Panduan Percetakan Plastisol: Penggunaan Mesh dan Film Output (Bahagian 2)

design logo TEXT low res

Kebanyakan rekaan cetakan plastisol terarah kepada unsur-unsur “Rock” atau “Metal”, dan jika diperhatikan kebanyakan (bukan semua) pencetak plastisol mempunyai kecenderungan pada muzik tersebut, disamping cetakan yang kebanyakannya terarah pada t-shirt berwarna hitam. Anda harus bijak menggunakan kelebihan warna baju semasa pengasingan warna atau “separation”. Ia seakan sesuatu rekaan tersebut disempurnakan dengan adanya warna hitam, sama seperti hasil lukisan yang disempurnakan dengan inking berwarna hitam. Anda juga perlu tahu bagaimana agar cetakan pada baju tersebut tidak terlampau tebal seperti seakan baju anda di tempel dengan pelekat “sticker” atau disapu simen. Anda juga perlu bijak memilih samaada cetakan anda memerlukan “underbase” atau tidak. Oleh sebab itu, pengasingan seperti “Index” dan “simulated” adalah kaedah terbaik dan paling sesuai bagi pengasingan warna bagi cetakan plastisol. Secara anda tidak sedari, anda sebenarnya menggunakan spot color bagi cetakan anda. Selain dari baju berwarna putih, saya tidak galakkan penggunaan teknik CMYK. Walaubagaimanapun, ia terpulang kepada anda yang mencetaknya, mengambil kira dari segi kos dan masa penyediaannya. Continue reading Panduan Percetakan Plastisol: Penggunaan Mesh dan Film Output (Bahagian 2)

Advertisements

Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 3)

Kali ini saya akan menunjukkan bagaimana anda boleh mencetak t-shirt dengan cara yang sesuai dan mudah melalui block yang telah anda siapkan pada bahagian ke 2 sebelum ini. Pada bahagian pertama, saya ada menyenaraikan beberapa peralatan yang boleh anda sediakan untuk mencetak t-shirt seperti meja cetak atau meja panjang disertakan dengan papan bagi menyarung t-shirt. Begitu juga dengan bahan cetakan yang perlu anda sediakan pada bahagian kedua.
Saya akan bahagikan kepada 2 bahagian :

  • Menggunakan meja cetak
  • Menggunakan meja panjang

Continue reading Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 3)

Panduan Percetakan Plastisol: Pengenalan (Bahagian 1)

design logo TEXT low res

Percetakan plastisol adalah salah satu teknik percetakan yang agak popular di kalangan pencetak t-shirt. Teknik plastisol ini tiada banyak bezanya dari segi asas percetakan, cuma penggunaan beberapa peralatan tambahan seperti pemanas “flash cure” dryer atau heater dan sedikit penambahbaikan meja cetakan diperlukan bagi melancar dan memudahkan teknik ini. Penggunaan mesh bagi “output frequency” yang betul, dan juga teknik pengasingan warna yang sesuai. Penggunaan flash cure juga boleh diganti dengan “heat blower” sekiranya anda agak kekurangan modal bagi mendapatkan flash cure dryer. Continue reading Panduan Percetakan Plastisol: Pengenalan (Bahagian 1)

Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 2)

Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana menyediakan block cetakan sebelum anda boleh memulakan cetakan. Sebelum itu, saya ingin memaklumkan, yang tutorial ini tidak merangkumi penghasilan rekaan t-shirt dan juga teknik pengasingan warna. Anda boleh ikuti tutorial video pengasingan warna melalui ruangan video tutorial di blog ini. Saya akan cuba menghasilkan lebih banyak tutorial dalam bentuk tulisan dan juga video tentang menghasilkan rekaan dan juga pengasingan warna secara asas dan mudah difahami bagi yang baru ingin menceburi bidang ini…sekiranya umur saya masih panjang. Continue reading Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 2)

Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 1)

Kali ini saya akan memberikan sedikit panduan kepada anda yang ingin memulakan bidang percetakan t-shirt. Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah sekadar panduan kepada anda bagi mendapatkan gambaran atau rujukan tentang teknik-teknik dan kaedah yang biasa digunakan oleh kebanyakan pencetak t-shirt. Anda masih perlukan panduan seperti latihan dan praktikal seperti menyertai kursus atau sesi pembelajaran yang sebenar, atau belajar dari sesiapa yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada anda agar anda mampu memulakan bidang ini dengan lebih berkesan. Saya juga akan menunjukkan penggunaan bahan dan peralatan seminimum mungkin dan cukup bagi anda memulakan pencetakan t-shirt. Semakin lama anda menceburi bidang ini, anda akan memperolehi penemuan bahan dan tips yang lebih berkesan dan lebih praktikal secara tidak langsung. Continue reading Panduan Asas Belajar Mencetak T-shirt Kaedah “Silk Screen” (Bahagian 1)

SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat(Bahagian 4): Menukarkan channel kepada BITMAP bagi penyediaan “film”

Pada tutorial “SIMULATED PROCESS COLOUR- Panduan berperingkat (bahagian 3) sebelum ini, anda diterangkan bagaimana menyediakan channel bagi setiap warna yang diasingkan. Sebelum itu, saya ingin tekankan di sini agar anda mempelajari teknik pengasingan warna ini secara manual terlebih dahulu sebelum anda bercadang untuk mendapatkan software pengasingan warna yang terdapat di pasaran. Ia baik untuk anda yang ingin mendapatkan hasil cetakan yang lebih optimum. Continue reading SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat(Bahagian 4): Menukarkan channel kepada BITMAP bagi penyediaan “film”

VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu): Pengasingan “Simulated” Cetakan Flourescent

Kali ini saya akan menunjukkan teknik pengasingan warna bagi menghasilkan cetakan “flourescent” menggunakan teknik SPC (Simulated Process Colour”. Mungkin sesetengah pencetak mempunyai cara yang tersendiri bagi menghasilkan cetakan sebegini, jadi saya akan tunjukkan teknik yang saya gunakan bagi cetakan ini. Continue reading VIDEO TUTORIAL (Bahasa Melayu): Pengasingan “Simulated” Cetakan Flourescent