SIMULATED PROCESS COLOUR – Panduan berperingkat (Bahagian 1) : Pengenalan dan Asas


Saya akui bagi kebanyakan dari anda yang tidak biasa dengan penggunaan “Photoshop”, mungkin sukar untuk memahami tutorial yang saya tunjukkan sebelum ini. Lebih-lebih lagi teknik pengasingan Simulated. Mungkin anda boleh ikuti apa yang ditunjukkan, tetapipemahaman mengenainya mungkin “ke laut”.

Saya akan menunjukkan panduan secara berperingkat mengenai teknik Simulated ini. Saya akan cuba menggunakan bahasa yang paling mudah difahami. Saya pecahkan tutorial asas ini kepada beberapa bahagian agar ia mudah difahami dan tidak memeningkan kepala anda.

Saya mulakan dengan sedikit pemahaman mudah mengenai apa itu Simulated Process Colour (SPC) untuk bahagian pertama ini.

SPC adalah di mana anda memilih warna yang dominan pada imej yang mempunyai “Gradient” atau tona (tone) warna. Tidak seperti CMYK, anda perlu memilih sendiri warna yang anda akan cetak. Secara mudah, seperti SPOT colour, tapi mempunyai tona. Anda perlu tahu dan bijak memilih warna, disamping mengenalpasti bahagian-bahagian yang akan bertindih (overlaped). Anda perlukan latihan dan kebiasaan bagi memahirkan teknik ini. Ia akan memahirkan anda lama- kelamaan.

Image 1

Perhatikan pada rajah 1. Warna yang nampak dominan dan perlu untuk pengasingan sekurang-kurangnya 5 warna.

  1. Coklat gelap
  2. Coklat cream
  3. Kuning
  4. Putih
  5. Underbase

Anda hanya perlu pilih setiap warna tersebut menggunakan tool pada menu “Select” (Rajah 2). Pergi kepada “Color Range”.

select

Setelah window color range dibuka, gunakan tool “Eyedropper” dan click kepada warna yang anda kehendaki. Dalam kes ni, saya akan memilih warna coklat gelap.( Rajah 3)

eyedropper
Rajah 3

Berikut adalah paparan pada skrin setelah anda membuat pilihan (rajah 4). Anda boleh ubah paparan bagi mengenal pasti pemilihan anda di kotak “Selection Preview”. Gerakkan “slider” pada “Fuzziness” untuk mendapatkan pilihan tona yang anda perlukan. Main-mainkan slider kedepan dan kebelakang sehingga anda berpuashati dengan warna yang anda pilih.

selek karer
Rajah 4

Berikut adalah paparan warna setelah ditetapkan pada channel yang.(rajah 5)

Selected brown
Rajah 5

Itulah yang dikatakan “Simulated Colour”. Pilihan warna berdasarkan kemahiran anda memilih atau membuat simulasi warna sebelum anda memulakan proses percetakan.

Saya akan sambung pada proses penetapan warna yang sudah dipilih pada panel “Channel” pada tutorial bahagian kedua nanti. Pastikan anda benar-benar fahami bahagian pertama ini agar memudahkan anda pada bahagian kedua nanti.

Anda boleh mengajukan sebarang pertanyaan jika terdapat bahagian-bahagian yang anda kurang faham.

Terima Kasih

ROKERAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s