SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat(Bahagian 2): Penyediaan Imej dan Channel Underbase


Untuk kali ini, saya akan tunjukkan penyedian imej atau rekaan anda sebelum anda boleh memulakan proses SPC (Simulated Process Colour). Bahagian kedua tutorial kali ini, saya akan tunjukkan penyediaan bagi “Underbase” dahulu sebelum saya teruskan pada  warna-warna yang lain.

  1. Pastikan imej anda ditetapkan pada “mode” RGB (rajah 1) pada menu IMAGE

mode RGB

2. Setelah itu, pergi semula kepada menu IMAGE > image size dan tetapkan imej anda diantara 200-300 sekurang- kurangnya bagi “Resolution” (rajah 2 & 3). (Resolusi yang terlampau besar akan mengakibatkan file anda menjadi lebih berat)

Image size

Resolution

Sekiranya imej rekaan anda mempunyai resolusi yang agak rendah, ia mungkin akan memberikan sedikit kesan pada rekaan anda. Jadi pastikan sebelum anda memulakan rekaan anda, sebarang imej yang anda gunakan mempunyai resolusi yang bersesuaian.

Sebaik-baiknya, size bagi lebar(width), dan Panjang (height) bersamaan dengan size yang akan anda cetak. Pada kotak yang paling bawah sekali, tetapkan pada tetapan “Bicubic (best for smooth gradients).

3. Sekarang anda boleh mulakan penyediaan “Channel” bagi proses penyediaan underbase. Pergi kepada “Channel Palette” dan buka “New Channel” (rajah 4. anak panah)

New channel
Rajah 4

4. Channel baru akan terhasil, samada bewarna hitam atau putih bagi sesetengah tetapan pada komputer anda. Bagi Channel yang pertama ini, saya akan tetapkan pada warna hitam, iaitu warna bagi t-shirt yang akan dicetak.( rajah 5). Sekiranya kotak channel anda berwarna putih setelah anda klik pada butang new channel tersebut. Anda boleh tekan “Alt + backspace” sekiranya kotak “Foreground & Background Colour” pada kedudukan hitam pada kotak atas, dan putih pada kotak bawah (rajah 6). Atau anda boleh menekan “Ctrl + Backspace” sekiranya keadaan sebaliknya. Sebaik-baiknya anda tetapkan pada kedudukan foreground berwarna hitam dengan klik pada anak panah pada bulatan hijau sekiranya tetapan tersedia berwarna putih (rajah 6).

Bagi tetapan pada kotak ini (sekiranya anda mula berkerja pada New Channel). Hitam bermakna terdapat warna  pada channel anda. Putih adalah sebaliknya, dan ia tidak mewakili warna pada channel anda…(saya harap anda faham keterangan pada bahagian ini)

 

channel black
Rajah 5

backFore table

5. Anda boleh namakan channel pertama tadi “Tshirt” atau apa saja yang anda suka (rajah 7)

tee Channel

6. Sekarang anda klik pada kotak hitam pada channel tersebut, dan “Channel Option” akan keluar (rajah 8). Tetapkan warna hitam (warna t-shirt) pada “Color” , dan opacity pada 100%.

Channel Option check
Rajah 8

7. Ulangi langkah 4 hingga 6 bagi penyediaan channel “Underbase (rajah 9 & 10). Kali ini, tetapkan “color” kepada warna putih sama seperti jika anda ingin mencetak underbase pada t-shirt. Anda boleh tukarkan kepada warna biru muda atau cream. Terpulang kepada anda.

channel White
Rajah 9
Channel Option Underbase
Rajah 10

Namakan channel ini “Underbase”, atau nama-nama yang anda sukai asalkan anda tahu channel apa yang anda hasilkan.

8.  Sekarang anda boleh mulakan bagi pemilihan warna bagi underbase. Anda boleh pilih diantara 3 channel RGB (Red, Green & Blue) tersebut.(rajah 11, 12 & 13)

Red Channel
Rajah 11
green channel
Rajah 12
blue Channel
Rajah 13

Perhatikan ketiga-tiga channel tersebut seakan serupa. Cuba bandingkan “bulu burung” sebelah kiri bahagian bawah sekali pada setiap channel, dan anda akan dapati perbezaannya. Perhatikan semula imej anda (klik pada channel RGB) dan cuba perhatikan yang mana lebih sesuai bagi pilihan underbase (rajah 14)

Image 1
Rajah 14

 

Ia memerlukan sedikit kebiasaan dan latihan bagi memahami channel mana yang sesuai. Lama-kelamaan anda akan faham.

Bagi rekaan ini, kesemua channel boleh dijadikan underbase, walaubagaimanapun setiap channel akan memberi sedikit kesan yang berbeza pada keseluruhan cetakan.

Tips bagi pemilihan ini, bahagian yang berwarna gelap adalah bahagian yang perlukan sedikit deposit warna, jadi saya akan pilih channel “Green” sebagai asas bagi underbase

nota* : untuk mendapatkan output terbaik, anda perlu “bermain” pada menu Image>adjustment>brightness & contrast atau level..buat permulaan, jangan sentuh curves dan exposure dahulu. Walaubagaimanapun anda akan fahami keperluan tersebut sekiranya anda mengamalkan serta sedikit salah silap (trial anda error) teknik ini bagi mendapatkan hasil yang baik. Saya akan terangkan mengenainya pada bahagian yang akan datang, insyaallah.

Anda masih mampu menghasilkan cetakan simulated pada kadar asas penggunaannya.

 

9. Sekarang anda klik pada channel Green, tekan “Ctrl + backspace” pada papan keyboard anda. Setelah terdapat selection pada imej anda, klik semula pada channel underbase dan tekan “Alt + backspace” pada papan keyboard anda. (pastikan kotak “foreground/background anda pada tetapan hitam di atas dan putih di bawah-rujuk rajah 6 ). Paparan pada rajah 15 akan terhasil

View output underbasde

10. Anda boleh “enable” channel “t-shirt” untuk melihat paparan pada  keadaan jika t-shirt berwarna hitam (rajah 16)

View wth Tee Channel
Rajah 16

11. Sekarang anda telah menghasilkan channel bagi underbase secara asasnya. Saya akan terangkan bagaimana anda perlu menaikkan sedikit warna hitam pada channel tersebut dan memastikan background pada channel tersebut benar-benar putih untuk mendapatkan hasil output yang lebih baik serta memastikan channel anda benar-benar sesuai untuk digunakan semasa “outputing” pada bahagian yang akan datang.

Saya harap anda dapat fahami bahagian ini sebelum saya teruskan pada bahagian berikutnya agar lebih memudahkan pemahaman anda pada bahagian yang akan datang.

Jika ada kekeliruan atau bahagian-bahagian yang anda kurang faham, anda boleh ajukan di ruangan komen samada di facebook, atau di sini.

Terima kasih

ROKERAMA

http://www.facebook.com/Rokeramagraphic

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s