KIRAAN MUDAH BAGI CETAKAN “HALFTONE”


Apa yang penting sebelum proses “screen exposure”  bagi cetakan halftone adalah  kadar frekuensi output dan kiraan mesh anda.

Apa jenis emulsion, lampu dan jenis output anda tidaklah menjadi satu masalah yang besar yang memungkinkan masa depan anda menjadi gelap. Anda hanya perlu sedikit, atau mungkin banyak penambahan dari segi jangkamasa. Anda boleh gunakan “Expose calculator” bagi mendapatkan kiraan yang sesuai.

Bagi penggunaan output, menggunakan kertas tracing atau kertas yang disapu minyak, tidaklah digalakkan, tetapi masih boleh digunakan sekiranya anda tiada pilihan. Lebihkan jangkamasa dan gunakan kiraan frekuensi yang rendah.

Walaubagaimanapun, saya cadangkan penggunaan emulsion yang sesuai bagi cetakan “halftone”. Emulsion sebegini kebiasaannya mempunyai kadar sensitiviti yang agak tinggi pada cahaya berbanding emulsion biasa.

Emulsion yang dicadangkan:

  1. FOTOMASK ( Perniagaan Hai Kuang)
  2. NORIKOP (Perniagaan Hai Kuang)
  3. PYD10 (Blue) (Pao Yeang Sdn Bhd)

Buat masa ini, saya akan lebih mencadangkan PYD10 (Blue) dari PAO YEANG memandangkan jangkamasa yang diperlukan agak singkat berbanding lain- lain emulsion yang saya senaraikan.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sudah biasa dengan penggunaan emulsion yang anda biasa gunakan dan memberikan hasil yang yang baik, teruskan penggunaannya.

Disamping itu, anda perlu pastikan tanggungjawab anda diselesaikan terlebih dahulu seperti bertanyakan khabar ibubapa anda, memberi ayam makan, jemput anak di sekolah, sediakan makanan untuk keluarga, waktu solat, anda dan berbagai- bagai lagi sebelum anda perlu meluangkan masa bersama blok skrin dan tugas- tugas cetakan, memandangkan bagi yang tidak berapa biasa dengan penyediaan cetakan halftone, kesabaran anda mungkin akan diuji buat permulaan.

Secara dasarnya, proses “screen exposure” bagi cetakan halftone tidaklah banyak bezanya. Hanya dari segi jangkamasa dan penggunaan frekuensi yang sesuai dengan kiraan mesh yang anda guna.

Kadar frekunsi yang agak kasar (contoh: 15, 25, 30, 35 lpi) bukanlah penanda aras samaada cetakan anda mampu menghasilkan cetakan yang baik atau tidak. Semuanya bergantung pada rekaan dan hasil cetakan yang anda inginkan. Anda mungkin boleh menguji kemampuan anda dengan tahap kehalusan dan peratusan dot yang halus. Walaubagaimanapun hasil cetakan anda akan dinilai melalui rekaan dan idea yang anda hasilkan. Mungkin nampak agak sedikit kasar jika dibandingkan antara perbezaan frequensi, tapi bagi saya cetakan t-shirt perlukan sedikit “texture” berbanding cetakan “offset” atau cetakan dari pencetak komputer.

25lpi
Frekuenci 25 lpi
close25
“Closed up” 25 lpi

Mungkin bagi pencetak t-shirt, ianya memberikan satu kepuasan sekiranya mampu menghasilkan cetakan yang halus dan mempunyai banyak warna. Bagi pereka rekaan t-shirt, rekaan yang menarik lebih penting walau ianya sekadar 1 warna, dan saya sukakan rekaan 1-2 warna dengan cetakan solid dengan sedikit hafltone.

30
Frekuensi 30 lpi
"Closed up" 30 lpi
“Closed up” 30 lpi

Apa yang saya tulis kali ini berdasarkan kebiasaan yang saya gunakan semasa proses”exposure”. Mungkin sesetengah pencetak mempunyai cara yang berbeza dan “eksklusif”. Bagi saya yang penting hanyalah hasil cetakan yang saya inginkan terhasil.

Frekuensi 55 lpi
Frekuensi 55 lpi
"Closed up" 55 lpi
“Closed up” 55 lpi

Sekiranya anda menggunakan kiraan mesh 1200, kadar frekuensi yang sesuai diantara 25-35 lpi bagi mendapatkan hasil “exposure” yang terbaik.

