Kali ini saya akan menunjukkan bagaimana anda boleh mencetak t-shirt dengan cara yang sesuai dan mudah melalui block yang telah anda siapkan pada bahagian ke 2 sebelum ini. Pada bahagian pertama, saya ada menyenaraikan beberapa peralatan yang boleh anda sediakan untuk mencetak t-shirt seperti meja cetak atau meja panjang disertakan dengan papan bagi menyarung t-shirt. Begitu juga dengan bahan cetakan yang perlu anda sediakan pada bahagian kedua.
Saya akan bahagikan kepada 2 bahagian :
- Menggunakan meja cetak
- Menggunakan meja panjang
PROSES PENYEDIAAN MENCETAK T-SHIRT
MEJA CETAK
- Sapukan “Table Glue” pada “platen” atau papan t-shirt anda pada keseluruhan permukaan setiap satu (rajah 1-A) Anda boleh gunakan apa-apa kepingan papan atau cardboard atau squeegee yang berukuran kecil (rajah 1-B). Setelah itu, Lapkan lebihan gam yang terdapat pada permukaan dan sisi platen dan biarkan seketika (10 -15 minit atau sebatang rokok atau setelah “meggi” anda sedia untuk dimakan…ada baiknya anda habiskan meggi anda dahulu sebelum memulakan kerja anda)

- Mula sarungkan t-shirt anda pada setiap platen (rajah 2)

- Sebelum itu, anda akan dapati setiap pangkal meja cetak berhadapan platen anda, terdapat sebatang besi yang dinamakan “central guide” (rujuk tutorial meja cetak). Ia digunakan bagi menyelaraskan setiap cetakan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah dapatkan “guide bracket” (rujuk tutorial “Guide Bracket”) atau anda hanya boleh gunakan paku yang agak panjang dan sedikit besar bagi menggantikan guide bracket anda(2 ½ atau 3 inci panjang). Anda juga perlu dapatkan paku yang sedikit kecil(1 ½-2 inci panjang) bagi dijadikan “stopper” (rujuk tutorial meja cetak)…saya akan tumpukan pada penggunaan paku memandangkan ia mungkin mudah didapati di rumah anda.
- Pakukan paku (2 ½-3 inci) pada bahagian tengah block anda, dan paku yang sedikit kecil pada kiri dan kanan block anda berpandukan pada rajah 3.

- Letakkan block anda pada kedudukan seperti pada rajah 4. Perhatikan pada bulatan merah agar anda faham akan fungsinya. Ia menghalang pergerakan block anda bagi mengurangkan risiko pergerakan semasa mencetak

- Tuangkan dye mengikut warna yang anda inginkan, dan tarik squeegee anda dengan sedikit tekanan (rajah 5).Anggaran kecondongan adalah sekitar 25 darjah. Anda perlu biasakan menarik squeegee bagi mendapatkan keyakinan anda. Sedikit menggigil pada permulaannya adalah perkara biasa..banyak menggigil, mungkin anda perlu berjumpa doktor. Jangan risau sekiranya ada kesilapan..tapi anda perlu risaukannya sekiranya anda sudah mula menerima tempahan.

MEJA PANJANG DAN PAPAN
- Ikuti langkah pertama dan kedua pada bahagian “meja cetak”, dan susun t-shirt tersebut seperti pada rajah 6. Pastikan anda meletakkannya selaras di antara setiap t-shirt mengikut “central guide”. Pastikan juga, bahagian belakang platen tersebut tiada lipatan baju yang tertindih.

- Bagi “central guide”, anda boleh tempah atau hasilkan sendiri (jika anda mempunyai “welder”) seperti pada rajah 7. (maaf jika saya tidak nyatakannya pada bahagian pertama sebelum ini). ATAU anda boleh hasilkannya menggunakan kayu (2 x 1 inci) dan pakukannya seperti pada rajah 8. Gunakan ukuran seakan- akan rajah 7….Saya juga akan tumpukan pada penggunaan paku dalam tutorial ini (ingat…mudah dan ringkas)


- Letakkan block anda pada kedudukan seperti pada rajah 9.

- Ikuti langkah terakhir pada bahagian menggunakan Meja Cetak.
Sedikit tips bagi penggunaan dan jenis squeegee untuk kegunaan rubber dye atau waterbase yang saya tidak terangkan secara terperinci pada bahagian 1 yang saya rasakan agak penting bagi anda. Dapatkan squeegee yang berbentuk tirus (rajah 10…cadangan 60 /30 degree), dan agak lembut berbanding squeegee bagi kegunaan plastisol atau PVC ink yang yang kebiasaannya menggunakan squeegee berpetak dan agak keras.

Diharap anda dapat gambaran tentang bagaimana anda boleh mencetak t-shirt dengan mudah. Sekurang-kurangnya anda mendapat sedikit panduan sebelum anda menyertai kursus-kursus yang dianjurkan agar ia lebih memudahkan anda. Jika anda mampu memahami dan terus mengusahakannya melalui tutorial ini, ia mungkin lebih baik untuk anda dari segi penjimatan.
Tutorial ini juga menunjukkan secara asas percetakan t-shirt. Terdapat cara-cara tetapan agar lebih mudah dan praktikal seperti penyediaan tetapan cetakan melebihi 1 warna. Saya akan cuba kongsikan bersama pada bahagian ke 4 nanti.
Anda boleh menambah baik peralatan yang saya tunjukkan dari masa ke semasa mengikut perkembangan pengetahuan anda. Mungkin juga anda mampu menghasilkan idea yang lebih baik berbanding apa yang diamalkan buat masa ini. Gunakan juga kebijaksanaan anda dan cuba dapatkan idea-idea yang boleh memperbaiki kerja-kerja percetakan anda. Jika ada sebarang kemusykilan, anda boleh saja ajukan kepada saya atau tinggalkan komen anda. Saya akan cuba membantu dan menjawab segala pertanyaan anda sekiranya berkemampuan dari segi masa.
Selamat mencuba
ROKERAMA
samgat bagus… Alhamdulillah…
LikeLike
terima kasih…
LikeLike
Terima Kasih tuan kerana berkongsi ilmu…
LikeLike
Sama2 tuan
LikeLike