Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 4)


Untuk bahagian ke 4 kali ini, saya akan kongsikan cara-cara penetapan block bagi cetakan melebihi 1 warna. Saya akan tunjukkan salah satu teknik yang biasa digunakan oleh pencetak t-shirt yang menggunakan meja panjang seperti yang saya tunjukkan pada bahagian 1 hingga 3 sebelum ini. Walaubagaimanapun, sesetengah pencetak menggunakan teknik yang berbeza dan ia terpulang pada kebiasaan seseorang pencetak itu sendiri.

Anda mungkin perlu mengikuti tutorial-tutorial sebelum ini agar lebih memudahkan anda memahami apa yang saya cuba sampaikan, disamping saya cuba agar setiap info yang saya berikan, saling berkaitan.

PROSES TETAPAN “BLOCK” BAGI CETAKAN MELEBIHI 1 WARNA

  • Setelah selesai proses pengasingan warna pada rekaan t-shirt anda, berserta “registration mark”(anda boleh rujuk tutorial pengasingan spot color melalui blog rokerama sebagai panduan), anda boleh mencetak di atas “tracing paper” mengikut layer warna masing-masing. Anda juga boleh menghasilkan film output anda dengan menggunakan kertas A4 biasa, dan sapukan minyak di atasnya bagi menghasilkan tracing paper sekiranya anda sukar mendapatkan bekalan.
film output
                                                                                  Rajah 1
  • Anda boleh mula melakukan proses “burn/expose” block anda seperti pada tutorial bahagian kedua sebelum ini dengan memulakan dengan block bagi warna underbase(rajah 1), berserta dengan imej registration mark pada film output anda.
  • Setelah selesai proses tersebut, tetapkan block anda di atas sehelai t-shirt yang digunakan sebagai “cubaan” (gunakan baju “reject”). Gunakan teknik yang saya tunjukkan di dalam tutorial bahagian ke 3, dengan memastikan kedudukan block anda tetap pada central guide (rujuk tutorial bahagian 3, rajah 4).
  • Mulakan cetakan pertama anda pada t-shirt “cobaan” tersebut dengan registration mark nya dicetak bersama(rajah 2), menggunakan warna putih sebagai underbase.
first print
                                                                                  Rajah 2

 

  • Tutup registration mark anda menggunakan pelekat (selotape, maskin tape atau sepertinya) dari bahagian luar block anda sebaik-baiknya, dan teruskan mencetak pada t-shirt yang berikutnya sehingga habis jumlah t-shirt yang diperlukan untuk anda cetak (rajah 3). Setelah selesai mencetak semua t-shirt yang diperlukan, basuh block anda dengan bersih menggunakan air dan pastikan tiada “dye” yang tertinggal, lebih-lebih lagi pada bahagian imej block anda.
next print
        Rajah 3
  • Keringkan cetakan anda menggunakan pengering rambut.
  • Setelah anda pastikan cetakan anda benar-benar kering, anda boleh mula dapatkan film output kedua anda (dalam kes ini, warna merah), dan letakkan di atas cetakan pertama pada t-shirt cubaan(yang mempunyai registration mark). Pastikan registration mark pada film output warna merah tersebut ditetapkan pada kedudukan yang sama pada t-shirt cubaan tersebut (rajah 4), dan letakkan “double sided tape” pada setiap penjuru film output. Pastikan double sided tidak mengenai imej pada film output anda.
Alignment
Rajah 4
  • Ambil block kedua yang telah siap disapukan emulsion dan sedia untuk proses “expose”, dan letakkan perlahan-lahan agar tidak menggerakkan film output dari landasannya di atas t-shirt cubaan tersebut dengan memastikan tetapan block anda berada pada kedudukan yang sama semasa proses pertama, di mana “central guide” berada pada kedudukannya (rajah 5).
place 2nd block
Rajah 5
  • Gosokkan block anda dengan menggunakan tangan atau kain kering, bagi memastikan film output yang telah diletakkan double sided betul-betul melekat pada block anda. Setelah itu, anda boleh mula expose block anda seperti sebelum ini.
  • Setelah selesai semua proses tersebut sehingga block anda sedia untuk digunakan, tutup bahagian registration mark pada block anda, dan ulangi proses cetakan, bermula dari t-shirt cubaan, atau anda boleh terus mencetak pada t-shirt seterusnya tanpa perlu mencetak pada t-shirt cubaan anda.
  • Setelah selesai mencetak, keringkan dahulu cetakan anda dan ulangi proses yang sama untuk warna yang seterusnya.

Apa yang perlu anda pastikan di sini adalah, setiap kali anda ingin memulakan proses cetakan pertama, pastikan tetapan dan kedudukan block anda tetap pada tetapan central guide, dan begitu juga bagi block yang seterusnya. Ia agar cetakan anda bagi warna kedua dan seterusnya tetap pada kedudukan yang sepatutnya.

Anda juga harus memastikan semasa proses meletakkan block di atas film output anda, tiada pergerakan pada film tersebut dan tetap pada kedudukan registration mark.

Terdapat berbagai cara tetapan yang digunakan oleh pencetak-pencetak t-shirt, dan anda mungkin boleh menggunakannya mengikut keselesaan anda sekiranya anda belajar dari mereka. Anda juga boleh menambah baik teknik-teknik yang ada, agar ia lebih efisien mengikut keselesaan dan praktikalnya pada anda.

Diharap anda mampu memahami tutorial ini, dan sekiranya anda menghadapi sebarang pertanyaan atau kekeliruan, anda boleh saja isikannya melalui ruangan “comment” atau hubungi melalui nombor yang saya sediakan.

 

Sekian terima kasih

ROKERAMA

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s