“SANDWICH STRETCHER” : Kemaskini Tutorial Penggunaan DIY Stretcher


Kali ini saya akan kemaskinikan tutorial saya mengenai penggunaan “Sandwich Stretcher” saya.

Maaf jika tutorial saya mengenai penggunaannya sebelum ini agak mengelirukan, di samping draf lakaran yang ada sikit kesilapan yang baru saya sedari bagi besi “A” yang mana kedudukannya terbalik (rajah 1). Anda boleh rujuk semula tutorial saya sebelum ini.“SCREEN STRETCHER” DIY MURAH DAN MUDAH (SANDWICH STRETCHER).

Ukuran stretcher
Rajah 1

Kali ini, saya akan menunjukkan penggunaanya dalam bentuk draf lakaran yang saya harap agak mudah untuk difahami. Saya akui kebanyakan dari kawan-kawan “screenter” saya yang ingin menggunakan stretcher ini, agak sukar memahami penerangan saya sehinggalah saya terpaksa menunjukkannya secara terus (live).

Buat masa ini, saya masih tidak mempunyai kelengkapan Video kamera yang baik bagi menyediakan tutorial berbentuk video (selain dari talifon bimbit). Saya harap tutorial kali ini, boleh membantu, dan seperti biasa jika ada kekeliruan anda boleh saja bertanya di laman facebook di mana tutorial ini di kongsi atau tulis saja di ruangan komen di bawah.

  1. Merujuk kepada rajah 2 di bawah, letakkan mesh di atas besi “B” dan cuba ratakan mesh tersebut agar tidak terlalu melendut ke bawah. Anda boleh lekatkan dengan maskin tape (anda boleh rujuk tutorial sebelum ini pada rajah 3 &4 ” –“SCREEN STRETCHER” DIY MURAH DAN MUDAH (SANDWICH STRETCHER))
stretcher Placing mesh
Rajah 2

2. Setelah selesai melekatkan mesh, letakkan batang besi “A” di atas besi “B” tersebut dan kepitkan dengan “Apit G” (rajah 3)

stretcher tighten
Rajah 3

3. Pastikan anda ketatkan apit “G” secukupnya (AWAS: jangan terlebih ketat. Ia mungkin akan mematahkan apit G anda). Letakkan penyokong frame/block anda di atas besi “C” dan seterusnya letakkan frame/block anda di atasnya. Pastikan penyokong tersebut cukup tinggi agar anda mempunyai lebih ruang untuk menegangkannya kemudian, dan jangan terlalu tinggi sehingga melebihi ukuran apit “G” besar yang akan digunakan untuk menegangkan mesh anda selepas ini. Sebaik-baiknya, ukuran lebar dan panjang penyokong tersebut menyamai ukuran frame/block anda.

4. Setelah itu, letakkan besi yang telah dilekatkan mesh tersebut di atas frame/block tersebut dan biarkan ia tergantung (rajah 4- atas kanan). Pastikan anda letakkannya dengan sedikit margin pada setiap penjuru dengan sekurang-kurangnya 2 inci atau sebaik-baiknya 3 inci (rajah 5)

stretcher stretching
Rajah 4

 

stretcher margin
Rajah 5

5. Anda boleh mula kepitkan besi A+B dengan besi “C” dengan menggunakan  Apit “G” yang besar (rajah 4 -kanan bawah). Putarkan apit “G” tersebut sehingga anda mendapatkan ketegangan yang anda mahu. Sebaik-baiknya anda menggunakan “tension meter” sekiranya ada.

Sebelum itu, diingatkan, agar anda mengasah sedikit di tepi atau bucu- bucu frame/block anda, agar tidak memudahkan mesh anda koyak semasa menegangkannya dan pastikan permukaan frame/block anda sedikit kasar agar ada sedikit pegangan ketika proses melekatkan gam.

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau jika ada sedikit koyakkan pada mesh anda semasa menegangkannya. Anda masih boleh terus menegangkannya sedikit lagi dan terus sapukan “netting glue”

Anda juga boleh memilih untuk menyapu netting glue terlebih dahulu dan biarkan ia kering sedikit, dan sapukan sekali lagi selepas menegangkannya…atau anda boleh menyapunya setelah ditegangkan dengan 2-3 kali sapuan

Memandangkannya stretcher ini adalah stretcher “bidan terjun” ketika stretcher saya patah, ada sedikit kelemahannya :

A. Sedikit pembaziran pada mesh kerana anda perlukan sedikit margin untuk memberikan ruang tegangan

B. Risiko koyak sekirannya tepian dan bucu frame/block anda agak tajam dan tidak diasah

C. Apit G kecil untuk apitan pada mesh (A+B) anda mungkin akan patah sekiranya anda terlalu ingin mengetatkannya

Dapatkan sedikit nasihat dari tukang besi anda dari segi kekukuhan buatan besi memandangkan stretcher ini melibatkan tekanan

Anda boleh menambah baik stretcher ini dengan melatakkan kaki pada besi “C”..(sebelum saya terlupa, letakkan pengalas sebagai kaki di bawah besi “C”..tiada dalam rajah…maaf)

Anda boleh dapatkan ukurannya sekiranya anda berminat untuk mencuba sandwich stretcher ini di tutorial saya sebelum ini.

Sehingga kini, saya masih menggunakan stretcher ini dan ia masih berfungsi dengan baik sebagai stretcher walaupun agak tidak sesegak stretcher yang sebetulnya.

Selamat mencuba..Terima Kasih

ROKERAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s