Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 2)


Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana menyediakan block cetakan sebelum anda boleh memulakan cetakan. Sebelum itu, saya ingin memaklumkan, yang tutorial ini tidak merangkumi penghasilan rekaan t-shirt dan juga teknik pengasingan warna. Anda boleh ikuti tutorial video pengasingan warna melalui ruangan video tutorial di blog ini. Saya akan cuba menghasilkan lebih banyak tutorial dalam bentuk tulisan dan juga video tentang menghasilkan rekaan dan juga pengasingan warna secara asas dan mudah difahami bagi yang baru ingin menceburi bidang ini…sekiranya umur saya masih panjang.

Saya senaraikan keperluan bahan yang diperlukan bagi menyediakan block cetakan. Saya akan senaraikan sekali bahan-bahan yang diperlukan untuk mencetak t-shirt.

Bahan-bahan penyediaan block dan percetakan :

  • Mesh : Untuk permulaan belajar mencetak ini, dapatkan kiraan mesh 1000-1200. Kedua-dua mesh ini sesuai bagi penggunaan rubber dye dan juga waterbase TC. (Saya akan cuba menulis mengenai mesh dengan lebih terperinci pada masa-masa yang akan datang)
  • Photo Emulsion : Khas untuk percetakan t-shirt menggunakan rubber dye dan waterbase.
  • Screen Hardener : Disapukan pada block yang siap di “expose” agar tidak tertanggal semasa mencetak atau semasa membersihkan block
  • Rubber dye : Untuk permulaan, sebaiknya, dapatkan sekurang-kurangnya 5 warna (Putih, Biru, Merah, Kuning dan Hitam).
  • Table Glue : Disapukan pada papan atau platen, agar t-shirt tidak berganjak semasa cetakan.

Saya imbaskan dahulu proses-proses menyediakan block sehinggalah tercetaknya t-shirt.

PROSES PENYEDIAAN MENCETAK T-SHIRT

  • Penyediaan film output
  • Memasang block
  • Merata atau menyapu Emulsion pada block
  • “Burn” atau “expose” block
  • Mencetak t-shirt
  • Tambahan….Tunjuk atau “share” dengan rakan- rakan anda

Saya akan mulakan dengan penyediaan film output bagi menghasilkan block.

1. PENYEDIAAN FILM OUTPUT

Ada beberapa cara bagi penyediaan film output ini. Saya akan tunjukkan 2 cara yang biasa digunakan dan mudah:

  • Cara pertama adalah dengan mencetak hasil rekaan anda yang telah diasingkan warnanya dengan menggunakan pencetak komputer anda. Anda boleh gunakan kertas A4 atau A3 biasa. Pastikan cetakan anda benar-benar hitam. Sesudah itu, sapukan minyak masak di atas kertas tersebut dan ratakan. Anda tidak perlu menggorengkannya. Buat sehingga kertas anda kelihatan lutsinar atau berupa seperti “tracing paper”
  • Kedua adalah dengan mencetak menggunakan “tracing paper” yang boleh dibeli di kedai alat tulis

p/s : Anda boleh menghasilkan terus rekaan satu warna dengan hasil lukisan anda dengan melukiskannya dengan menggunakan “hing Performance” marker pen berwarna hitam terus di atas tracing paper dan sedia dijadikan film output

