Video Tutorial Bahasa Melayu: “Simulated Process Color” : 5 Warna – Bahagian 2

Sambungan dari tutorial “simulated process color bahagian 1”. Saya maklumkan sekali lagi bagi anda yang masih asing dengan proses pengasingan ini, rujuk pada tutorial saya sebelum ini mengenai asas teknik pengasingan “SPC” ini.

Sila rujuk penggunaan asas “shortcut key” yang biasa saya gunakan dalam setiap tutorial.

Selamat mencuba

ROKERAMA

 

TIE DYE : ” Cara Menggunakan X-Plosive Tie Dye Kit” oleh X-PLOSIVE TIE DYE

Perkongsian artikel kali ini dari X-PLOSIVE TIE DYE.

Terima kasih kepada Adlan Syazwan atas kesudian berkongsikan artikel yang dipetik dari page beliau.

Kepada yang berminat pada pembuatan Tie Dye ini, bolehlah menghubungi beliau melalui link yang disediakan, atau rujuk di DIREKTORI PERCETAKAN T-SHIRT rokerama.

Facebook : Xplosive Tie Die

Instagram : Xplosive Tie Die

Telefon : Call/message/whatsapps/telegram = 0175013712

12112397_926230894125043_9181972990469777813_n

1. Pastikan baju anda adalah baju putih yang 100% cotton.
2. Basuh dahulu baju anda dengan sabun pencuci sebelum dibuat tie dye, dan jangan letakkan pelembut (softener) setelah selesai membasuh.
3. Sila pakai sarung tangan dan topeng muka sebelum memulakan proses pewarnaan baju.
4. Masukkan air kedalam botol Dye tersebut, dan goncang sehingga semuanya betul-betul sebati.
5. Cara yang paling mudah, anda boleh menggunakan air paip . Tetapi, cara terbaik adalah menggunakan air yang dimasak pada keadaan suhu suam-suam kuku. Elakkan menggunakan air yang terlalu panas atau air yang terlalu sejuk.
6. Potong dibahagian atas botol Dye menggunakan gunting, mahupun pisau. Elakkan memotong lubang terlalu besar bagi mengelakkan pembaziran Dye ketika proses pewarnaan baju.
7. Seterusnya, anda bolehlah membuat pelbagai teknik ikatan bagi menghasilkan corak yang anda inginkan. Setelah itu, ikatkan teknik itu menggunakan getah bagi mengekalkan kedudukannya ketika proses pewarnaan nanti.
8. Disyorkan meletakkan tshirt diatas jaring bagi membolehkan dakwat yang meleleh tidak terkena pada bahagian yang tidak sepatutnya.
9. Bahagian yang menyerlahkan kreativiti anda dimana anda bolehlah mewarnakan baju anda dengan warna yang anda sukai. Lebihkan menitikkan atau mewarnakan Dye sekiranya anda mahukan hasil yang tidak mempunyai banyak corak putih.
10. Boleh juga menggunakan teknik basah atas basah dimana tshirt dibasahkan menggunakan air dan dikeringkan sedikit supaya berada dalam kedaaan lembab.
11. Seterusnya, masukkan tshirt yang telah siap di Ikat Celup (Tie Dye)sebentar tadi kedalam plastik dan ikatkannya .
12. Letakkan pada suhu bilik dan tunggu pada jangka masa 24 jam sehingga 3 hari.
13. Setelah selesai diperap, bolehlah membuang getah tersebut dan pada basuhan pertama perlulah dibilas dengan air sabun. Dan seterusnya dibasuh pada air yang mengalir. Elakkan membasuh menggunakan air panas. Ketika ini, anda akan melihat banyak warna yang terkeluar, dan jangan risau kerana warna yang keluar bukanlah keluar semuanya. Sebaliknya, warna tertinggal itulah warna tshirt tie dye anda.
Tahniah !!! Kerana anda telah menyiapkan sehelai tshirt tie dye …

