Video Tutorial Bahasa Melayu : SIMULATED PROCESS COLOR 2 warna


Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana menghasilkan pecahan 2 warna, dan juga anda boleh sedia untuk mencetaknya. Tutorial kali ini agak ringkas dan penerangannya tidaklah begitu terperinci, jadi bagi yang belum biasa dengan proses ini, cuba layari tutorial- tutorial yang lepas mengenai Simulated Process Color ini.

mockup ad 2 blank

Anda juga boleh dapatkan “softcopy” bagi file in dalam bentuk PSD, PDF atau Jpeg dengan menghantarkan email kepada mgshoproker@gmail.com, atau whatsapp ke 0133701014 dengan sedikit bayaran sebanyak RM30 sahaja.

Anda boleh terus mencetak output tersebut dan boleh digunakan untuk menghasilkan block cetakan. Juga disertakan panduan penggunaan mesh dan ink yang sesuai. Apa yang perlu anda lalui sendiri hanyalah menghasilkan block tersebut. Bagi yang masih belum mahir menghasilkan cetakan halftone ini, anda mungkin perlu lakukan sedikit percubaan.

Perlu saya tekankan di sini, penggunaan “exposure box” dan emulsion yang sesuai adalah penting dalam menghasilkan block yang baik bagi cetakan halftone. Walaubagaimanapun, anda boleh mencuba dan mungkin anda tidak akan mendapatkan hasil yang sempurna, tapi dari situ anda akan mendapat gambaran tentang bagaimana menghasilkan cetakan halftone dan mencubanya lagi dengan lebih banyak warna.

Advertisements