ingin membina meja cetakan sendiri bagi mengurangkan kos, atau pembekal yang berjauhan dari tempat anda, saya sertakan panduan lakaran dan ukuran yang sesuai bagi menghasilkan meja cetak yang mudah dan ringkas. Continue reading CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah