“OFF CONTACT” : Dari INSPIRASISEKUJI


Perkongsian artikel kali ini dari INSPIRASISEKUJI. Terima kasih atas kesudian berkongsikan artikel yang dipetik dari page beliau.

Diharap ia bermanafaat untuk anda.

 

Surface printing tak smooth, tak rata, tak terang dan tak solid? X glossy mcm dahi Jibby, x tebal mcm rambut Kak Ros. Kekadang blok cepat sgt tersumbat? Benda ni mmg terjadi pd awal pembabitan seorg screinter (screen printer/tukang cetak). Banyak faktor penyebab masalah ini berlaku.
Antaranya ialah:-
OFF CONTACT.

12038796_722092094601858_1045056877468554995_o

Apakah OFF CONTACT? Jika digoogle translatekan ia membawa maksud “hubungan luar” (hehehe). Maksud disini ialah GAP, iaitu jurang/jarak antara point A dan B. Sebagai cth A Screen dan B Permukaan (yang hendak dicetak), mesti mempunyai jurang/jarak diantaranya. Ini adalah mandatori! Tak kisah anda pakai table printing jenis spider ke, lipan ke atau pun single platten.

Gap, jurang atau jarak diantaranya tidak terlalu jauh, dan tidak boleh sama sekali rapat dan melekat diatas permukaan yg handak dicetak. Ukuran gap, jurang dan jarak antaranya bergantung kepada ink atau dye dan material permukaan yg hendak dicetak itu. Juga perlu diingatkan, sekuji guna memainkan peranan yg penting. Terdapat pelbagai jenis bentuk mata sekuji antara yg sering kita nampak, mata 3segi dan kotak. Ketebalan dan kekerasan juga berbeza.

Kebiasannya, kawan menjarakkan antara screen dan surface dalam 2-4mm. Jika anda menggunakan table printer jenis spider (rotary registration) anda boleh laraskan jarak pd clamp tersebut. Dengan cara meletakkan kadbod diatas permukaan yg dicetak, dan letak blok screen diatas kadbod, dan ngam rapat, anda lock head clamp tersebut. Saiz kadbod tu mesti sama dengan platten anda, besar dr tu lagi bagus. dah lock jgn lupa plak tanggalkan kadbod tu, takan nak dicetak kadbod tu.
Jika anda menggunakan table printer jenis lipan (straight registration), haa…ini mmg masalah (yeke?) Tak jadi masalah, teknik yg sama digunakan seperti table spider, cuma beza kadbod tu digunting selebar 1 inci dan panjang pula mengikut saiz block, dan tampalkan pd tepi surface blok, boleh juga ditampal pd surface mesh. bergantung pd size platten dan blok.
Perlu juga diingatkan, ketebalan kadbod adalah diantara 2-4mm. Bukan 1inci atau lebih, kita bkan nak selak pintu pun…hehe

Selain dr kadbod, bahan yg pratikal dan tahan lama adalah acrylic. Mahal skit, tp bleh cuci, simpan. Tidak seperti kadbod, kena air terus jahanam, kang x pepsl comot kt baju atau kertas yg dicetak.

Kawan ada juga nampak screinter yg tidak buat OFF CONTACT ni. Tp dorg mengharapkan surface platten yg lembut, dgn menggunakan sponge nipis setebal 2mm. Itu pun OFF CONTACT jugak. Cuma bezanya ada teknik tarik dan tekan sekuji, dan jugak cabut blok. Perlu berhati2 dan jgn cuai.

Teknik memasing ok. Yg penting….TRY N ERROR. Sabor tu penting.

Try la. TQ

Advertisements

7 thoughts on ““OFF CONTACT” : Dari INSPIRASISEKUJI”

  1. Sy baru tahu pasal off contact ni.. Patutla semua permukaan cetakan yg sy buat kasar,kadang seperti benang terikut.adakalanya dye dipermukaan cetakan melekat pada design d mesh.. Terima kasi atas infonya..

    Like

    1. Sama-sama tuan..sedikit tips..Untuk off contact,ink sebaiknye pekat..tapi bagi rubberize ink kalau terlampau pekat, mungkin akan mudah sumbat..benang terikut skali berkemungkinan ink semakin memekat..mungkin ruang bilik agak panas..cetakan melekat pada mesh disebabkan ink belum cukup kering..off contact sesuai bagi penggunaan platisol atau pvc ink bagi cetakan atas kertas/decal/sticker..untuk penggunaan rubberize boleh, tapi utk jumlah yang bnyak mungkin ade sikit masalah,..dan tak sesuai bagi platen yang ada sponge..

      Like

      1. Terima kasih sekali lagi atas tipsnya tuan.. setakat ni sy hanya cetak atas baju jenis cotton sebagai permulaan,sy pun baru berjinak2 dalam dunia cetak baju ni.:) ada yg bagitau rubber dye tu kena campur dengan air..(sy bekum pernah cuba, tidak berani) dan ada yg cdgkan campur dengan binder( ini pun sy belum pernah cuba)..
        Pada pendapat tuan bagaimana.. adakah setiap kali dye memekat perlu tambah air atau binder?
        Apa2 pun terima kasih sekali lagi tuan..

        Like

      2. Bergantung kepada brand mane tuan gune..air boleh cmpur,tapi jgn terlalu bnyk..same jugak binder..kalau tuan nak tindih warna atas underbase,sebaiknye letak binder..binder sbgai ejen pelekat antara ink..secara xlangsung,mencairkan sikit..ade jugak yg perlu kacau saje smpai rubberize ink tu sedia utk digunakan..lg dikacau,kelikatan die makin mengurang..

        Like

      3. Utk rubberize,saye cadangkan binder..sedikit air pun boleh..walaumcamanepun..ikut pada pembekal mane tuan beli..ade sesetengah pembekal xperlukan ape2 cmpuran..cukup sekadar kacau hingga kembali lembut

        Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s