SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat(Bahagian 4): Menukarkan channel kepada BITMAP bagi penyediaan “film”


Pada tutorial “SIMULATED PROCESS COLOUR- Panduan berperingkat (bahagian 3) sebelum ini, anda diterangkan bagaimana menyediakan channel bagi setiap warna yang diasingkan. Sebelum itu, saya ingin tekankan di sini agar anda mempelajari teknik pengasingan warna ini secara manual terlebih dahulu sebelum anda bercadang untuk mendapatkan software pengasingan warna yang terdapat di pasaran. Ia baik untuk anda yang ingin mendapatkan hasil cetakan yang lebih optimum.

Kali ini saya akan menunjukkan cara bagaimana menyediakan atau “outputing” warna anda bagi menghasilkan “film” untuk anda “burn/expose” bagi penyediaan “block”

  1. Setelah anda selesai mengasingkan warna pada setiap channel (rajah 1), anda perlu “delete”kan kesemua channel RGB, Tshirt dan juga “masking (jika ada)” (rajah 2). p/s: saya akan terangkan kegunaan masking pada masa akan datang.
1
Rajah 1
2
Rajah 2

2. Setelah channel-channel tersebut di “delete”, “double click” pada setiap channel yang anda telah asingkan tersebut (rajah 3). Bermula dengan channel “underbase”, anda tukarkan “Color Indicates” kepada “SPOT COLOR”. Pada bahagian “Color”, anda tidak perlu risau apa warna yang anda ingin isikan, kerana setiap channel tersebut akan secara automatik ditukarka kepada warna hitam setelah channel-channel tersebut di “split”kan. Penukaran warna di sini hanyalah sekadar panduan kepada anda untuk memudahkan anda mengenal pasti setiap channel tersebut. Anda juga tidak perlu risau akan kotak “solidity”. ..Okeh..anda mungkin boleh meletakkan value 100% pada kotak tersebut, agar ia tidak berkecil hati.

3
Rajah 3

3. Setelah kesemua channel tersebut telah ditukarkan kepada spot channel, double click sekali lagi untuk memastikan kesemua channel benar-benar telah ditukarkan (rajah 4). Sekiranya kotak “SPOT CHANNEL OPTIONS” keluar seperti di dalam rajah, maka ia benar-benar telah ditukarkan.

4
Rajah 4

4. Sekarang anda pergi kepada penghujung papan channel sebelah atas, kanan, dan click pada anak panah kecil tersebut. (rajah 5). Pergi kepada “Split Channel” dan click. Setiap channel akan dipecahkan kepada file-file yang berasingan (rajah6)

5
Rajah 5

6

5. Sekarang anda pergi kepada setiap file yang telah di asingkan, dan tukarkan kepada “Mode” Bitmap (rajah 7)

7

6. Setelah kotak Bitmap muncul(rajah 8), anda boleh letakkan value pada “Output” dari 300 sekurang-kurangnya atau lebih sehingga 1200, atau lebih lagi sehingga 2000 atau 3000, tapi ia akan membuatkan file anda menjadi terlampau besar dan berat. Jika value nya terlampau rendah pula, ia akan menghasilkan output yang agak kasar. Jadi, hadkan kepada sekurang-kurangnya 600-1200 pixels.

Bagi ruangan “Method” pula, gunakan “Halftone Screen”.

8

7. Ini adalah bahagian yang paling penting dalam penyediaan output (rajah 9). Tetapkan “frequency” anda mengikut “MESH” yang akan anda gunakan. Mengikut pada rajah 9 ini, saya menggunakan frequency 85 lpi, dan ia agak tinggi dan sesuai bagi penggunaan mesh 120T = 3000 atau 150T = 3800, dan kebiasaannya ia bagi penggunaan cetakan plastisol. Saya juga menggunakan frequency 65 lpi sekurang-kurangnya bagi kebanyakan cetakan plastisol, dan menggunakan mesh 90T= 2286. Jika anda menggunakan rubber dye, saya mencadangkan anda menggunakan frequency 35/40 lpi bagi mesh 1200, atau mungkin anda boleh gunakan 45 lpi dengan penggunaan mesh 1350.