2. MEMASANG BLOCK

  • Dapatkan frame kayu atau anda boleh hasilkannya sendiri..pastikan sudut-sudut kayu tersebut dilekatkan dengan betul dan kemas bagi mengelakkan block anda bengkok atau tidak stabil. Atau anda boleh dapatkannya dari kedai peralatan mencetak.
hgfdf
Block Kayu
  • Sekarang anda boleh memulakan memasang mesh pada block anda. Lekatkan dengan stapler gun pada bahagian frame seperti dalam rajah 1. Cuba dapatkan hasil yang kemas dan tidak berkedut
hfdhfd
Rajah 1
  • Sesudah semua bahagian yang ditunjukkan tadi telah dilekatkan, tarik pada salah satu bahagian bertentangan setegang yang mungkin(rajah 2), dan mula lekatkan dengan stapler gun pada bahagian yang anda tarik sehinga ke penghujung, dan sambung terus ke bahagian yang seterusnya sehingga keseluruhan block telah dilekatkan dengan stapler gun (rajah 3). Anda boleh dapatkan pengepit khas yang digunakan bagi memudahkan anda menarik mesh tersebut semasa anda melekatkannya, dari kedai peralatan percetakan. Atau anda boleh mencuba “SANDWICH STRETCHER-DIY ” pada salah satu bahagian di dalam blog ini sekiranya anda dapati cara manual ini agak melecehkan.
jghhdfh
                                                     Rajah 2
done mesh
Rajah 3
  • Sesudah itu, anda boleh bilas atau cuci dengan air sabun(sabun basuh pinggan pun boleh) bagi membuang kotoran atau minyak bagi mendapatkan hasil yang baik semasa proses meratakan emulsion selepas ini.

 

3. MERATAKAN ATAU MENYAPU EMULSION

  • Setelah block anda kering sepenuhnya, anda boleh mula membancuh “Photo Emulsion” (bagi yang memerlukan bancuhan “sensitizer”), atau anda juga boleh mendapatkan photo emulsion yang sedia untuk digunakan tanpa perlu bancuhan sensitizer. Anda perlu mendapatkan keterangan dari pembekal anda sebelum menggunakannya.
emulsion
                             Photo Emulsion : Sekadar Hiasan
  • Sebelum anda menggunakan scoop coater anda, pastikan bucunya tidak terlalu tajam, atau anda boleh mengasahnya menggunakan kertas pasir. Ini bagi mengelakkan mesh anda terkoyak atau bahagian penghujung scoop coater tersebut tidak mengenai permukaan mesh anda semasa meratakan emulsion. (rajah 4). Sesetengah pembekal mengabaikan atau terlepas pandang mengenai perkara ini.
jgfj
                                     Rajah 4

 

  • Bagi yang perlu bancuhan sensitizer, biarkan seketika bancuhan tersebut lebih kurang setengah jam (dapatkan nisbah bancuhan yang betul dari pembekal anda). Bagi emulsion yang sedia digunakan, anda boleh mula tuangkan emulsion anda ke dalam scoop coater, dan sekatakan emulsion anda pada keseluruhan ruang scoop coater tersebut(rajah 5).

p/s : Ada sesetengah photo emulsion memiliki tahap “sensitiviti” yang lebih pada cahaya dan memerlukan anda  melakukan proses ini di dalam bilik yang agak gelap atau kurang pendedahan pada cahaya. Dapatkan pandangan pembekal atau rakan-rakan anda yang mempunyai pengetahuan mengenai sesetengah photo emulsion.

vzvzv
                                                          Rajah 5

 

  • Letakkan scoop coater anda seperti kedudukan 1 (rajah 6), pada bahagian luar block anda. Ada sesetengah pencetak meratakannya luar dan dalam, walaubagaimanapun bahagian luar sahaja sudah memadai.
  • Condongkan sedikit agar emulsion berada secukupnya pada permukaan mesh anda, dan terus meratakannya ke atas sehingga ke ruang yang diperlukan. Anda boleh membuat 2 atau 3 sapuan. Beri sedikit tekanan (kedudukan 2, rajah 6) agar ia diratakan dengan sekata. Jangan terlampau kuat. Anda mungkin sedikit menggigil sekiranya ini pertama kali bagi anda. Anda boleh menggunakan beberapa kedudukan yang selesa bagi anda seperti dalam rajah 7.

p/s :Bagi yang menggunakan bancuhan sensitizer pada emulsion, sekiranya bancuhan emulsion anda terlampau cair, kemungkinan ia akan meleleh keluar dengan cepat sekali sebelum anda sempat meratakannya… jadi pastikan bancuhan anda betul.

