Video Tutorial (Adobe Illustrator) : Panduan Asas untuk “Beginner”- “Tracing” Lakaran Mudah

Tutorial kali ini adalah bagi mereka yang baru atau ingin menceburkan diri dalam bidang percetakan t-shirt, di mana anda mungkin perlu sedikit sebanyak menggunakan perisian Adobe Illustrator dalam menghasilkan rekaan t-shirt anda.

Tutorial ini adalah asas bagi anda yang ingin mengetahui serba sedikit mengenai lakaran ringkas atau “Tracing” yang boleh anda hasilkan menggunakan Adobe Illustrator dan boleh digunakan sebagai permulaan untuk anda mencuba menghasilkan cetakan pada t-shirt. Continue reading Video Tutorial (Adobe Illustrator) : Panduan Asas untuk “Beginner”- “Tracing” Lakaran Mudah

Advertisements

“OFF CONTACT” : Dari INSPIRASISEKUJI

Perkongsian artikel kali ini dari INSPIRASISEKUJI. Terima kasih atas kesudian berkongsikan artikel yang dipetik dari page beliau.

Diharap ia bermanafaat untuk anda.

 

Surface printing tak smooth, tak rata, tak terang dan tak solid? X glossy mcm dahi Jibby, x tebal mcm rambut Kak Ros. Kekadang blok cepat sgt tersumbat? Benda ni mmg terjadi pd awal pembabitan seorg screinter (screen printer/tukang cetak). Banyak faktor penyebab masalah ini berlaku.
Antaranya ialah:-
OFF CONTACT. Continue reading “OFF CONTACT” : Dari INSPIRASISEKUJI

Panduan Percetakan Plastisol : Penggunaan Underbase dan “Highlight White” (Bahagian 3)

Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel mengenai penggunaan underbase sebelum ini. Anda mempunyai pilihan samaada ingin menggunakan underbase atau tidak, tetapi ia akan memberikan kesan atas hasil cetakan anda sekiranya anda mengabaikan penggunaan underbase. Anda perlu bijak menilai sesuatu rekaan tersebut samaada memerlukan penggunaan underbase atau tidak. Begitu juga penggunaan warna”High light” yang kebiasaannya menggunakan warna putih bagi menyerlahkan lagi sesuatu cetakan. Continue reading Panduan Percetakan Plastisol : Penggunaan Underbase dan “Highlight White” (Bahagian 3)

“Selaput putih @ dara” oleh Cikgu Kimi dari DRACO APPAREL

Kali ini saya akan kongsikan post dari Cikgu Kimi (DRACO APPAREL)

Terima kasih kerana sudi dikongsikan bersama di blog ROKERAMA ini.

11063757_1507143106191589_8156850756647061443_n
DRACO APPAREL

Hahhaha dasyat tajuk tu..aku xdak gambar camna rupa dia..
tapi bila dah kena korang akan tau..
bila cuci blok… cun..emulsion dah tanggal…
semua cantik… biasanya kita biarkan dia kering bawah kipas..
ada yg guna hair dryer…
pegang blok.. selari dengan meja..dengan bertentang dengan lampu..
kita akan nampak selaput tu…dia berkilat kilat…
kalau tgk straight memang xdak apa2…
biasanya selaput tu akan kacau bila kita start print nanti..
tapi biasanya bila masuk ke helaian ke 5 or 10 nanti..selaput tu akan tanggal jugak.. tapi..rugi laaa..byk baju kena reject nanti.. Continue reading “Selaput putih @ dara” oleh Cikgu Kimi dari DRACO APPAREL

“Marking Siam” Oleh Tuan “Ihsahn” dari INSPIRASISEKUJI

Kali ini, saya akan kongsikan post dari facebook tuan “Ihsahn”(INSPIRASISEKUJI), “screenter dan head bangers” dari Segamat Johor. Continue reading “Marking Siam” Oleh Tuan “Ihsahn” dari INSPIRASISEKUJI

“Preview” Halftone dan sedia untuk dicetak

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh “preview” halftone yang akan anda cetak. Saya lebih selesa menghantar hasil pengasingan warna saya kepada pencetak film output, memandangkan ia lebih mudah bagi mendapatkan hasil semasa proses penyediaan block dari segi ketajaman dan kehalusan cetakan film output tersebut. Anda mungkin boleh cuba salah satu dari pencetak output di laman facebook seperti “Film Output Kuala Lumpur” sebagai contoh. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mencetak terus melalui printer anda, anda boleh mencuba teknik yang saya tunjukkan di sini. Continue reading “Preview” Halftone dan sedia untuk dicetak

CARA MUDAH “EXPOSURE BOX” DIY

“Exposure box” adalah satu peralatan yang agak penting dalam proses percetakan t-shirt, dan ianya antara peralatan yang paling mudah untuk dihasilkan sendiri. Sekurang-kurangnya cukup bagi anda menghasilkan block anda sendiri. Malah anda hampir perlu menggunakan hanya lampu dan cermin sahaja untuk menghasilkan exposure box anda sendiri. Walaubagaimanapun, saya akan tunjukkan cara pembuatan yang agak “senonoh” sedikit. Mungkin tidaklah sesempurna atau secantik exposure box yang dijual, tapi ia tetap nampak cantik dan yang paling penting, cukup untuk kegunaan anda. Continue reading CARA MUDAH “EXPOSURE BOX” DIY