Panduan Percetakan Plastisol: Penggunaan Mesh dan Film Output (Bahagian 2)


design logo TEXT low res

Kebanyakan rekaan cetakan plastisol terarah kepada unsur-unsur “Rock” atau “Metal”, dan jika diperhatikan kebanyakan (bukan semua) pencetak plastisol mempunyai kecenderungan pada muzik tersebut, disamping cetakan yang kebanyakannya terarah pada t-shirt berwarna hitam. Anda harus bijak menggunakan kelebihan warna baju semasa pengasingan warna atau “separation”. Ia seakan sesuatu rekaan tersebut disempurnakan dengan adanya warna hitam, sama seperti hasil lukisan yang disempurnakan dengan inking berwarna hitam. Anda juga perlu tahu bagaimana agar cetakan pada baju tersebut tidak terlampau tebal seperti seakan baju anda di tempel dengan pelekat “sticker” atau disapu simen. Anda juga perlu bijak memilih samaada cetakan anda memerlukan “underbase” atau tidak. Oleh sebab itu, pengasingan seperti “Index” dan “simulated” adalah kaedah terbaik dan paling sesuai bagi pengasingan warna bagi cetakan plastisol. Secara anda tidak sedari, anda sebenarnya menggunakan spot color bagi cetakan anda. Selain dari baju berwarna putih, saya tidak galakkan penggunaan teknik CMYK. Walaubagaimanapun, ia terpulang kepada anda yang mencetaknya, mengambil kira dari segi kos dan masa penyediaannya.

Saya percaya pada peringkat ini, saya tidak perlu menerangkan bagaimana untuk memasang block, coating, burn/expose atau sebagainya.

Penggunaan “mesh” yang sesuai amat memberikan kesan pada cetakan anda dari segi kehalusan dan pengeluaran ink. Anda boleh menggunakan mesh yang biasa digunakan bagi cetakan rubber atau waterbase seperti contoh 1000/1200/1350, tetapi ia akan memberikan kesan pada ketebalan cetakan anda. “Mesh count” yang rendah akan menghasilkan pengeluaran ink atau “Ink deposit” yang banyak dan memberikan hasil cetakan yang kasar dan mungkin tebal, lebih-lebih lagi sekiranya anda menggunakan tekanan atau kedudukan squeegee yang kurang sesuai.

Saya mencadangkan penggunaan mesh 90T-120T. Ia mengurangkan pengeluaran ink dan mampu menghasilkan cetakan yang halus dan agak terperinci lebih-lebih lagi dengan penggunaan “off contact”. Ia juga mengurangkan risiko “bleeding” semasa cetakan. Anda boleh menggunakan frequency sehingga 85 lpi dengan pengunaan mesh 120T sekurang-kurangnya.

Ketegangan mesh juga memainkan peranan dalam cetakan plastisol, walaubagaimanapun saya tidak pernah menggunakan “tension meter” dalam memastikan ketegangan mesh yang saya perlukan. Cukup sekadar anggaran dan pastikan anggaran anda benar- benar tegang. Anda tidak perlu terlampau risau mengenai ketegangan yang tepat. Pengalaman anda mencetak t-shirt sebelum ini mampu memberikan anda gambaran ketegangan yang diperlukan. Tapi pastikan anda menggunakan “screen stretcher”, dan bukan “stapler gun”. Penggunaan block aluminium atau besi amat digalakkan memandangkan ketegangan mesh mampu memberikan kesan sekiranya anda menggunakan block kayu.

Anda boleh tanyakan pada pembekal anda bagi penggunaan emulsion yang sesuai. Keselesaan penggunaanya bergantung pada anda sendiri setelah menggunakannya. Anda boleh sentiasa bertukar kepada pembekal lain. Walaubagaimanapun, saya menggunakan emulsion dari pembekal yg sama selama lebih 20 tahun.

Seperti yang saya tulis pada bahagian pertama sebelum ini, anda tidak perlu terlampau risau dalam memulakan percetakan plastisol ini sekiranya anda sudah pun berkecimpung dalam bidang percetakan t-shirt. Hanya pertukaran dari segi bahan yang biasa anda gunakan sebelum ini, dan anda mungkin boleh dapatkannya dari pembekal yang sama.

Saya akan sambung mengenai penggunaan underbase dan Highlight White pada tutorial yang akan datang

Terima Kasih

ROKERAMA

Advertisements

2 thoughts on “Panduan Percetakan Plastisol: Penggunaan Mesh dan Film Output (Bahagian 2)”

  1. salam..maaf bertanya…saya xpaham ttg mesh 90T-120T…selalu nye org bgtau guna mesh 1350(utk CMYK)..so apa beza dan mesh 1350 ni dgn mesh 90T-120T

    Like

    1. wkumsalam..90T/120T etc adalah kiraan bagi metric….1350 bersamaan dengan 53T..tuan boleh baca artikel mengenai halftone untuk mendapatkan sedikit penerangan mengenai kiraan mesh dan halftone

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s