9
Rajah 9

8. Anda boleh gunakan Angle 22.5 degrees atau 45 degrees. Bagi teknik SPC ini, anda boleh gunakan angle yang sama. Anda boleh gunakan “Elipse atau round” bagi “shape”. Sebaik-baiknya gunakan elipse kerana ia akan memberikan hasil yang baik semasa proses “burn/expose”.

Setelah semuanya selesai, anda boleh tekan “OK”.

9. Anda boleh “close up” imej anda tadi dan perhatikan “dot” halftone nya.(rajah 10). Sekiranya anda sudah berpuashati, tukarkan mode kepada Grayscale( rajah 11).

10

11
Rajah 11

10. Setelah itu, anda boleh “save”dan namakan file tersebut. Lakukan proses 5-8 bagi channel-channel yang seterusnya. Save kan di dalam satu folder bagi memudahkan anda.

12. Sekarang anda boleh buka Adobe Illustrator dan buka “New” file. Tetapkan ukuran yang anda perlukan. Sebaik-baiknya sama ukuran yang anda tetapkan di Photoshop.(rajah 12)

12
Rajah 12

13. Setelah itu, anda pergi kepada menu File, dan “Place” (rajah 13). Click pada file yang telah anda save kan sebentar tadi di photoshop. Mulakan dengan Underbase.(rajah 14)

13

14

14. Setelah imej anda telah muncul, namakan layer Underbase pada papan layer (rajah 15)

15
Rajah 15

15. Setelah itu, anda buka layer baru dan namakan layer tersebut mengikut file yang akan anda “place” mengikut channel kemudian nanti (rajah 16). Ulangi proses 13-14 bagi setiap layer.

16
Rajah 16

16. Pastikan anda benar-benar click pada layer sebelum anda pergi kepada proses “place” bagi mengelakkan kekeliruan (rajah 17)

17
Rajah 17

17. Setelah semua layer bagi channel anda telah disediakan, Click pada setiap imej anda dan “embed” kan setiap layer tersebut (rajah 18).

18
Rajah 18

18. Setelah anda selesai, anda pergi semula kepada “New Layer” (rajah 19), dan buka layer baru dan namakan “Registration mark”. Ini adalah bagi penyediaan “guide” untuk anda semasa menetapkan block cetakan anda. Setelah itu, sediakan “registration mark” anda dan pastikan layer tersebut berada pada kedudukan paling atas agar ia tidak terlindung oleh imej warna (rajah 20)

19
Rajah 19

20

19. Sesudah itu, anda “select” kesemua imej tersebut (kecuali Registration Mark) dengan menggunakan “mouse” anda dan pergi kepada image alignment (rajah 21) dan click pada “Horizontal Align Centre” dan ” Vertical Align Centre”. Ini bagi memastikan imej anda berada pada kedudukan yang sama agar ia tidak “ke laut” semasa cetakan dibuat.

21
Rajah 21

20. Sekarang output anda sudah siap untuk cetakan. Pastikan anda “off” kan lain-lain layer semasa anda mencetak layer warna yang anda kehendaki.

21. Insyaallah selepas ini, saya akan sediakan tutorial mencetak baju bagi “beginner” dan juga cara-cara mencetak mengunakan teknik plastisol. Secara asasnya, teknik percetakan plastisol, rubber ataupun waterbase adalah sama sahaja. Cuma penggunaan peralatan seperti pemanas “flash cure” di perlukan. Atau anda boleh saja menggunakan “hot gun”, asalkan suhunya mencapai keperluan. Begitu juga penggunaan mesh dan frequency yang berbeza bagi output anda bagi mendapatkan cetakan yang lebih halus.

22. Apa yang penting pada pendapat saya, adalah rekaan atau design t-shirt tersebut itu sendiri, dan juga teknik pengasingan yang betul dan sesuai.

23. Saya juga akan cuba menyediakan tutorial bagi teknik “INDEX” sekiranya berkelapangan. Ini juga adalah satu teknik yang biasa digunakan oleh pencetak plastisol bagi cetakan yang menggunakan banyak warna terutamanya cetakan pada baju hitam atau gelap.

24. Sekiranya ada kekeliruan, anda boleh ajukan kepada saya dan saya akan cuba menjawabnya sebaik mungkin.

Terima kasih

ROKERAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s