Pengacuan “fibreglass resin” ini adalah sebahagian dari kerja yang dilakukan oleh ROKERAMA @ Marina’s Gift Shop
Pengacuan fibreglass ini kebiasaanya digunakan bagi pembuatan cenderahati seperti “fridge Magnet”, “keychain”, “pendant”, hiasan dinding dan meja serta sebagainya.
Proses pembuatan produk fibreglass dimulakan dengan penyediaan acuan induk, acuan silikon, bancuhan resin hinggalah kepada proses mewarna.



Produk fibreglass ini juga boleh menghasilkan produk yang dipanggil “casting resin” di mana anda boleh menghasilkan produk yang seakan kristal.
Kebiasaannya ia menggunakan bahan seperti gambar, hasil flora yang dikeringkan bagi menjadikan ia satu produk cenderahati.
Ketekunan diperlukan bagi setiap proses bagi mendapatkan hasil yang baik, disamping ketelitian menghasilkan acuan induk

Penghasilan acuan induk memerlukan kemahiran menghasilkan rupabentuk yang diingini. Kesabaran amat diperlukan bagi menghasilkan sesuatu rupabentuk.

Walaupun suasana persekitaran dan kerja yang agak melecehkan, hasilnya memberikan kepuasan kepada sesiapa yang menghasilkannya.

Penggunaan mesin yang memerlukan anda menghasilkan rupabentuk seperti text yang halus dan kemas juga menjadi sebahagian dari keperluan. Walaubagaimanapun ia bukanlah satu kemestian dalam mendapatkan rupabentuk yang menarik.
Anda memerlukan sentuhan hasil tangan bagi menghasilkan rupabentuk yang anda inginkan.

Ruangan ini adalah pengenalan kepada anda yang meminati bidang penghasilan cenderahati sebelum kami menyediakan kategori bagi “Tutorial Pengacuan Fibreglass berkenaan pembuatan dan penghasilan barangan berasaskan fibreglass ini.
Selalulah berkunjung ke ROKERAMA bagi sebarang kemaskini mengenai fibreglass disamping melayari teknik- teknik percetakan yang disediakan sekiranya anda berminat.
Terima Kasih