Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh “preview” halftone yang akan anda cetak. Saya lebih selesa menghantar hasil pengasingan warna saya kepada pencetak film output, memandangkan ia lebih mudah bagi mendapatkan hasil semasa proses penyediaan block dari segi ketajaman dan kehalusan cetakan film output tersebut. Anda mungkin boleh cuba salah satu dari pencetak output di laman facebook seperti “Film Output Kuala Lumpur” sebagai contoh. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mencetak terus melalui printer anda, anda boleh mencuba teknik yang saya tunjukkan di sini.
Anda mungkin perlu mengikuti tutorial saya sebelum ini mengenai teknik pengasingan warna, memandangkan tutorial kali ini hanya sekadar menunjukkan penyediaan bagi melihat atau preview hasil output anda.
Beberapa panduan “shortcut” untuk anda di sini :
- Ctrl + Shift + I = Inverse selection (Terbalikkan seleksi anda)
- Alt + Backspace = Menggunakan warna foreground untuk layer/channel
- Ctrl + Shift + V = Paste in Place ( Tampal pada kedudukannya)
- Ctrl + C = Copy (Salin)
- Ctrl + D = Deselect (..saya tidak pasti penggunaan bahasa melayunya…mungkin keluar dari seleksi atau nyah seleksi..auwww)