SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat(Bahagian 3): “Image Adjustment” dan Penyediaan Warna Seterusnya


Sebelum ini, jika anda sudah faham bagaimana menyediakan channel bagi underbase, anda mungkin tidak mempunyai masalah untuk melakukan proses SMP (Simulated Process Colour) bagi warna seterusnya

Untuk kali ini, saya akan sambung mengenai bagaimana untuk memastikan channel underbase anda benar-benar sesuai untuk cetakan. Anda boleh gunakan cara ini, bagi mendapatkan warna bagi channel seterusnya.

  1. Rujuk pada rajah 1, anda harus pastikan latarbelakang atau background anda benar-benar putih dengan merujuk pada “info palatte”. Perhatikan pada “K” yang mewakili hitam dan menunjukkan pada bacaan 0%.
zero %
Rajah 1

2. Sekiranya ia menunjukkan pada bacaan 1% atau lebih(rajah 2), anda perlu membuat “adjustment” pada menu “image>Adjustments>Brightness/Contrast” dan tolakkan sedikit “slider” Brightness kebelakang (rajah 3 & 4)

 

1 persen
Rajah 2
adjustment
Rajah 3
adjust
Rajah 4

3. Pastikan anda anda tandakan pada kotak “Use legacy” dan lihat pada bulatan dan anda akan dapati bacaan 1 / 0%..bacaan 0% menandakan yang background imej anda sudah berada pada kedudukan seratus peratus putih. Seterusnya tekan “OK”. Anda juga boleh menggunakan  “Image> Adjustments> level” bagi proses ini.

4. Setelah itu, anda kembali pada “Image>Adjustments>Brightness/Contrast”, dan kali ini anda padamkan tanda pada “use legacy” (rajah 5)

adjust lagi

Anda “slide”kan Brightness/Contrasts seperti contoh yang saya tunjukkan, dan sentiasa pastikan background anda tetap pada bacaan 0%. Anda boleh bandingkan dengan imej pada rajah 4, di mana keadaan imej menjadi lebih menyerlah dan sedikit gelap pada rajah 5

5. Setelah anda berpuashati dengan imej anda, anda boleh tekan OK dan kali ini anda pergi semula pada menu Image>Adjustments>level (rajah 6)

level ejas
Rajah 6

6. Anda naikkan sedikit slider dan main-mainkannya sehingga anda dapatkan kehitaman yang anda mahu. Tapi pastikan ia tidak terlampau gelap kerana ia mungkin akan menjejaskan kehalusan output anda nanti, dan jangan lupa pastikan background imej masih pada bacaan 0%. Walaubagaimanapun ini adalah sekadar gambaran kepada anda bagaimana proses yang perlu anda lalui bagi mendapatkan output yang baik bagi proses SPC ini secara manual. Anda harus banyakkan latihan dan sedikit “Trial & Error” dan saya yakin anda akan mampu menghasilkan imej cetakan yang menarik. Saya masih berpendapat teknik secara manual mampu menghasilkan imej cetakan yang lebih baik (sekadar pendapat yang tak bertauliah) berbanding menggunakan software pengasingan warna. Tapi jika anda mahir secara manual dan menggunakan kemahiran anda pada software pengasingan…ia lebih memudahkan anda.

7. Setelah anda berpuashati, anda boleh tekan OK dan nyalakan rokok. Secawan kopi mungkin lebih baik atau lebih baik anda tidak merokok.

8. Lakukan proses yang sama pada warna-warna seterusnya. Anda mungkin perlu menggunakan beberapa “Shortcut key” seperti “Shift+F5”. Saya akan terangkan kegunaannya pada tutorial-tutorial yang akan datang.

Pada bahagian ke 4 nanti, saya akan tunjukkan bagaimana untuk anda menukarkan channel anda kepada BITMAP bagi penyediaan output/film untuk cetakan.

Anda boleh cuba menonton video Simulated Process Colour berbahasa melayu dan juga Penyediaan Halftone Output melalui blog ini bagi mendapatkan sedikit gambaran, dan saya akan cuba hasilkan lebih banyak video tutorial mengenai SPC ini dengan memberikan lebih penekanan pada teknik “image adjustments” pada masa akan datang. Sebaik-baiknya pelajari dan fahami sedikit asas mengenai SPC sebelum anda bercadang untuk menggunakan software-software pengasingan warna.

Selamat mencuba, Terima kasih

ROKERAMA

www.facebook.com/Rokeramagraphic

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s