Kali ini, saya akan kongsikan post dari facebook tuan “Ihsahn”(INSPIRASISEKUJI), “screenter dan head bangers” dari Segamat Johor.
Terima kasih kerana sudi dikongsikan bersama di blog ROKERAMA ini.
- Semalam dpt 1 set “marking siam” utk single platten yang kebanyakkannya digunakan oleh screen printer di siam. Tidak dinafikan ianya juga memberi hasil printing yg mudah dan tepat tetapi bergantung juga pd teknik2 individu itu sendiri.
- Ada pros dan cons jugak. Pro nya yg biasa kita dengar adalah MUDAH. Bagi yg berpengalaman, tau lah apa yg mudah.
Cons yg aku nampak adalah, ianya tidak VARIETY. Bermaksud, tidak PELBAGAI. Mengapa? Kerana ianya sesuai utk benda2 yg dua hala, maksud aku kt sini sebagai contoh baju, ada lubang (ruang terbuka) atas dan bawah. Bagaimana pula utk sling bag, bag, dll yg mempunya ruang terbuka 1 hala? Jd, setelah dibelek dan dibuat kajian secara teori, masih ada jalan penyelesaiannya. Bagaimana? Itu akan diterangkan kemudian setelah teori tersebut dipraktikkan nnti.

- Kedua adalah HARGA. Bagi yg pernah membeli tau lah harganya berapa, klu beli 1 set, mungkin x terasa, kalau nak beli 100 set, atau lebih dari itu mungkin kita mendongak ke langit sambil jari telunjuk mengetuk2 dagu. Kalu nak dibezakan marking paku dan skru, amat jauh sekali, apatah lagi marking adjustable bolt, nut and screw. Tp, nk dibezakan micro-registration clamp, marking siam murah sesgt. Tp pikirkan plak dari segi investment yg sekali seumur hidup.

- Walauapapun, ia bergantung pd teknik dan penyelesaian kita, kena try n error. Invest seskit dah le. Kalu puas hati, baru invest besar2.
- Insyallah, dalam masa sebulan atau lebih nnti, aku share teori yg aku ckp td. Begitu juga dg marking siam, mungkin akan diduplikasikan utk medapatkan harga mampu milik yg berskala besar.
TQ.