Panduan Percetakan Plastisol : Penggunaan Underbase dan “Highlight White” (Bahagian 3)


Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel mengenai penggunaan underbase sebelum ini. Anda mempunyai pilihan samaada ingin menggunakan underbase atau tidak, tetapi ia akan memberikan kesan atas hasil cetakan anda sekiranya anda mengabaikan penggunaan underbase. Anda perlu bijak menilai sesuatu rekaan tersebut samaada memerlukan penggunaan underbase atau tidak. Begitu juga penggunaan warna”High light” yang kebiasaannya menggunakan warna putih bagi menyerlahkan lagi sesuatu cetakan.

Pemilihan underbase yang sesuai semasa proses pengasingan warna amat penting dalam mendapatkan hasil yang terbaik bagi kaedah plastisol. Saya akan cuba hasilkan Video tutorial dalam memilih underbase yang sesuai bila berkelapangan dalam masa yang terdekat ini, memandangkan artikel panduan percetakan plastisol ini sekadar menceritakan mengenai teknik yang boleh diguna pakai bagi anda yang ingin mengetahui mengenai kaedah plastisol ini. Untuk kali ini. saya akan fokuskan pada penggunaan proses simulated menggunakan Adobe Photoshop.

Underbase bukanlah sekadar tempekan warna bagi dijadikan “tapak” kepada warna-warna yang akan anda cetak seterusnya, dan ia tidak semestinya merangkumi semua warna yang akan anda cetak seterusnya. Dan ia juga tidak semestinya menggunakan imej halftone. Anda boleh memilih warna di antara 3 warna pada channel RGB, samaada R=Red, G=Green atau B= Blue semasa proses pengasingan warna. Bagi sesetengah keadaan, anda tidak akan dapat membezakan diantara 3 warna tersebut memandangkan perbezaannya amatlah sedikit, tetapi tetap akan memberikan kesan pada hasilnya. Underbase tidak semestinya berada pada kadar “255” bacaan imej berwarna putih pada channel( merujuk pada bacaan RGB). Ia boleh berada pada kadar antara 255 hingga 1 , bergantung pada warna pada rekaan anda. Bergantung juga pada rekaan anda, sekiranya rekaan anda berada pada mode yang gelap atau “menyeramkan” (rekaan bagi “headbangers” kebiasaannya), anda mungkin boleh memilih channel di antara 3 channel tersebut yang mempunyai bacaan yang agak kurang pada imej putih sekitar 35-65.  Anda tak perlu risau mengenai apa yang saya terangkan, semakin lama anda mendalami dan mencuba teknik pengasingan simulated ini, lama kelamaan anda akan faham. Tidak hairan sekiranya caj yang dikenakan bagi setiap warna yang diasingkan agak tinggi, berbanding dengan rekaan itu sendiri.

Dan tidak habis setakat itu sahaja, setelah anda membuat pilihan dari mana-mana channel tersebut, anda mungkin perlu membuat sedikit “adjustment” pada tahap keterangan, kontra dan level. Anda masih boleh menggunakan pilihan channel tersebut secara “bulat-bulat” dan anda masih boleh mendapatkan hasil cetakan yang baik. Tetapi semakin lama anda mendalami proses pengasingan dan sekaligus mencetak t-shirt itu sendiri, anda akan dapat lihat perbezaannya dan anda mungkin akan cuba mendapatkan hasil yang lebih baik. Anda mungkin boleh saja menggunakan perisian pengasingan warna seperti “quickseps”, “Separation Studio” atau “t-seps”. Anda akan tetap boleh mendapatkan hasil cetakan yang baik dan anda tak perlu mendalami teknik ini secara manual. Lagipun ia hanya sekadar t-shirt. Tapi ianya terpulang kepada anda dalam mendapatkan hasil yang anda inginkan. Saya juga akan menggunakan underbase bagi sesetengah keadaan pada t-shirt berwarna terang agar sesetengah warna yang akan dicetak seterusnya akan nampak lebih menyerlah.

