Tempat : Pusat Kraftangan Sabah, Keningau
Jangkamasa kursus : 2 bulan
Tarikh mula kursus : 13 Jun 2016
Tarikh tamat kersus : 16 Ogos 2016
Tenaga pengajar : Affendy Bin Yusof
Penyelaras : Alfred Paladius
Peserta kursus :
- Joycolin Binti Martius (Joy)
- Ruhaziana Binti Kadir (Nana)
- Elizebeth Binti Rabun (Elly)
- Rudia Binti Ambilo ( Dyea)
- Mohd Hanif Bin Ahadin (Anip)
- Mohd Fazli Bin Nain (Jilut)
- Dollvben Julius (Ben)
- Haslam Bin Khalil (Haslam)
- Fauzanwilly Bin Thomas (Fauzan)
- Dennis Julius
- Peter Rainim
- Stanley Bin Yagoh (Atan)
- Mohd Hazrin Manu (Hazrin) * tidak menamatkan kursus sepenuhnya
Kursus yang diajar merangkumi penghasilan model induk, penghasilan acuan silikon, bancuhan menggunakan “hydrostone” sehinggalah peringkat mewarna.
Penggunaan tepung “molding plaster” atau “hydrostone” adalah alternatif kepada penggunaan gentian kaca (fibreglass).
Minggu pertama, pelatih diajar bagaimana menghasilkan model induk.
Pelatih diberikan tugasan menghasilkan pelbagai bentuk bagi penyediaan tapak untuk setiap projek.
Pelatih juga diajar menggunakan polystyrene sebagai asas tapak bagi setiap model yang akan dihasilkan
Setiap model yang telah disiapkan, akan disediakan bagi penghasilan acuan silikon
Acuan yang telah siap, sedia bagi bancuhan hydrostone
Setelah kemasan dilakukan, bancuhan yang telah kering, sedia bagi proses merwarna
Hydrostone yang telah siap akan dijadikan produk cenderahati seperti fridge magnet, hiasan dinding, hiasan meja dan sebagainya.
Secara keseluruhan kursus dianggap berjaya, dengan kesemua peserta mampu menghasilkan produk yang berasaskan hydrostone dengan baik.
Apa yang peling penting adalah pengalaman setiap peserta dan jurulatih sepanjang 2 bulan tempoh kursus, disamping ikatan persahabatan dan kekeluargaan yang terjalin selama tempoh berkenaan.
Penghargaan diberikan kepada Pusat Kraftangan Sabah, atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh kursus
ALHAMDULILLAH…TERIMA KASIH KENINGAU..TERIMA KASIH KAMU SEMUA