Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 1)


Kali ini saya akan memberikan sedikit panduan kepada anda yang ingin memulakan bidang percetakan t-shirt. Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah sekadar panduan kepada anda bagi mendapatkan gambaran atau rujukan tentang teknik-teknik dan kaedah yang biasa digunakan oleh kebanyakan pencetak t-shirt. Anda masih perlukan panduan seperti latihan dan praktikal seperti menyertai kursus atau sesi pembelajaran yang sebenar, atau belajar dari sesiapa yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada anda agar anda mampu memulakan bidang ini dengan lebih berkesan. Saya juga akan menunjukkan penggunaan bahan dan peralatan seminimum mungkin dan cukup bagi anda memulakan pencetakan t-shirt. Semakin lama anda menceburi bidang ini, anda akan memperolehi penemuan bahan dan tips yang lebih berkesan dan lebih praktikal secara tidak langsung.

Kemungkinan saya akan menyediakan 2 jenis percetakan dalam kategori post yang berbeza, Percetakan asas dan juga Plastisol. Saya akan mulakan dengan percetakan asas terlebih dahulu, agar mudah bagi anda mempelajari mengenai percetakan plastisol, memandangkan kebanyakan teknik asasnya adalah sama, hanya sekadar penggunaan bahan dan sedikit peralatan yang berbeza yang perlu anda gunakan.

Apa yang akan saya tulis di sini tidaklah berpandukan kepada modul-modul pembelajaran formal. Ia sekadar pengalaman dan apa yang saya rasakan perlu bagi anda dalam memulakan bidang ini. Mungkin juga agak tidak tersusun atau “berterabur”….cara rockersss!!.

Saya juga tidak akan menulis mengenai sejarah percetakan atau terma-terma saintifik mengenai jenis ink atau dye, atau mengenai frekuensi output atau perkembangan industri percetakan masakini atau perkara-perkara yang anda sukar fahami buat permulaan ini..Ia semata-mata cukup bagi anda untuk membolehkan anda memulakan cetakan. Mungkin saya akan tersasul dan agak “merapu” sekali-sekala. Jika anda kurang memahaminya, boleh saja ajukan kepada saya.

Untuk bahagian pertama ini, saya akan menulis mengenai keperluan ilmu dan peralatan terlebih dahulu.

KEPERLUAN ILMU

  • Anda perlukan sedikit kemahiran atau sekurang-kurangnya sedikit pengetahuan menggunakan “graphics software” seperti Adobe Illustrator, Corel Draw atau yang seumpamanya bagi memudahkan anda menghasilkan rekaan dan penyediaan output atau film bagi t-shirt yang akan anda cetak.

Ai

  •  Sekiranya anda mampu atau berkemahiran menghasilkan lukisan tangan yang baik, ia akan memberikan banyak kelebihan dalam menceburi bidang ini.
gdsfd
Hasil lukisan tangan (Sekadar Contoh)
  •  Pengetahuan mengenai asas warna juga agak penting bagi saya, memandangkan anda akan “bermain” dengan bermacam-macam jenis warna…sekurang-kurangnya sedikit pengetahuan mengenai warna asas seperti merah, kuning, biru dan hitam.

11-color-names-graphic copy

  •  Boleh membaca dan juga mengira
b2f3d-koleksi2bsoalan2bmatematik2btahun2b32bkssr copy
waaa..Membaca dan mewarna..2 dalam 1

 

KEPERLUAN PERALATAN

  • Meja cetak atau Papan lapis : Anda boleh membeli atau menempahnya dari pembekal atau pembuat-pembuat meja cetak yang ada di laman sosial atau internet. Atau anda juga boleh menghasilkannya sendiri. Anda boleh rujuk di dalam blog ini mengenai bagaimana menghasilkan meja cetak t-shirt. Anda juga boleh sekadar menyediakan papan lapis atau “plywood” untuk menyarung t-shirt dan juga meja panjang.
sablon copy
                                                                           Sekadar contoh
  • Mentol Lampu : anda boleh menggunakan lampu kalimantang yang mudah didapati dari kedai-kedai runcit atau kedai menjual barangan elektrik. Sekurang-kurangnya 3 batang, bertujuan bagi menghasilkan “Exposure Box” untuk membuat “block”
IMG-20150815-WA0033 copy
                                           Sekadar Contoh
  • Cermin Tebal : Bagi permukaan exposure box anda. Pastikan ia tebal dan tahan bagi menampung berat (sekitar 6-8mm lebih kurang). Kebiasaanya digunakan sebagai alas meja pejabat. Anda juga boleh menggunakan cermin meja kopi ibu anda, tapi pastikan anda letakkan ia kembali.
Plain-glass-sheet-sample_cutlasercut
                      Cermin

 

 

  • Pengering rambut : Untuk mengeringkan hasil cetakan dan block anda
2099391
                          Pengering rambut

 

  • Stapler Gun : Bagi penyediaan “Mesh” dan kegunaan lain.
gsgs
        Stapler Gun
  • Emulsion Scoop Coater : Bagi merata atau menyapu emulsion pada block anda (boleh didapatui dari kedai pembekal barangan percetakan). Anda juga boleh menggunakan aluminium angle yang boleh didapati dari kedai-kedai menjual aluminium. Atau juga cover kaset (jika ia masih wujud). Apa yang penting adalah permukaan hujung scoop tersebut mestilah rata.
coater
Emulsion Scoop Coater
  • Squeegee : Bagi menarik dye/ink semasa mencetak. Buat permulaan, pastikan anda membeli squeegee yang betul bagi cetakan Rubber dye. Anda boleh bertanyakan kepada pembekal anda. Ia agak sedikit lembut berbanding squeegee bagi cetakan plastisol atau PVC ink.
hfhfh
                                               Squeegee

 

 

Buat masa ini, anda tidak perlu pergi ke kedai peralatan dan bahan percetakan dahulu. Tunggu sehingga bahagian kedua, di mana saya akan senaraikan keperluan bahan- bahan cetakan seperti dye, emulsion dan lain-lain agar anda tidak perlu berulang- alik beberapa kali ke kedai.

ROKERAMA

Advertisements

18 thoughts on “Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 1)”

  1. Terima kasih tuan.

    Tak sabar tunggu bahagian kedua.

    Diharap tuan boleh juga beri tips penggunaan Squeegee (Mata tajam dan petak) dan penggunaan mesh yang sesuai untuk rubber dan water base ink.

    Like

  2. Terima kasih banyak tuan, banyak ilmu yg tuan tunjukan kat sini, semoga Allah akan selalu memurahkan rezeki dan kesihatan yg baik pada tuan.amin

    Like

  3. Assalam tuan…maaf bertanye brg2 cetak t shirt tu na dpt kt mne yek…sbb sye cri kt kdai buku cme ade fabrik dye je..foto emulsion xde

    Like

    1. Wkumsalam cik..okeh..kalau cik dok di area KL..boleh cuba di haikuang,khailien,pao yeang..atau kalau kedai alat tulis..boleh cuba di taman melawati Art Shop..sebaris dgn 7elevan..cik boleh cuba secara online di tshirt mudah(rase saye ade)..boleh try tnye..dieorg ade jual starter kit rasenye..

      Like

    1. Maaf Cik..area melaka saya tak pasti utk barangan screen printing kat area Melaka…Cik dok area mane tu?..dah try secara online..www.khailien.com.my pun ade boleh cuba..atau kalau di facebook..boleh contact En. Roslihan Borhan

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s