Bahagian pertama ini akan memaparkan senarai keperluan bahan dan peralatan yang diperlukan bagi penghasilan acuan silikon.
Dimaklumkan di sini, saya akan cuba menerang dan menunjukkan semudah yang mungkin dengan penggunaan bahan, peralatan dan sukatan yang mudah dan secukupnya agar ia mudah difahami dan diamalkan oleh para pembaca.
Senarai bahan- bahan dan peralatan pembuatan acuan :
- Cecair silikon ( Didatangi dengan “hardener”)
- Fibreglass Resin ( Didatangi dengan hardener)
- Mould release agent
- Cardboard
- Glue gun
PENYEDIAAN TAPAK ACUAN INDUK/MODEL
- Potong “cardboard” mengikut size model yang akan diacukan, dan jadikan ia tapak atau penghadang dengan melekatkan gam di sekelilingnya seperti pada rajah 1

- Setelah itu, tempatkan acuan induk atau model anda di tengah- tengah seperti pada rajah 2 dengan memberikan sedikit “margin” (anggaran sekitar 10mm sekurang-kurangnya)

- Setelah itu, semburkan “mould release agent” di sekitar ruang di dalam kotak penghadang (rajah 3). Patikan ia rata di keseluruhan permukaan model dan dinding-dinding penghadang. Jarakkan sedikit semasa menyembur bagi mengelakkan semburan yang berlebihan.

- Biarkan ia seketika sekitar 10 minit dan anda boleh mulakan membancuh cecair silikon. Nisbah anggaran bancuhan silikon dan “hardener adalah sekitar 0.5 : 10. Ia bergantung kepada perincian model yang akan anda acukan. (rajah 4) Campurkan kedua- dua bahan tersebut dan gaulkan sehingga anda yakin yang ianya rata keseluruhan. Anda dinasihatkan jangan menggaul campuran tersebut terlalu lama bagi mengelakkan ia membeku atau memekat semasa proses menggaul.

- Setelah siap menggaul, tuangkan segera ke dalam tapak acuan model anda tadi perlahan- lahan bermula pada tepian sehingga memenuhi ruang dan menutupi keseluruhan model (rajah 5). Sekiranya model anda agak terperinci dan mempunyai “texture” yang halus, anda boleh meratakan ia menggunakan berus mewarna. Ini bagi mengelakkan bebelon udara membeku sebelum sempat melepasi rongga halus pada model anda. Anda mungkin boleh menggunakan “vacuum pump” bagi menyedut angin yang terhasil semasa gaulan, tetapi seperti yang saya maklumkan sebelum ini, penggunaan peralatan dan bahan yang mudah dan secukupnya agar anda tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak untuk permulaan. Ia cukup bagi anda untuk memahami dan mengamalkannya di rumah.

- Biarkan semalaman (Sekitar 6-8 jam, bergantung pada bancuhan anda), dan anda boleh keluarkan model asal anda setelah silikon benar-benar membeku (rajah 6).


- Anda sudah boleh menggunakan acuan silikon tersebut bagi proses bancuhan model anda.

- Pada bahagian kedua nanti, saya akan tunjukkan bagaimana proses membancuh cecair fibreglass ke dalam acuan anda. Saya harap tutorial ringkas ini bermanafaat kepada anda yang berminat.
- Saya juga akan cuba menghasilkan tutorial dalam bentuk video sekiranya berkelapangan.
- Sentiasa mengikuti perkembangan blog ini bagi mengemaskini tutorial baru mengenai pengacuan produk berasaskan fibreglass.
- Sebarang pertanyaan boleh saja diajukan di ruangan komen. Insyaallah, saya akan cuba menjawab sebaik mungkin sekiranya berkemampuan
Sekian terima kasih
nice bos..bila nak tunjuk yg proses membancuh cecair fibreglass..saya cari di youtube banyak yg kena pakai fiberglass sheet
LikeLike
Insyaallah saya akan tulis utk bahagian yg kedua mengenai bancuhan fibreglass bile berkelapngan nanti
LikeLike
Menarik! Mcm nak try buat jer.. kat mana nak beli bahan2nya. Bila nak kluar bhgn 2 lak.
LikeLike
Dah buat dah bahagian 2,cume ade sikit lagi x siap..agak sibuk sikit..lapang nanti saye siapkan
LikeLike