TIE DYE : ” Cara Menggunakan X-Plosive Tie Dye Kit” oleh X-PLOSIVE TIE DYE


Perkongsian artikel kali ini dari X-PLOSIVE TIE DYE.

Terima kasih kepada Adlan Syazwan atas kesudian berkongsikan artikel yang dipetik dari page beliau.

Kepada yang berminat pada pembuatan Tie Dye ini, bolehlah menghubungi beliau melalui link yang disediakan, atau rujuk di DIREKTORI PERCETAKAN T-SHIRT rokerama.

Facebook : Xplosive Tie Die

Instagram : Xplosive Tie Die

Telefon : Call/message/whatsapps/telegram = 0175013712

12112397_926230894125043_9181972990469777813_n

1. Pastikan baju anda adalah baju putih yang 100% cotton.
2. Basuh dahulu baju anda dengan sabun pencuci sebelum dibuat tie dye, dan jangan letakkan pelembut (softener) setelah selesai membasuh.
3. Sila pakai sarung tangan dan topeng muka sebelum memulakan proses pewarnaan baju.
4. Masukkan air kedalam botol Dye tersebut, dan goncang sehingga semuanya betul-betul sebati.
5. Cara yang paling mudah, anda boleh menggunakan air paip . Tetapi, cara terbaik adalah menggunakan air yang dimasak pada keadaan suhu suam-suam kuku. Elakkan menggunakan air yang terlalu panas atau air yang terlalu sejuk.
6. Potong dibahagian atas botol Dye menggunakan gunting, mahupun pisau. Elakkan memotong lubang terlalu besar bagi mengelakkan pembaziran Dye ketika proses pewarnaan baju.
7. Seterusnya, anda bolehlah membuat pelbagai teknik ikatan bagi menghasilkan corak yang anda inginkan. Setelah itu, ikatkan teknik itu menggunakan getah bagi mengekalkan kedudukannya ketika proses pewarnaan nanti.
8. Disyorkan meletakkan tshirt diatas jaring bagi membolehkan dakwat yang meleleh tidak terkena pada bahagian yang tidak sepatutnya.
9. Bahagian yang menyerlahkan kreativiti anda dimana anda bolehlah mewarnakan baju anda dengan warna yang anda sukai. Lebihkan menitikkan atau mewarnakan Dye sekiranya anda mahukan hasil yang tidak mempunyai banyak corak putih.
10. Boleh juga menggunakan teknik basah atas basah dimana tshirt dibasahkan menggunakan air dan dikeringkan sedikit supaya berada dalam kedaaan lembab.
11. Seterusnya, masukkan tshirt yang telah siap di Ikat Celup (Tie Dye)sebentar tadi kedalam plastik dan ikatkannya .
12. Letakkan pada suhu bilik dan tunggu pada jangka masa 24 jam sehingga 3 hari.
13. Setelah selesai diperap, bolehlah membuang getah tersebut dan pada basuhan pertama perlulah dibilas dengan air sabun. Dan seterusnya dibasuh pada air yang mengalir. Elakkan membasuh menggunakan air panas. Ketika ini, anda akan melihat banyak warna yang terkeluar, dan jangan risau kerana warna yang keluar bukanlah keluar semuanya. Sebaliknya, warna tertinggal itulah warna tshirt tie dye anda.
Tahniah !!! Kerana anda telah menyiapkan sehelai tshirt tie dye …
Advertisements