Panduan Percetakan Plastisol: Pengenalan (Bahagian 1)


design logo TEXT low res

Percetakan plastisol adalah salah satu teknik percetakan yang agak popular di kalangan pencetak t-shirt. Teknik plastisol ini tiada banyak bezanya dari segi asas percetakan, cuma penggunaan beberapa peralatan tambahan seperti pemanas “flash cure” dryer atau heater dan sedikit penambahbaikan meja cetakan diperlukan bagi melancar dan memudahkan teknik ini. Penggunaan mesh bagi “output frequency” yang betul, dan juga teknik pengasingan warna yang sesuai. Penggunaan flash cure juga boleh diganti dengan “heat blower” sekiranya anda agak kekurangan modal bagi mendapatkan flash cure dryer.

Saya berpendapat teknik plastisol ini lebih mudah berbanding teknik percetakan biasa dari segi masa dan tenaga yang diperuntukkan bagi menyiapkan sesuatu cetakan. Penggunaan meja “rotary” atau “spider” juga menjadi salah satu sebab kurangnya pencetak menceburi teknik ini. Walaubagaimanapun penggunaan meja spider ini bukanlah satu keperluan yang wajib bagi penggunaan teknik plastisol.

Sesetengah pencetak ada yang menggunakan apa yang dipanggil “meja siam” atau meja “marking siam” di mana teknik “marking” digunakan atas dan bawah. Begitu juga penggunaan meja siam yang mana menggunakan hanya satu “printhead”. Anda juga boleh megubahsuai meja anda agar ia sesuai digunakan bagi cetakan plastisol. Saya agak kurang arif mengenai penggunaan meja siam ini, jadi anda boleh merujuk pada mana- mana pencetak yang biasa dengan penggunaan meja siam ini.

Teknik pengasingan warna juga perlu bagi mendapatkan hasil cetakan plastisol yang baik. Mungkin ini sedikit halangan bagi sesetangah pencetak yang mempunyai kurang pengetahuan mengenai grafik. Walaubagaimanapun, perisian pengasingan warna yang boleh didapati dengan mudah sekarang ini, mungkin agak membantu dan memudahkan anda. Anda tidak perlu risau mengenai halftone atau dot yang halus pada output film anda. Ia hanyalah “SPOT Color” yang bersize halus. Penggunaan mesh yang betul bagi frequency yang sesuai akan membuatkan penyediaan block anda lebih mudah, disamping film output yang benar-benar cukup hitam.

Sesetengah, atau kebanyakan pencetak, terutamanya mereka yang baru menceburi bidang percetakan plastisol ini, didedahkan dengan tanggapan bahawa penggunaan teknik pengasingan warna CMYK adalah teknik yang wajib atau yang “unggul” untuk digunakan atau kemestian dalam percetakan plastisol ini. Secara jujurnya, saya hanya akan menggalakkan penggunaan teknik CMYK ini hanya pada baju yang berwarna putih, ia juga bergantung sekiranya saya ingin mengurangkan penggunaan blok dan juga bergantung kepada keadaan rekaan t-shirt itu sendiri. Bagi cetakan pada baju berwarna hitam atau gelap, teknik CMYK ini adalah yang paling TIDAK saya gunakan atau galakkan. Sememangnya teknik CMYK ini amat mudah dan agak “cost effective”, tetapi ia bukanlah jalan yang terbaik bagi mendapatkan hasil yang sepatutnya. Anda perlu mempelajari teknik pengasingan Simulated (juga dikenali sebagai “fake” atau mungkin juga menggunakan term “spotted”) atau Index separation. Penggunaan “spot colour” yang lebih “complex” juga boleh digunakan dan memberikan kesan dan hasil yang baik, tapi anda digalakkan menggunakan waterbase atau discharge atau mungkin juga plastisol discharge.

Menggunakan kelebihan warna t-shirt juga penting bagi mendapatkan hasil cetakan yang baik. Anda tidak perlu lagi menggunakan ink berwarna hitam sekiranya t-shirt anda berwarna hitam. Jadikan warna hitam pada t-shirt tersebut sebagai salah satu dari warna cetakan anda

Cetakan pada t-shirt dan kertas atau selain dari t-shirt adalah berbeza dari segi penyerlahan warnanya. Penyerlahan setiap warna cetakan anda amat penting dalam memberikan hasil yang memuaskan. Anda juga harus pandai memilih rekaan yang sesuai bagi setiap cetakan plastisol. Ia bukan sekadar mengambil imej atau rekaan dari mana- mana website dan tempekkannya pada baju anda. Anda tidak perlukan kualiti foto untuk mendapatkan hasil cetakan plastisol yang baik (kecuali bagi cetakan untuk penganjuran program belia atau sukaneka atau yang sepertinya). Anda boleh bertukar kepada teknik “heat transfer” atau DTG sekiranya anda inginkan cetakan berkualiti foto. Anda boleh mendapatkan kualiti foto bagi cetakan plastisol ini, tapi ia bukanlah hasil yang diinginkan bagi menghasilkan cetakan plastisol yang baik. Anda perlukan “texture” dalam mendapatkan hasil cetakan plastisol yang baik.

Malah sekiranya anda menggunakan kaedah seperti rubber dye atau waterbase ink, anda akan tetap mendapatkan hasil cetakan yang baik dengan penggunaan teknik pengasingan warna yang betul, mesh yang betul bagi “output frequency” yang betul.

Walaubagaimanapun, walau apapun teknik yang anda gunakan, saya berpendapat perkara yang pertama yang perlu diberi lebih tumpuan adalah rekaan t-shirt atau “design” t-shirt itu sendiri. Anda boleh menghasilkan cetakan yang baik dengan penggunaan mesin yang canggih, tapi sekiranya rekaan t-shirt anda hanya sekadar “tempekan” imej atau gambar, ia mungkin hanya sekadar “t-shirt” (mungkin gambar kekasih atau isteri anda memberikan sedikit nilai). Setelah itu, baru anda boleh fikirkan teknik yang sesuai bagi penyediaan bagi cetakan.

Saya akan cuba memberikan panduan yang berguna  dan berperingkat bagi anda yang ingin menceburkan diri dalam teknik percetakan plastisol ini pada bahagian- bahagian yang akan datang. Bagi anda yang sudah menjalankan percetakan seperti rubber dye dan lain-lain, ia mungkin tidak sukar bagi anda kerana penggunaan teknik asas yang sama. Saya akan cuba menggunakan peralatan yang seminimum mungkin bagi membolehkan cukup untuk anda memulakan atau mencuba teknik ini.

Perlu diingatkan, panduan yang saya berikan hanyalah sebagai rujukan bagi memudahkan anda. Anda mungkin perlu menyertai kursus atau kelas-kelas percetakan plastisol di mana-mana. Anda masih perlu sedikit “practical” bagi mendapatkan lebih keyakinan sebelum memulakan kaedah plastisol ini. Sekiranya anda mampu mempelajari hanya melalui bacaan dan penyelidikan, disamping sedikit “trial and error”, ianya satu kelebihan buat anda. Selalulah “follow” atau mengikuti blog ROKERAMA untuk bahagian kedua atau bahagian-bahagian yang akan datang mengenai teknik plastisol ini, disamping lain-lain pengetahuan mengenai cetakan silk screen.

Terima Kasih

ROKERAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s