Panduan Pelanggan: Tempahan T-shirt


Sedikit panduan bagi mereka yang ingin membuat tempahan t-shirt.

Panduan ini hanyalah sebagai rujukan bagi memudahkan urusan anda dengan pencetak t-shirt yang akan anda berurusan, dan bukanlah prosedur yang wajib anda patuhi.

Kebiasaannya anda sebagai pelanggan yang ingin membuat tempahan t-shirt akan mengajukan beberapa soalan mengenai tempahan t-shirt yang akan atau “mungkin” akan anda tempah. Soalan yang mungkin anda ajukan :

  • “Bang/boss”…kalau nak “order” baju, berapa selai boleh dapat ye/ek?
  • Kalau order banyak boleh dapat murah tak bang?
  • “Bang”..nak order selai je boleh tak bang?
  • Berapa boleh dapat kalau saye order 100 lai t-shirt?
  • Bang…job urgent ni..100 lai..5 jam lagi saye datang ambik
  • Bang..kalau saye nak tempah baju, tulis name selai2, siap nombor ic,surat beranak, ngan sejarah hidup setiap sorang untuk setiap helai boleh tak bang?
  • Bang..saye ade projek ni..300 ribu lai..full kaler..boleh buat quotation tak bang..harge nak bawah 2 ringgit!!!!#@*%$^#

Baiklah… Sebahagian dari soalan yang saya nyatakan di atas mungkin berakhir dengan trajedi sekiranya anda berurusan dengan pencetak yang salah.

Tidak kira seberapa banyak helai atau warna, atau berapa banyak peruntukan yang anda ada bagi menempah t-shirt, buat sedikit persediaan yang lebih memudahkan kedua- dua belah pihak. Anda boleh serahkan seratus peratus kepada pencetak untuk menguruskannya bermula dari rekaan (design) hinggalah ke cetakan. Tapi ia sedikit sebanyak mempengaruhi harga bagi tempahan yang akan anda buat.

PANDUAN MEMBUAT TEMPAHAN T-SHIRT

  • Sediakan rekaan atau design yang ingin anda cetak. Sebaik-baiknya rekaan tersebut disediakan dalam bentuk “softcopy”..atau lebih baik sekiranya dihasilkan di dalam format Adobe Illustrator atau Corel Draw yang menjadi kebiasaan kegunaan oleh pencetak t-shirt. Anda boleh mendapatkan khidmat rekaan dari pereka grafik yang boleh anda temui di laman sosial dari segi penghasilan rekaan atau khidmat “tracing”, atau anda boleh cuba direktori di blog ROKERAMA. Ini bagi memudahkan pencetak dalam menyediakan rekaan anda untuk cetakan dan menjimatkan tempoh penyiapan tempahan anda.
ladies-tri-blend-ghosted-t-shirt-mockup-raglan-front-8
Sekadar Hiasan

 

  • Sediakan jumlah t-shirt yang ingin anda tempah
  • Sekiranya anda menginginkan rekabentuk t-shirt yang berbeza atau “custom made”, lakarkan dengan sebaiknya dan mudah untuk difahami.
custom-polo-1
Sekadar Hiasan
  • Sekiranya anda mempunyai peruntukan yang terhad, cuba peruntukkan harga yang munasabah. Buat sedikit penyelidikan dan carian mengenai harga yang berpatutan dan di bawah peruntukan anda. Harga yang terlampau murah juga belum tentu menjanjikan hasil yang anda inginkan.
  • Cuba berkomunikasi sepanjang proses tempahan bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Pastikan rekaan anda sempurna mengikut keinginan anda. Perubahan ketika proses mencetak telah berjalan akan meningkatkan kos anda. Sekiranya perubahan atau kesilapan dari pihak anda hanya dikesan setelah cetakan telah siap, wajah atau “muka kurang dari 10 sen” pun belum tentu memberikan keajaiban. Anda mungkin perlu membuat tempahan baru dan terpaksa menyelesaikan kos yang telah dicetak. Walaubagaimanapun, ia bergantung pada budibicara antara anda dan pencetak samada kesilapan dari anda, atau dari pencetak.
  • Sediakan wang pendahuluan sebelum tempahan dibuat sekurang-kurangnya 30-50% dari jumlah tempahan. Ia akan akan lebih mempercepat dan melancarkan proses tempahan anda.
  • Bayaran penuh baki setelah tempahan disiapkan dan periksa tempahan anda.

Mungkin anda dari kategori pelanggan yang cerewet atau mungkin yang menyerahkan seratus peratus kepada pencetak dan anda boleh pulang dan terus tidur. Tapi sekiranya anda permudahkannya untuk pencetak dalam urusan yang saya nyatakan di atas, insyaallah segalanya akan berjalan dengan baik dan selebihnya bergantung kepada pencetak dalam menyiap dan memberikan kepuasan kepada anda. Insyaallah, urusan anda juga akan dipermudahkan.

ROKERAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s