Post pertama saya mengenai panduan asas rekaan t-shirt yang dihasilkan.
Untuk makluman pembaca, ROKERAMA lebih kepada perekabentuk (designer) t-shirt berbanding pencetak, dan jarang sekali mengambil tempahan kecuali atas situasi tertentu. Walaubagaimanapun, kami mampu mencetak t-shirt mengikut keperluan rekaan kami dari penggunaan teknik spot,simulated, cmyk dan juga index, dengan penggunaan dakwat plastisol, discharge, waterbase, rubber dan lain-lain.
Buat masa ini, saya belum berkesempatan menyediakan tutorial penuh dalam menghasilkan rekaan menggunakan perisian grafik (Illustrator/Photoshop). Jadi ini adalah panduan sepertimana panduan cetakan yang saya kongsikan sebelum ini, seperti penggunaan “tools”, “layer”, “effects” dan lain-lain.
Design: Muay Thai HOMETOWN HEROES
Rekabentuk : rokerama
Penggunaan perisian : Adobe Illustrator & Photoshop
Layer : 28 layers
Path : lupa nak kira..dah padam semua
Size rekaan : 16 x 22 inci
Resolusi : 250 pixels (bicubic)
Mode : RGB
Penggunaan Tools: Gradient tools,Pen tools, brush tools, shape tools.
Penggunaan Filters : Poster edges
Layer styles : Tiada
Penggunaan imej : PNG, Vector
Font : SYNCED
Teknik cetakan : Plastisol atau Discharge>3 warna proses “simulated”