How to coat
                                                        Rajah 6
coating2
                                                                             Rajah 7
  • Setelah selesai sapuan anda, bersihkan lebihan emulsion pada tepian block anda. Anda tidak perlu risau sekiranya sapuan anda tidak sekata atau ada sesetengah bahagian sedikit tebal, memandangkan ini mungkin percubaan pertama anda. Lama-kelamaan anda akan dapatkan sapuan yang rata dan cantik.
  • Keringkan block anda menggunakan pengering rambut atau kipas, atau biarkan ia kering sendiri dengan meletakkannya di dalam ruang yang tidak terdedah pada cahaya seperti almari kosong atau kotak. Sehari semalam adalah yang terbaik.

4. “BURN” ATAU “EXPOSE” BLOCK

Sebelum saya memulakan proses burn ini, sedikit penyediaan “Exposure Box” secara ringkas dan mudah (Saya akan cuba sediakan tutorial bagi penyediaan Exposure Box yang lebih sempuna dan terperinci pada masa-masa akan datang)

Sediakan peralatan seperti (rajah 8) :

  • Cermin
  • Lampu Kalimantang (3 batang atau lebih)
  • Kotak atau Kotak Polystyrene…maaf, tidak dinyatakan penyediaannya pada bahagian 1

Letakkan susunannya seperti gambar di sebelah kanan. Berikan jarak di antara lampu dan cermin antara 5-6 inci. Tujuannya adalah agar cukup biasan cahaya pada keseluruhan permukaan cermin.

exposure box 1
                                                                                 Rajah 8
  • Sesudah block anda benar-benar kering, anda boleh mulakan proses “expose”. Sediakan output film dan block anda (rajah 9)
Block film
          Rajah 9
  • Letakkan mengikut susunan (rajah 10). Maaf kerana tidak nyatakan penyediaan pemberat dan juga papan/kepingan plastik pada bahagian pertama. Kepingan plastik atau papan anda sebaik-baiknya berwarna gelap.

p/s : Pemberat dan kepingan papan digunakan agar film output anda benar-benar rapat di antara cermin dan skrin anda

exposure box 2
Rajah 10

Setelah semuanya dipastikan mengikut aturan yang betul, anda boleh nyalakan lampu.

  • Anda perlu membuat sedikit percubaan dari segi jangkamasa “expose”. Mungkin percubaan pertama anda kurang menjadi. Anda boleh cuba kurang atau lebihkan masa “expose” anda bergantung kepada hasilnya. Ia bergantung kepada jenis photo emulsion yang anda beli. Anda boleh bertanyakan kepada jurujual anda. Untuk tutorial ini, anda boleh mencuba di antara 3-5 minit
  • Setelah selesai proses “expose”, anda boleh bawakan block anda ke tempat penyemburan air. Sembur dan ratakan air pada kadar sederhana pada keseluruhan bahagian skrin/mesh block anda. Sesudah itu, berikan sedikit tekanan air pada bahagian imej pada block anda (rajah 11).
cuci block
                                                          Rajah 11
  • “Tembak” bahagian imej sehingga menampakkan rupabentuknya. Pastikan imej anda betul-betul tiada kesan emulsion.
  • Block yang sudah siap akan berupa lebih kurang seperti pada rajah 12.
Block done
                         Rajah 12
  • Keringkan block anda samada dibiarkan bawah pancaran cahaya matahari atau keringkan dengan pengering rambut. Sesudah itu, sapukan “screen hardener” pada permukaan skrin block anda menggunakan kain atau “sponge”, dan lap kembali. Anda boleh bilas semula block anda menggunakan air memandangkan sapuan screen hardener kadang kala memberikan sedikit kesan pada block anda setelah ia mengering, dan ia mungkin mengganggu kelancaran semasa mencetak t-shirt.

Saya akan sambung pada bahagian ke 3 mengenai bagaimana mencetak t-shirt. Saya akan sertakan sekali cara penyediaan t-shirt dan tetapan bagi memudahkan anda mencetak. Walaubagaimanapun, jika anda tak dapat menahan keinginan anda untuk melihat hasil cetakan di atas baju, anda boleh mulakan terus dengan sapuan dye menggunakan squeegee. Jangan lupa lekatkan “masking tape” atau apa-apa pita pelekat yang bersesuaian di bahagian tepi block anda.

