Tag Archives: ftg

REVIEW: FTG- Album Tour “KAU JANGAN KURANG AJAR” 2020

Orait..ini adalah ulasan (review) pertama  ROKERAMA. Review ni kami kongsi dari review yang ditulis oleh Azam Gilmour dari MUSIC ADDICT MALAYSIA (MAMY). Terima kasih kami ucapkan dan anda boleh layari page mereka melalui link yang kami sediakan.

Kami juga akan buat ulasan tambahan sekadar yang kami kenalpasti sahaja memandangkan tumpuan kami pada showcase kali ini lebih kepada penjualan merchandises. Jadi, jom kita layannn…

MAMY REVIEW Tahun 2019 membuka lembaran baharu buat band trash metal tempatan, F.T.G selepas merilis album studio pertama mereka “Kau Jangan Kurang Ajar” setelah hampir 15 tahun tanpa sebarang material. Album studio kesebelas ini merupakan album berbahasa Melayu keempat mereka selepas “Aku Tak Peduli” (1998), “F.T.G.” (2000) dan “Kuasa” (2006).

 

Langkah berani mereka merilis album dalam bentuk cakera padat (CD) harus dipuji kerana mereka masih percaya peminat pasti akan membeli rilisan fizikal walaupun ketika ini majoriti peminat muzik lebih-lebih lagi golongan muda mendengar melalui platform digital seperti Spotify, Tidal, YouTube dan lain-lain. Promosi album dijalankan dengan mengadakan beberapa siri jelajah yang dianjurkan oleh Rockstage Entertainment bermula sejak tahun lepas di Kuala Lumpur, Kuantan, Sabah, Johor, dan terkini di Ipoh. Tahun ini, dengan kerjasama Rokerama (label merch rasmi F.T.G), mereka menyambung jelajah promosi album terbaru mereka di Insider Satellite, Ipoh pada hari Sabtu, 7 Mac lalu.

Menampilkan Holysnake, band “otai” Ipoh sebagai supporting act, membawa 6 lagu (3 lagu baru pertama kali dipersembahkan kepada umum) memecah kesunyian tepat jam 9 malam. Lagu dan penyampaian mereka amat membanggakan, walaupun masing-masing sudah mencecah umur 50’an. Permainan gitar yang ketat, ketukan dram dan bass yang padu, disalut dengan vokal yang bukan biasa-biasa. F.T.G mula mengambil alih pentas tepat jam 10.15 malam, bersama gitaris session, Jemboo (Def Gab C), dengan lagu pembukaan “Life,” lagu yang dipetik dari album ketiga mereka, “To the Front” (1996). “Malaysia Maju” dimainkan selepas “Life” dan rata-rata penonton turut menyanyikannya bersama Tajul. “Kita Bukan Anjing” dan “Kalau Bodoh Jangan Sombong” berkumandang selepas itu, lagu dari album terbaharu mereka “Kau Jangan Kurang Ajar.” F.T.G kembali ke album “Aku Tak Peduli” dengan membawa lagu “Askar” sebelum dua lagu dari album baharu mereka “Aku Bukan Izrail” dan “Demokrasi” dimainkan. “60 Days In Hell” dimainkan dan penulis mula teringat zaman beli kaset dahulu, antara lagu-lagu terawal mereka yang penulis minat. Lagu dari album “After the Promise,” “Fire” mula dimainkan selepas itu.

Persembahan Tajul memang tidak pernah mengecewakan. Selain persembahan yang mantap, Tajul kerap berinteraksi dengan penonton. Pendapat penulis, dari situ ia merapatkan lagi silaturahim antara band dan peminat. Empat lagu kemudiannya menutup persembahan mereka. Tiga daripadanya adalah dari “Kau Jangan Kurang Ajar” iaitu “Pengkhianat Lahanat,” “Dajjal (Musa Al-Samiri),” “Kau Jangan Kurang Ajar,” dan lagu terakhir “Aku Tak Peduli.” Penulis sangat berpuas hati dari persembahan kedua-dua band lagenda ini. Baik dari segi bunyi dan persembahan.

Penulis sebenarnya agak terkejut dengan kehadiran Jemboo (Def Gab C) bersama F.T.G. persembahan beliau juga cukup memenuhkan lagi bunyi lagu-lagu F.T.G. Penulis ingin mengucapkan terima kaseh kepada En. Andy (Rokerama) dan juga Zam Pacak kerana memberi peluang kepada kami membuat liputan sepanjang gig berlangsung.

Terima kasih juga kepada semua krew yang terlibat kerana memudahkan pergerakan kami sepanjang gig berlangsung. Terima kasih kepada Shuk kerana sudi menjadi fotografer MAMY. p/s: Terima kasih Bro Talib (Rockstage Entertainment) dan Tajul sebab memilih aku untuk bagi CD percuma!

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY Ikuti kami di medium lain:

facebook : https://www.facebook.com/MusicAddictsMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/musicaddicts.my/

Twitter: https://twitter.com/musicaddicts_my

Youtube: http://www.youtube.com/c/MusicAddictsMalaysia

Bagi kami di ROKERAMA, buat masa ni, tak banyak yang kami mampu ulas. Cuma bagi show/gig berskala kecil begini, ianya boleh dibanggakan dengan sistem bunyian yang ada, FTG mampu memberikan persembahan yang agak mantap, dan kami agak terkezut jugak lah dengan tenaga yang ada pada kedua- dua band ni dari pemain guitar, bass, drum hinggalah penyanyi. Terutamanya bro Tajul, dengan usianya yang sebegitu, dia mampu memberikan persembahan yang agak bertenaga dan juga sexy. Apa yang kami mampu katakan..”Rawe memang xpernah x power”..ONDAIKKKKK

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada FTG Entertainment dan yang paling utama bro ZAM PACAK yang memberikan kepercayaan kepada team ROKERAMA bagi menjayakan Album Tour ini, dan berharap agar akan bekerjasama lagi di show- show yang akan datang, insyaallah.

TAPI..yang paling penting sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat- peminat yang hadir dari dekat dan juga jauh. mereka tak jemu- jemu terus menyokong scene muzik rock di Malaysia ini. SALUTE untuk korang semua

Tidak lupa juga INSIDER SATELLITE, Ipoh yang memberikan kerjasama yang baik, dan juga MUSIC ADDICTS MALAYSIA (MAMY) yang sudi berkongsi review mereka bersama kami, dan kami berharap kami boleh berkongsi lebih banyak lagi untuk review- review yang akan datang bagi membangunkankan scene muzik rock di Malaysia ini tak kira samada mainstream atau underground.

TERIMA KASIH

Untuk pembelian, sila klik di menu GALERI T-SHIRT