Video Proses Cetakan 7 warna “Plastisol” : The Anglers Sebbilicious

Design:THE ANGLERS – Edisi Sebarau

Percetakan : Plastisol

Teknik Pecahan Warna: Simulated

Warna : 7 warna Plastisol

Mesh Count : 90T (2286)

Output Frequency : 65 lpi

Output Angle : 22.5

Rekabentuk : rokerama

Pencetak : ROKERAMA

Kerjasama bersama : Anglers Haven

“Simulated Process Color” : 5 Warna – Bahagian 1

Video kali ini akan menunjukkan proses pengasingan warna “Simulated Process Color”  5 warna secara manual. Tutorial ini agak bersahaja dan kepada anda yang masih asing lagi dengan proses ini, sebaiknya ikuti tutorial – tutorial mengenai teknik asas pengasingan warna “simulated process color” yang lepas di blog rokerama ini. Selamat mencuba

 

Panduan Pelanggan: Tempahan T-shirt

Sedikit panduan bagi mereka yang ingin membuat tempahan t-shirt.

Panduan ini hanyalah sebagai rujukan bagi memudahkan urusan anda dengan pencetak t-shirt yang akan anda berurusan, dan bukanlah prosedur yang wajib anda patuhi.

Kebiasaannya anda sebagai pelanggan yang ingin membuat tempahan t-shirt akan mengajukan beberapa soalan mengenai tempahan t-shirt yang akan atau “mungkin” akan anda tempah. Soalan yang mungkin anda ajukan :

  • “Bang/boss”…kalau nak “order” baju, berapa selai boleh dapat ye/ek?
  • Kalau order banyak boleh dapat murah tak bang?
  • “Bang”..nak order selai je boleh tak bang?
  • Berapa boleh dapat kalau saye order 100 lai t-shirt?
  • Bang…job urgent ni..100 lai..5 jam lagi saye datang ambik
  • Bang..kalau saye nak tempah baju, tulis name selai2, siap nombor ic,surat beranak, ngan sejarah hidup setiap sorang untuk setiap helai boleh tak bang?
  • Bang..saye ade projek ni..300 ribu lai..full kaler..boleh buat quotation tak bang..harge nak bawah 2 ringgit!!!!#@*%$^#

Continue reading Panduan Pelanggan: Tempahan T-shirt

MELIPAT T-SHIRT DENGAN MUDAH : Oleh Mohamad Fazli (Kilang T-shirt)

Perkongsian artikel kali ini oleh Mohamad Fazli dari “www.kilangtshirt.com

Artikel kali berbentuk video, menunjukkan cara mudah melipat baju, terutamanya bagi pencetak baju yang memerlukan masa dan tenaga dalam menyiapkan tempahan pelanggan.

Terima kasih kerana sudi dikongsikan di ruangan ini

 

“Disebabkan ramai yang p.m untuk demo alat ni.. Jadi ku kongsikan lah sebuah video.”

– Lipat tshirt, tuala, seluar, kain semudah ABC
– Berminat leh terus whatsapp sy 0199893149

10014535_679420532125093_8323778775682939488_n

 

 

Panduan Menghasilkan Fridge Magnet Berasaskan “Fibreglass” : Tutorial Bahagian 1

Bahagian pertama ini akan memaparkan senarai keperluan bahan dan peralatan yang diperlukan bagi penghasilan acuan silikon.

Dimaklumkan di sini, saya akan cuba menerang dan menunjukkan semudah yang mungkin dengan penggunaan bahan, peralatan dan sukatan yang mudah dan secukupnya agar ia mudah difahami dan diamalkan oleh para pembaca.

Senarai bahan- bahan dan peralatan pembuatan acuan :

  1. Cecair silikon ( Didatangi dengan “hardener”)
  2. Fibreglass Resin ( Didatangi dengan hardener)
  3. Mould release agent
  4. Cardboard
  5. Glue gun

Continue reading Panduan Menghasilkan Fridge Magnet Berasaskan “Fibreglass” : Tutorial Bahagian 1