CARA MUDAH “EXPOSURE BOX” DIY


“Exposure box” adalah satu peralatan yang agak penting dalam proses percetakan t-shirt, dan ianya antara peralatan yang paling mudah untuk dihasilkan sendiri. Sekurang-kurangnya cukup bagi anda menghasilkan block anda sendiri. Malah anda hampir perlu menggunakan hanya lampu dan cermin sahaja untuk menghasilkan exposure box anda sendiri. Walaubagaimanapun, saya akan tunjukkan cara pembuatan yang agak “senonoh” sedikit. Mungkin tidaklah sesempurna atau secantik exposure box yang dijual, tapi ia tetap nampak cantik dan yang paling penting, cukup untuk kegunaan anda.

Apa yang penting adalah cahaya dan cermin bagi memastikan film output anda betul-betul rapat pada skrin block anda.

Saya akan tunjukkan 3 jenis ukuran dan penggunaan mentol lampu yang berbeza sekadar untuk pengetahuan anda. Walaubagaimanapun saya akan tumpukan pada satu jenis pembuatan sahaja pada salah satu bahagian di bawah ini nanti.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

  • Kotak kayu : Mengikut ukuran lebar dan ketinggian yang diperlukan (rajah 1). Anda boleh gunakan bahan dari kotak-kotak atau meja-meja yang terbuang. Sekurang-kurangnya anda mengamalkan penggunaan kitar semula.
  • Mentol Lampu berserta “fitting” : Kalimantang berukuran 24 inci sebatang(sekurang-kurangnya 3 atau lebih) atau sportlight 500 watt atau 1000 watt sebuah.
  • “Wire” penyambungan lampu : Secukupnya bagi membolehkan anda menyalakan lampu. Dapatkan khidmat mereka yang mahir dalam kerja pendawaian elektrikal
  • Cermin lutsinar : Setebal cermin yang biasa diletakkan di atas meja pejabat. Tidak akan berkesan menggunakan cermin muka.

CARA- CARA PEMBUATAN

  • Sediakan kotak kayu (rajah 1) mengikut ukuran. Anda boleh mengikut ukuran anda sendiri, asalkan ia cukup memuatkan block yang anda akan “burn” nanti. Andatidak perlu risau samada anda perlu membuat sedikit ruang untuk meletakkan cermin yang saya bulatkan pada rajah tersebut. Anda boleh saja letakkan di atas kotak tersebut kemudian nanti.

 

Kotak kayu
Rajah 1
  • Letakkan lampu pada ukuran dan kedudukan (rajah 2). Pendawaian lampu pada rajah adalah sebagai gambaran kasar bagi tujuan illustrasi. Anda perlu mendapatkan khidmat mereka yang arif mengenai pendawaian elektrik atau sekiranya anda mempunyai kemahiran mengenai cara pendawaiannya, itu mungkin lebih baik untuk anda. Anda dapati perbezaan jarak di antara 3 jenis exposure box pada gambarajah 2 adalah berbeza. Ia bagi memberikan biasan cahaya yang secukupnya pada block yang akan anda burn nanti. Jarak bagi kotak A agak rapat memandangkan penggunaan mentol lampu yang banyak. Bagi kotak B, jaraknya agak tinggi berbanding kotak A memandangkan jarak di antara mentol lampu agak berjauhan dan biasan cahaya mampu meliputi keseluruhan permukaan cermin. Penggunaan lampu “sport light” pada kotak C memerlukan jarak yang agak besar memandangkan haba dan cahaya yang dihasilkan agak tinggi, begitu juga caj yang dikenakan bagi penggunaannya. Saya mencadangkan penggunaan kotak B memandangkan ia sudah mencukupi dengan penggunaan lampu yang sedikit. Bagi ukuran kotak yang ditunjukkan pada rajah 1, anda mungkin memerlukan sekitar 4 hingga 6 batang lampu kalimantang berukuran 24 inci setiap batang.
Masuk lampu
                                            Rajah 2
  • Memandangkan saya telah mencadangkan penggunaan kotak B, jadi saya akan tumpukan pada pembinaan kotak exposure B.
  • Anda boleh meletakkan suis pada bahagian sisi kotak tersebut (rajah 3), atau anda boleh terus sambungkan “kepala plug” dan nyalakan melalui papan “plug” (rajah 4).

 

switch side
                                    Rajah 3
sambungan terus
                                        Rajah 4
  • Letakkan cermin yang sepatutnya anda sediakan seperti dalam rajah 5, atau anda boleh pilih untuk meletakkan cermin seperti pada rajah 6, yang mana lebih mudah bagi anda.
Kotak B CERMIN
Rajah 5

 

option 2 cermin
Rajah 6

Saya harap tutorial ini bermanafaat untuk anda dan mudah difahami. Sebarang pertanyaan boleh di ajukan diruangan komen atau melalui facebook/Rokeramagraphic

Terima Kasih

ROKERAMA

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s