Panduan Menghasilkan Fridge Magnet Berasaskan “Fibreglass” : Tutorial Bahagian 2


Pada bahagian kedua ini, saya akan tunjukkan bagaimana fridge magnet dihasilkan menggunakan “fibreglass” atau gentian kaca. Pada bahagian pertama sebelum ini, saya telah tunjukkan cara- cara pembuatan acuan sebelum boleh digunakan bagi bancuhan fibreglass.

Bancuhan fibreglass ini bukan sekadar terhad kepada pembuatan fridge magnet ataupun cenderahati yang berkaitan, malah ia juga menjadi asas pada pembuatan model- model seperti penghasilan figura, model kenderaan dan berbagai- bagai jenis model mainan dan juga hiasan dalaman dan taman

BAHAN- BAHAN  DAN KELENGKAPAN BANCUHAN

  • Fibreglass Resin + hardener
  • Serbuk “Talcum” atau boleh juga menggunakan “Plaster of Paris”
  • Topeng mulut dan hidung
  • Sarung tangan “latex” atau getah
  • Bekas pakai buang (contoh: bekas air mineral)

BANCUHAN FIBREGLASS

  • Lengkapkan diri anda dengan topeng mulut dan hidung, berserta sarung tangan latex sebelum memulakan kerja- kerja bancuhan. Pastikan ruang bancuhan mempunyai aliran udara keluar masuk yang baik memandangkan bancuhan fibreglass ini agak berbau dan dikategorikan sebagai bahan kimia dan memberikan kesan pada kesihatan sekiranya anda terdedah terlalu lama dan kerap. Anda digalakkan meminum air yang secukupnya dan menghembuskan hidung anda setelah selesai menjalankan aktiviti bancuhan fibreglass ini.

 

Sekadar hiasan
Sekadar hiasan
  • Tuangkan cecair fibreglass resin ke dalam bekas pakai buang dengan anggaran nisbah antara Fibreglass dan “hardener” adalah sebanyak 10 : 0.05. Anda perlu membuat percubaan sukatan bagi setiap bancuhan yang akan anda mulakan, memandangkan sesetengah bekalan fibreglass dibekalkan dengan kadar kepekatan yang berbeza. Walaubagaimanapun ia tidaklah menjadi satu masalah, dan perbezaan sukatan tidak jauh berbeza.

8745716413_a9f84991dd_b

 

Resin

  • Campur dan gaulkan sekali dengan talkum atau “POP” pada kadar separuh dari bancuhan fibreglass tersebut.
  • Sediakan acuan silikon yang telah anda hasilkan seperti dalam tutorial bahagian 1 sebelum ini

 

SONY DSC
Acuan silikon
  • Semburkan “mould release agent” di permukaan acuan silikon anda. Ini bertujuan agar memudahkan anda mengeluarkan bancuhan yang telah siap.

spraymold

  • Anda boleh mula tuangkan bancuhan fibreglass k edalam acuan. Bancuhan yang telah siap dibancuh hendaklah dituangkan segera ke dalam mould, memandangkan jangkamasa aktif bancuhan kebiasaannya agak pendek mengikut kadar bancuhan anda.
SONY DSC
Menuang bancuhan fibreglass ke dalam mould
  • Anda boleh biarkan seketika sehingga bancuhan anda mengeras
  • Setelah ia mengeras, anda boleh mula menanggalkan acuan yang telah siap
  • Buat sedikit kemasan menggunakan kertas pasir.
SONY DSC
kemasan
  • Anda boleh mewarna bancuhan yang telah siap mengikut warna yang anda inginkan
  • Anda boleh hasilkan berbagai-bagai jenis acuan mengikut kemampuan ukiran yang anda buat dari penghasilan barangan seperti cenderahati hingga ke hiasan rumah dan taman. Atau mungkin lebih lagi mengikut kreativiti anda

$_35

SONY DSC
SONY DSC

il_340x270.635611502_9esf 23863b28476953.560531a78b9af silicone-rubber-mould-3d-skull-ry100-ref-2286-606-p 10153187_10152316889924936_213370243_n

  • Anda boleh hubungi saya sekiranya ada kekeliruan dan sekiranya anda berminat untuk mempelajari cara-cara asas penghasilan acuan dan bancuhan fibreglass ini dengan lebih terperinci, saya akan cuba aturkan kelas atau kursus yang lebih intensif sehingga anda mampu menghasilkannya sendiri samada secara kormesial atau hanya sebagai hobi.
  • Anda boleh terus mengikuti blog ini atau “like” facebook rokerama untuk sebarang kemaskini mengenai penghasilan acuan fibreglass dan juga percetakan t-shirt.
  • Semoga ilmu ini bermanafaat untuk anda. Terima kasih.

Hubungi

 

Advertisements