Tag Archives: index separation

Panduan Percetakan Plastisol : Penggunaan Underbase dan “Highlight White” (Bahagian 3)

Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel mengenai penggunaan underbase sebelum ini. Anda mempunyai pilihan samaada ingin menggunakan underbase atau tidak, tetapi ia akan memberikan kesan atas hasil cetakan anda sekiranya anda mengabaikan penggunaan underbase. Anda perlu bijak menilai sesuatu rekaan tersebut samaada memerlukan penggunaan underbase atau tidak. Begitu juga penggunaan warna”High light” yang kebiasaannya menggunakan warna putih bagi menyerlahkan lagi sesuatu cetakan. Continue reading Panduan Percetakan Plastisol : Penggunaan Underbase dan “Highlight White” (Bahagian 3)

Panduan Percetakan Plastisol: Pengenalan (Bahagian 1)

design logo TEXT low res

Percetakan plastisol adalah salah satu teknik percetakan yang agak popular di kalangan pencetak t-shirt. Teknik plastisol ini tiada banyak bezanya dari segi asas percetakan, cuma penggunaan beberapa peralatan tambahan seperti pemanas “flash cure” dryer atau heater dan sedikit penambahbaikan meja cetakan diperlukan bagi melancar dan memudahkan teknik ini. Penggunaan mesh bagi “output frequency” yang betul, dan juga teknik pengasingan warna yang sesuai. Penggunaan flash cure juga boleh diganti dengan “heat blower” sekiranya anda agak kekurangan modal bagi mendapatkan flash cure dryer. Continue reading Panduan Percetakan Plastisol: Pengenalan (Bahagian 1)

SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat(Bahagian 4): Menukarkan channel kepada BITMAP bagi penyediaan “film”

Pada tutorial “SIMULATED PROCESS COLOUR- Panduan berperingkat (bahagian 3) sebelum ini, anda diterangkan bagaimana menyediakan channel bagi setiap warna yang diasingkan. Sebelum itu, saya ingin tekankan di sini agar anda mempelajari teknik pengasingan warna ini secara manual terlebih dahulu sebelum anda bercadang untuk mendapatkan software pengasingan warna yang terdapat di pasaran. Ia baik untuk anda yang ingin mendapatkan hasil cetakan yang lebih optimum. Continue reading SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat(Bahagian 4): Menukarkan channel kepada BITMAP bagi penyediaan “film”

SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat(Bahagian 3): “Image Adjustment” dan Penyediaan Warna Seterusnya

Sebelum ini, jika anda sudah faham bagaimana menyediakan channel bagi underbase, anda mungkin tidak mempunyai masalah untuk melakukan proses SMP (Simulated Process Colour) bagi warna seterusnya

Untuk kali ini, saya akan sambung mengenai bagaimana untuk memastikan channel underbase anda benar-benar sesuai untuk cetakan. Anda boleh gunakan cara ini, bagi mendapatkan warna bagi channel seterusnya. Continue reading SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat(Bahagian 3): “Image Adjustment” dan Penyediaan Warna Seterusnya

SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat (Bahagian 1) : Pengenalan dan Asas

Saya akui bagi kebanyakan dari anda yang tidak biasa dengan penggunaan “Photoshop”, mungkin sukar untuk memahami tutorial yang saya tunjukkan sebelum ini. Lebih-lebih lagi teknik pengasingan Simulated. Mungkin anda boleh ikuti apa yang ditunjukkan, tetapipemahaman mengenainya mungkin “ke laut”. Continue reading SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat (Bahagian 1) : Pengenalan dan Asas

Apa itu “INDEX COLOUR SEPARATION”?

Index Colour Separation, atau juga dikenali sebagai “stochastic” atau juga “FM screening”, adalah salah satu teknik pengasingan warna bagi cetakan t-shirt, disamping teknik seperti “Simulated, SPOT dan juga proses CMYK”. Pengasingan menggunakan cara Index ini agak mudah, berbanding proses simulated. Walaubagaimanapun, pemilihan warna bagi mendapatkan warna yang diperlukan untuk diasingkan agak mengambil masa dalam memilih warna yang sesuai. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang jarang sekali menggunakan perisian “photo editing” (Adobe Photoshop sebagai contoh). Continue reading Apa itu “INDEX COLOUR SEPARATION”?