Selamat mencuba

ROKERAMA

Advertisements

24 thoughts on “Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 2)”

    1. Retarder biase digunakan bagi cetakan menggunakan dakwat yg berasaskan solvent (solvent base ink)..kebiasaannya bagi cetakan kertas,pvc,plastic dsp..ade juga digunakan oleh pencetak tshirt bagi melambatkan dakwat rubber mengering dgn menitikkan setitik dua bancuhan dakwat rubber..walaubagaimanapun saye tidak mengamalkannya..

      Like

    1. Wkumsalam Izwan..
      Antara sebab jadi mcm tu :
      1. Ink terlampau pekat
      2. Ditambah dengan flow cetakan t-shirt ke satu t-shirt agak mengambil masa.
      3. Platen mungkin agak panas akibat pengeringan dan haba dari platen tu akan mempercepatkan ink memekat di blok
      Saya cadangkan :
      1. Guna binder bagi mencairkan sikit ink
      2. guna cecair pelambat berasaskan minyak dengan di spray pada permukaan blok selepas setiap cetakan.
      3. Cepatkan flow cetakan dari satu tshirt ke satu t-shirt..tapi bukan tergesa2.
      4. Pastikan ruang bilik cetakan tidak terlampau panas.
      5. Mungkin boleh bertukar kepada ink yang lebih lambat mengering..tuan boleh cuba product dari CSC (Yans Screen Printing) atau Jidano (Mungkin boleh cuba encik Mazlan dari Keris cetak di facebook)..tuan boleh minta nasihat dari mereka memandangkan mereka ni agak arif dengan product yang mereka jual..
      Macam saya, saya menggunakan product dari CSC
      Bagi cecair pelambat boleh bertanya pada kedai2 yang menjual bahan cetakan..atau ada sesetengah printer menitikkan sedikit (2-3 titik) “retarder” ke dalam ink yang akan digunakan..boleh juga mencuba

      Like

    1. Wkumsalam Atiqah..fungsinya
      1. Bagi menutup bahagian2 yang tidak diliputi emulsion yg disapu agar ink tidak terkeluar semasa cetakan dijalankan
      2. Juga untuk kemasan blok tu sekiranya blok itu dijual kepada pihak ketiga
      terima kasih

      Like

  1. Salam admin.. Alhamdulillah tulisan anda amat membantu.. Sy baru berminat nak memulakan bisnez ini. Dr mana sy boleh dapatkan bahan2 asas ini.. terutama meja printing. Sy tinggal di Kedah sempadan dgn Plau Pinang.

    Like

    1. Wkumsalam Roslina..
      Lokasi terdekat utk bahan-bahan tu boleh cyba di
      Heng Leong Trading
      http://www.hengleong.com/
      16, Lorong Asas Jaya 6,
      Kawasan Industries Ringan Asas Jaya,
      Permatang Tinggi,
      14000 Bukit Mertajam,
      Penang, Malaysia.
      Tel : +604-5882118/ +604-5883115
      Untuk meja, saya tidak pasti lokasi yang terdekat..tapi boleh cuba bertanyakan di http://www.tshirtmudah.com..atau boleh cari di facebook Situkang besi bagi meja marking siam atau RIB..juga marking siam
      Terima kasih

      Like

      1. Ohh..terima kasih admin atas perkongsian ilmu..saya ada jugak cuba guna slowfix dicampur dengan rubber dye..tapi sama juga kesannya..mungkin saya boleh lebihkan slowfix masa campur dengan rubber dye? kalau proses cetak guna rubber dye berjalan dengan lancar..kebiasaannya berapa kali saya boleh cetak ya admin? terima kasih..

        Like

      2. Cuba dapatkan kepastian dari pembekal samada slowfix dicampur atau disapu pada permukaan skrin semasa proses cetakan..kebiasaannya sekiranya cetakan menggunakan dakwat rubber berjalan dengan lancar, tuan boleh cetak seberapa banyak baju yang tuan boleh bergantung kepada berapa banyak platen yang tuan ada..mengikut pengalaman saya menggunakan 50 platen sekali jalan semasa cetakan takde masalah tersumbat..kepekatan ink juga penting..

