Tag Archives: cmyk

KIRAAN MUDAH BAGI CETAKAN “HALFTONE”

Apa yang penting sebelum proses “screen exposure”  bagi cetakan halftone adalah  kadar frekuensi output dan kiraan mesh anda.

Apa jenis emulsion, lampu dan jenis output anda tidaklah menjadi satu masalah yang besar yang memungkinkan masa depan anda menjadi gelap. Anda hanya perlu sedikit, atau mungkin banyak penambahan dari segi jangkamasa. Anda boleh gunakan “Expose calculator” bagi mendapatkan kiraan yang sesuai.

Bagi penggunaan output, menggunakan kertas tracing atau kertas yang disapu minyak, tidaklah digalakkan, tetapi masih boleh digunakan sekiranya anda tiada pilihan. Lebihkan jangkamasa dan gunakan kiraan frekuensi yang rendah.

Continue reading KIRAAN MUDAH BAGI CETAKAN “HALFTONE”

Advertisements

Panduan Percetakan Plastisol : Penggunaan Underbase dan “Highlight White” (Bahagian 3)

Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel mengenai penggunaan underbase sebelum ini. Anda mempunyai pilihan samaada ingin menggunakan underbase atau tidak, tetapi ia akan memberikan kesan atas hasil cetakan anda sekiranya anda mengabaikan penggunaan underbase. Anda perlu bijak menilai sesuatu rekaan tersebut samaada memerlukan penggunaan underbase atau tidak. Begitu juga penggunaan warna”High light” yang kebiasaannya menggunakan warna putih bagi menyerlahkan lagi sesuatu cetakan. Continue reading Panduan Percetakan Plastisol : Penggunaan Underbase dan “Highlight White” (Bahagian 3)

“Preview” Halftone dan sedia untuk dicetak

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh “preview” halftone yang akan anda cetak. Saya lebih selesa menghantar hasil pengasingan warna saya kepada pencetak film output, memandangkan ia lebih mudah bagi mendapatkan hasil semasa proses penyediaan block dari segi ketajaman dan kehalusan cetakan film output tersebut. Anda mungkin boleh cuba salah satu dari pencetak output di laman facebook seperti “Film Output Kuala Lumpur” sebagai contoh. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mencetak terus melalui printer anda, anda boleh mencuba teknik yang saya tunjukkan di sini. Continue reading “Preview” Halftone dan sedia untuk dicetak

Panduan Percetakan Plastisol: Pengenalan (Bahagian 1)

design logo TEXT low res

Percetakan plastisol adalah salah satu teknik percetakan yang agak popular di kalangan pencetak t-shirt. Teknik plastisol ini tiada banyak bezanya dari segi asas percetakan, cuma penggunaan beberapa peralatan tambahan seperti pemanas “flash cure” dryer atau heater dan sedikit penambahbaikan meja cetakan diperlukan bagi melancar dan memudahkan teknik ini. Penggunaan mesh bagi “output frequency” yang betul, dan juga teknik pengasingan warna yang sesuai. Penggunaan flash cure juga boleh diganti dengan “heat blower” sekiranya anda agak kekurangan modal bagi mendapatkan flash cure dryer. Continue reading Panduan Percetakan Plastisol: Pengenalan (Bahagian 1)

Apa itu “INDEX COLOUR SEPARATION”?

Index Colour Separation, atau juga dikenali sebagai “stochastic” atau juga “FM screening”, adalah salah satu teknik pengasingan warna bagi cetakan t-shirt, disamping teknik seperti “Simulated, SPOT dan juga proses CMYK”. Pengasingan menggunakan cara Index ini agak mudah, berbanding proses simulated. Walaubagaimanapun, pemilihan warna bagi mendapatkan warna yang diperlukan untuk diasingkan agak mengambil masa dalam memilih warna yang sesuai. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang jarang sekali menggunakan perisian “photo editing” (Adobe Photoshop sebagai contoh). Continue reading Apa itu “INDEX COLOUR SEPARATION”?

VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu) : Pengasingan “SPOT COLOUR”

Kali ini, saya akan tunjukkan cara-cara pengasingan “SPOT COLOUR”. Video ini sesuai bagi mereka yang baru dalam bidang percetakan t-shirt, dan juga bagi mereka yang berminat mengetahui bagaimana pengasingan spot colour dilakukan secara asas

Saya menggunakan “Layer” bagi setiap warna yang akan diasingkan. Ini akan memudahkan anda mengenal pasti warna mana yang anda sedang asingkan.

Segala kekeliruan atau perkara-perkara yang mungkin kurang anda fahami dari segi penyampaian saya, anda boleh membuat pertanyaan di ruang komen, atau di  facebook/Rokeramagraphic.

Semoga tutorial ini bermanafaat untuk anda

Terima Kasih

VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu) : Pengasingan CMYK + Underbase (T-Shirt berwarna Gelap)

Kali ini saya akan menunjukkan serba sedikit teknik pengasingan warna CMYK. Teknik pengasingan ini adalah yang termudah sekali berbanding pengasingan Spot colour, simulated atau index. Jika rekabentuk sudah tersedia, apa yang anda perlukan hanyalah tetapkan ukuran, dan hantar untuk proses output. Atau jika anda mahu menghasilkan output sendiri menggunakan inkjet printer anda,pengasingannya tidaklah seleceh atau sesukar teknik2 yang lain. Walaubagaimanapun, bagi yang ingin menghasilkan cetakan CMYK pada baju berwarna gelap, anda perlu lalui sedikit proses bagi menghasilkan output/filem bagi underbase

Sebelum itu, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai “pros dan cons” menggunakan teknik CMYK ini. Teknik ini sudah lama tidak saya gunakan, memandangkan saya lebih kerap menggunakan teknik Simulated dan Index untuk cetakan Plastisol dan waterbase discharge, dan saya berpendapat, teknik CMYK ini hanya sesuai digunakan bagi cetakan t-shirt berwarna putih dan juga percetakan offset.Walaubagaimanapun, memandangkan teknik ini, sebahagian daripada teknik yang terdapat dalam percetakan skrin, saya akan cuba menyampaikannya sebaik-baik mungkin.

Saya tidak mengatakan teknik ini tidak sesuai bagi cetakan di atas t-shirt, terutamanya t-shirt berwarna gelap, cuma hasilnya tidak berapa mengujakan dan berbanding penggunaan teknik Simulated atau Index. Ini kerana, penggunaan underbase putih memerlukan opacity yang tinggi untuk menaikkan warna CMY..Dan saya amat tidak mengamalkan penggunaan CMYK bagi cetakan Plastisol. tapi ianya terpulang kepada anda. Pada pendapat saya, cetakan yang nampak cantik di atas kertas, tidak semestinya cantik di atas pakaian. Disamping itu, mungkin disebabkan saya amat tidak berminat dengan cetakan berkualiti photo di atas baju. Saya berpendapat, teknik heatpress atau DTG lebih praktikal bagi mereka yang inginkan cetakan berkualiti photo

Ikuti tutorial penghasilan output/film bagi teknik CMYK + Underbase bagi cetakan t-shirt berwarna gelap ini, semoga ia bermanafaat bagi mereka yang ingin mempelajarinya