Kebiasaannya pencetak akan menggunakan warna putih bagi underbase. Tetapi anda juga boleh menggunakan warna-warna seperti seperti biru,hijau atau merah muda yang nampak seakan hampir kepada warna putih.

underbase
Underbase berwarna Cream
florecence
Underbase berwarna Hijau muda bagi kesan flouresence hijau

Penggunaan teknik “wet on wet” juga menjadi satu kebiasaan bagi pencetak plastisol. Anda perlu bijak memilih bila atau tidak penggunaan teknik wet on wet ini. Ia akan tetap memberikan perbezaan pada hasil yang anda inginkan.

Anda tidak semestinya mengeringkan setiap warna setiap kali cetakan dibuat. Anda boleh pilih samaada untuk mengeringkan sekadar underbase sahaja dan seterusnya anda gunakan teknik wet on wet. Atau mungkin pada sesetengah peringkat, anda perlu kembali pada warna yang anda sudah cetak dan cetak sekali lagi atau anda hanya perlu tarik sekali sahaja atau ikut sahaja apa kata hati anda. Anda tidak perlu terlampau memikirkan mengenai prosedur yang betul semasa mencetak. Ia hanyalah sebagai panduan untuk anda dan hasilnya, anda yang perlu tentukan. Jangan takut untuk mencuba…lagipun tiada siapa akan menbuat laporan polis atau membuatkan anda terbunuh sekiranya anda mencetak diluar kebiasaannya. Tetapi ia juga bergantung pada di mana anda mencetak dan sebab apa anda mencetak (????)…Walaubagaimanapun, risiko mencuba tetap ada.

Anda perlu juga berhati-hati sekiranya anda menggunakan “mesh count” yang agak kasar. Ia menghasilkan pengeluaran ink yang banyak dan mengakibatkan cetakan anda tebal dan kasar. Anda perlu fahami karakter ink plastisol ini di mana ink tersebut hanya tercetak di atas permukaan baju dan tidak akan meresapi kain t-shirt anda, dan ini akan menghasilkan cetakan yang agak tebal sekiranya anda mengeringkan setiap warna sebelum memasuki warna yang lain.

Pemilihan jenis kain t-shirt juga memainkan peranan dalam penghasilan cetakan plastisol. Anda mungkin akan mengalami perbezaan hasil menggunakan jenis kain yang berlainan.

Walaubagaimanapun, perkembangan teknologi hari ini telah menghasilkan berbagai-bagai jenis ink dan teknik yang boleh menghasilkan cetakan plastisol yang lebih baik seperti penggunaan plastisol discharge dan juga penggunaan ink silikon yang mungkin agak lembut dan elastik dan juga mesra alam sekitar (seperti yang dimaklumkan oleh pembekal)

Bagi pemilihan warna “high light”, atau kebiasaannya menggunakan warna putih, ianya agak mudah. Ia bagi menaikkan atau menyerlahkan lagi cetakan anda. Anda boleh katakan ia sebagai “finishing” bagi setiap cetakan. Anda cuma perlu memilih pada bahagian yang paling putih pada pemilihan warna “Color Range”. Gunakan “slider” pada “Fuzziness” bagi mendapatkan bahagian putih yang anda kehendaki. Anda perlu agak berhati-hati memilih kadar “fuzziness” agar ia tidak terlebih sehingga mengambil-alih secara berlebihan warna-warna yang sebelumnya (dalam apa jua keadaan sekalipun, berlebih-lebihan, bukanlah sesuatu yang baik). Cukup sekadar “secukupnya”. Bagaimana anda perlu tahu warna yang secukupnya?. Anda akan tahu bila anda mencubanya. Seperti pemilihan underbase (juga untuk warna lain), anda mungkin perlukan sedikit “adjustment” bagi mendapatkan  kadar halftone yang baik.

Anda juga perlu bijak semasa melakukan sedikit “overlapse” bagi warna high light white di atas warna lain agar dapat menghasilkan “toning” yang baik bagi warna-warna yang sebelumnya.

sebelum dan selepas
Sebelum dan selepas penggunaan High Light white

Insyaallah saya akan sambung lagi mengenai kaedah cetakan plastisol ini bila berkelapangan.

Terima kasih

ROKERAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s