        Like

  2. Terima kasih admin..Allah balas jasa admin mengajar kami semua..tak sabar nak belajar teknik lain pula dalam website rokerama ni..Semoga maju jaya.. 🙂

    Like

  3. Assalam admin..nak tanya lagi..hehe..adakah salah satu sebab kain mesh tersumbat disebabkan kain mesh tu sendiri tak tegang masa kita stapple ke kayu blok tu? terima kasih

    Like

    1. wkumsalam Izwan..kalau terlampau tak tegang sampai bergelombang boleh jadi punca jugak..tapi kalau sekadar sikit kendur takde masalah sgt..tapi pastikan ink yg dibeli tu tak terlampau pekat..kacau dulu bagi lembut sebelum guna

      Like

    1. Wkumsalam..plastisol lebih baik untuk teknik cetakan tertentu dan rubberize pun lebih baik dari plastisol untuk teknik cetakan tertentu..bergantung kepada ape yang kite mahukan dari hasil cetakan tersebut…boleh try dua2 skali..cume penggunaan peralatan tambahan seperti flash dryer bagi plastisol berbanding rubberize yg boleh sahaja menggunakan pengering rambut atau biarkan sehingga kering dengan sendirinya

      Like

  4. Assalam admin..
    Saya nak menimba ilmu lagi..hehe..nak tanya..masa kita nak cuci blok selepas printing baju guna rubber dye..kita perlukan apapa cecair ke utk cuci? skrg ni saya hanya guna air dan tonyoh guna jari je blok tu utk printing hari seterusnya..penat jugak tonyoh.. 😦

    Like

    1. Waalaikumsalam Izwan..saye x pasti soalan tu samade nak cuci terus blok tu utk job baru atau sekadar cuci nak buang lebihan ink..kami bagi dua2 jawapan skali :
      1. Untuk buang lebihan rubberize ink/dakwat/”dye” :
      – Lepas siap mencetak setiap satu warna..terus basuh blok tu dengan air serta merta…jangan tunggu kemudian atau selepas selesai keseluruhan job tu..setiap kali lepas mencetak, terus basuh dengan air dan gosok2 bahagian yang degil..sekiranya menggunakan rubberize ink..kemungkinan agak sukar nak cuci sekiranya dibiarkan begitu saje dalam tempoh masa yg agak lama..kemungkinan blok tu akan sumbat terus dan tak boleh digunakan lagi dah..
      2. Untuk mencuci terus emulsion (screen reclaim) :
      – Gunakan emulsion remover atau screen remover atau boleh juga menggunakan cecair peluntur clorox..biarkan beberapa minit…tembak dengan air…kalau masih ade tak keluar…ulang balik proses tu…sapu, biar dan tembak lagi

      Terima kasih

      Like

  5. Maksud saya cuci lebihan ink..Itu la yg saya selalu buat..ada jugak saya tgk dekat youtube..ada org putih ni cuci dengan cecair..wallahualam cecair apa sebab dia tak mention guna apa..saya search kat google ada cecair nama ink solvent..boleh guna ke ink solvent ni admin?

    Terima kasih admin! 🙂

    Like

    1. Ink solvent utk plastisol..kalau rubber ink..guna air je..tp mcm saye bgitau..lepas print trus basuh..jgn tinggal lama2..tinggal sekejap pun x brape digalakkan..kecuali waterbase ink..waterbase ink lambat sikit mengering..rubber cepat..satu lagi mungkin bancuhan rubber tuan agak pekat..tu yg susah sikit nk tanggal

      Like

    1. Wkumsalam Azuan..okeh..cara bancuhan saye takde menggunakan sukatan yg tertentu dan bergantung kehendak design tu..lebih2 lagi kalau gunakan plastisol..tapi kebiasaanya ink zaman sekarang dah sedia utk digunakan…cuma kacau je sampai tuan rase mcm dah lembut kelikatan die..tuan boleh tau samade ink tu ok ke tak mase tuan print..cara tarikan squeegee pun penting..kalau xbetul..kadang2 kite nmpak mcm ink tu pekat..tapi sebenarnye..tekanan kite x kuat

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s