Saya akan gunakan kiraan metrik bagi penggunaan Polyester Multifilament, memandangkan ianya kiraan yang biasa bagi pencetak di Malaysia (1200,1350, 1500 )

formula mudah:

mesh 1200 / 30 = 40lpi (cadangan frekuensi 25,30,35 lpi)

mesh 1350 / 30 = 45lpi (cadangan frekuensi  25,30,35lpi)

Sebaiknya, jangan mengambil kiraan frekuensi yang tepat mengikut formula kiraan mesh tersebut agar skrin anda mampu “memegang” tahap kehalusan “dot” anda secara lebih optimum bagi mengelakkan “moire” (sebutan moi rey)….monnopoyess ajalah

Bagi sesetengah keadaan, penggunaan 45 lpi bagi mesh 1350 masih boleh digunakan sekiranya anda menggunakan “angle” yang bertepatan.

Bagi penggunaan kiraan mesh “US Count” (125, 140,230), ianya lebih mudah. Anda cuma perlu menggandakan kiraan lpi hingga 4 kali ganda atau lebih dan sesuaikan dengan kiraan mesh. Seperti contoh :

  • 45 lpi x 4 = 180

Penggunaan mesh yang sesuai dan terbaik adalah 180 ke atas (200,230 ke atas)

Anda tidak perlu memeningkan kepala anda dengan sebahagian tulisan saya di sini. Apa yang penting adalah formula yang saya nyatakan dengan mengurangkan sedikit kiraan asal.

Memang terdapat sedikit perbezaan diantara setiap kiraan antara 30,45, 55, 65 lpi pada hasil cetakan halftone anda. Maka, di sinilah kelebihan bagi mereka yang menghasilkan pisahan warna secara manual. Anda mampu menentukan tahap “gradient” yang anda inginkan bagi menepati selera “mata” anda. Tapi saya yakin, pembeli t-shirt tidak akan meneliti penggunaan frekuensi anda. Saya sendiri pun tidak peduli apa cara yang anda gunakan semasa cetakan, asalkan rekaan atau design t-shirt tersebut menepati citarasa saya.

Sekiranya anda teringin yang amat sangat untuk menghasilkan cetakan yang halus, anda hanya perlu bertukar pada kiraan mesh yang lebih tinggi seperti 1500, 1800 atau kiraan 90T, 100T dan keatas. Walaubagaimanapun, anda perlu mengambil kira tekanan yang perlu anda gunakan semasa menarik skuji (squeegee) dan penggunaan dakwat yang mampu bertahan pada kadar mesh yang tinggi agar tidak mudah tersumbat…dan juga penggunaan lain- lain peralatan seperti pemanas “flash cure” sekiranya anda ingin menggunakan dakwat plastisol.

Sekiranya anda selesa dengan penggunaan frekuensi dengan kiraan mesh yang biasa anda gunakan, teruskan kerana itu yang terbaik. Sebelum ini, saya hanya bertanyakan pada pembekal saya berapakah kiraan mesh yang sesuai dengan kadar frekuensi output yang saya akan gunakan tanpa perlu memikirkan apa formulanya dan saya tetap mampu memberikan hasil cetakan yang saya inginkan bagi rekaan yang saya hasilkan. Lagipun, setelah tamat persekolahan, saya amat berharap agar saya tidak perlu menghafal formula- formula yang saya pelajari semasa bersekolah dahulu.

Sedikit tips penggunaan dan penyimpanan emulsion :

  1. Selepas bancuhan, simpan lebihan emulsion di dalam bekas yang berwarna gelap, dan simpan di dalam peti sejuk (ruang “freezer”)..dapatkan nasihat dari pembekal tentang penyimpanan..tapi kadang kala nasihat mereka pun agak tidak boleh diguna pakai sepenuhnya.
  2. Sebaiknya, gunakan pengacau atau spatula yang bukan berasaskan besi (plastik, kayu, stainless steel)
  3. Bagi sesetengah emulsion atau kebiasaanya yang sesuai bagi halftone, penggunaan di ruang bilik yang kurang cahaya lebih digalakkan.
  4. Selepas penyapuan emulsion pada skrin selesai sepenuhnya, sebaiknya anda terus simpan di dalam bekas dan cuci “scoop coater” terlebih dahulu sebelum anda ingin hisap rokok atau tengok anak dara lalu lalang di depan kedai anda.
  5. Bertanyakan kepada pembekal anda tentang jangkamasa penyimpanan emulsion yang telah digunakan. Sesetengah emulsion mempunyai jangka hayat yang pendek.

Terima kasih

cropped-rokerama-fb-profile1.jpg

Advertisements

5 thoughts on “KIRAAN MUDAH BAGI CETAKAN “HALFTONE””

  1. Terbaik laa bro. Perkongsian yg amat berguna dan bermanfaat utk org2 jahil printing mcm saya. Kaedah penyampaian pun mcm pensyarah antarabangsa tahap gaban. Keep it up..

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s