Tag Archives: cetak t-shirt

Video Tutorial Bahasa Melayu : “SPOT COLOR” Pengasingan 3 warna untuk “Beginner”

Kali ini saya tunjukkan pengasingan cetakan mudah, sesuai untuk pencetak “beginner”, menggunakan perisia “AI”

Anda juga boleh dapatkan file asal rekaan “Stormtrooper” ini untuk anda cuba asingkan sendiri, atau file yang siap diasingkan untuk anda hasilkan “block”. Continue reading Video Tutorial Bahasa Melayu : “SPOT COLOR” Pengasingan 3 warna untuk “Beginner”

Advertisements

Video Tutorial Bahasa Melayu : SIMULATED PROCESS COLOR 2 warna

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana menghasilkan pecahan 2 warna, dan juga anda boleh sedia untuk mencetaknya. Tutorial kali ini agak ringkas dan penerangannya tidaklah begitu terperinci, jadi bagi yang belum biasa dengan proses ini, cuba layari tutorial- tutorial yang lepas mengenai Simulated Process Color ini.

mockup ad 2 blank Continue reading Video Tutorial Bahasa Melayu : SIMULATED PROCESS COLOR 2 warna

Video Tutorial Bahasa Melayu: “Simulated Process Color” : 5 Warna – Bahagian 2

Sambungan dari tutorial “simulated process color bahagian 1”. Saya maklumkan sekali lagi bagi anda yang masih asing dengan proses pengasingan ini, rujuk pada tutorial saya sebelum ini mengenai asas teknik pengasingan “SPC” ini.

Sila rujuk penggunaan asas “shortcut key” yang biasa saya gunakan dalam setiap tutorial.

Selamat mencuba

ROKERAMA

 

TIE DYE : ” Cara Menggunakan X-Plosive Tie Dye Kit” oleh X-PLOSIVE TIE DYE

Perkongsian artikel kali ini dari X-PLOSIVE TIE DYE.

Terima kasih kepada Adlan Syazwan atas kesudian berkongsikan artikel yang dipetik dari page beliau.

Kepada yang berminat pada pembuatan Tie Dye ini, bolehlah menghubungi beliau melalui link yang disediakan, atau rujuk di DIREKTORI PERCETAKAN T-SHIRT rokerama.

Facebook : Xplosive Tie Die

Instagram : Xplosive Tie Die

Telefon : Call/message/whatsapps/telegram = 0175013712

12112397_926230894125043_9181972990469777813_n

1. Pastikan baju anda adalah baju putih yang 100% cotton.
2. Basuh dahulu baju anda dengan sabun pencuci sebelum dibuat tie dye, dan jangan letakkan pelembut (softener) setelah selesai membasuh.
3. Sila pakai sarung tangan dan topeng muka sebelum memulakan proses pewarnaan baju.
4. Masukkan air kedalam botol Dye tersebut, dan goncang sehingga semuanya betul-betul sebati.
5. Cara yang paling mudah, anda boleh menggunakan air paip . Tetapi, cara terbaik adalah menggunakan air yang dimasak pada keadaan suhu suam-suam kuku. Elakkan menggunakan air yang terlalu panas atau air yang terlalu sejuk.
6. Potong dibahagian atas botol Dye menggunakan gunting, mahupun pisau. Elakkan memotong lubang terlalu besar bagi mengelakkan pembaziran Dye ketika proses pewarnaan baju.
7. Seterusnya, anda bolehlah membuat pelbagai teknik ikatan bagi menghasilkan corak yang anda inginkan. Setelah itu, ikatkan teknik itu menggunakan getah bagi mengekalkan kedudukannya ketika proses pewarnaan nanti.
8. Disyorkan meletakkan tshirt diatas jaring bagi membolehkan dakwat yang meleleh tidak terkena pada bahagian yang tidak sepatutnya.
9. Bahagian yang menyerlahkan kreativiti anda dimana anda bolehlah mewarnakan baju anda dengan warna yang anda sukai. Lebihkan menitikkan atau mewarnakan Dye sekiranya anda mahukan hasil yang tidak mempunyai banyak corak putih.
10. Boleh juga menggunakan teknik basah atas basah dimana tshirt dibasahkan menggunakan air dan dikeringkan sedikit supaya berada dalam kedaaan lembab.
11. Seterusnya, masukkan tshirt yang telah siap di Ikat Celup (Tie Dye)sebentar tadi kedalam plastik dan ikatkannya .
12. Letakkan pada suhu bilik dan tunggu pada jangka masa 24 jam sehingga 3 hari.
13. Setelah selesai diperap, bolehlah membuang getah tersebut dan pada basuhan pertama perlulah dibilas dengan air sabun. Dan seterusnya dibasuh pada air yang mengalir. Elakkan membasuh menggunakan air panas. Ketika ini, anda akan melihat banyak warna yang terkeluar, dan jangan risau kerana warna yang keluar bukanlah keluar semuanya. Sebaliknya, warna tertinggal itulah warna tshirt tie dye anda.
Tahniah !!! Kerana anda telah menyiapkan sehelai tshirt tie dye …

Video Proses Cetakan 7 warna “Plastisol” : The Anglers Sebbilicious

Design:THE ANGLERS – Edisi Sebarau

Percetakan : Plastisol

Teknik Pecahan Warna: Simulated

Warna : 7 warna Plastisol

Mesh Count : 90T (2286)

Output Frequency : 65 lpi

Output Angle : 22.5

Rekabentuk : rokerama

Pencetak : ROKERAMA

Kerjasama bersama : Anglers Haven

“Simulated Process Color” : 5 Warna – Bahagian 1

Video kali ini akan menunjukkan proses pengasingan warna “Simulated Process Color”  5 warna secara manual. Tutorial ini agak bersahaja dan kepada anda yang masih asing lagi dengan proses ini, sebaiknya ikuti tutorial – tutorial mengenai teknik asas pengasingan warna “simulated process color” yang lepas di blog rokerama ini. Selamat mencuba