Apa itu “INDEX COLOUR SEPARATION”?


Index Colour Separation, atau juga dikenali sebagai “stochastic” atau juga “FM screening”, adalah salah satu teknik pengasingan warna bagi cetakan t-shirt, disamping teknik seperti “Simulated, SPOT dan juga proses CMYK”. Pengasingan menggunakan cara Index ini agak mudah, berbanding proses simulated. Walaubagaimanapun, pemilihan warna bagi mendapatkan warna yang diperlukan untuk diasingkan agak mengambil masa dalam memilih warna yang sesuai. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang jarang sekali menggunakan perisian “photo editing” (Adobe Photoshop sebagai contoh).

Terdapat berbagai perisian tambahan, atau “script” bagi memudahkan proses pengasingan. Walaubagaimanapun, pemahaman mengenai teknik ini juga diperlukan, agar anda mampu mendapatkan hasil yang lebih baik.

Untuk artikel kali ini, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai “index colour separation” sebelum saya sediakan tutorial berbentuk video sedikit masa lagi, insyaallah. Dan untuk makluman anda, artikel ini adalah sekadar memberikan gambaran kasar dan penyediaan asas tentang apa itu index colour separation sebelum anda mengikuti tutorial yang akan datang.

Saya akan cuba terangkan dalam bahasa yang mudah difahami dan tidak terlampau terperinci, agar penerimaannya lebih mudah buat masa ini.

Kebiasaannya teknik ini digunakan bagi rekaan yang memerlukan banyak warna untuk cetakan. Sekurang-kurangnya 6 warna dan ke atas. Dan bagi pendapat saya, 8 warna dan ke atas adalah yang terbaik bagi teknik ini.

Perbezaan teknik ini amat berbeza jika dibandingkan hasilnya dengan teknik CMYK. Warna yang terhasil lebih menyerlah dan memberikan mood yang lebih……..(maaf, saya tak dapat nak cari perkataan yang sesuai), terutamanya bagi t-shirt yang bewarna gelap, lebih-lebih lagi warna hitam. Begitu juga dengan penggunaan teknik simulated. Tapi untuk kali ni, saya akan fokuskan pada topik Index Colour Separation.

Teknik ini memerlukan anda menukar “mode” rekaan anda kepada “Indexed colour”. (lihat rajah 1) Click pada “custom” (rajah 2) dan ia akan menunjukkan “Colour Table” (rajah 3) bagi rekaan anda.

Mode
Rajah 1
Index Custom
Rajah 2
Colour Table
Rajah 3

Anda akan disajikan dengan 256 warna untuk anda pilih, dan anda perlu kurangkan kepada jumlah warna yang mampu anda hasilkan bagi cetakan. Anda boleh pilih diantara warna-warna tersebut mengikut pilihan anda. Cuba kenalpasti warna-warna asas seperti merah, kuning, biru dan tidak dilupakan hitam dan putih. Cuba untuk mendapatkan sekurang-kurangnya antara 6- 8 warna. Lagi banyak warna adalah yang terbaik, dan ia bergantung kepada meja cetakan dan juga kemampuan anda.

Saya menggunakan gambar yang tinggi resolusinya yang saya dapati dari salah satu website yang sesuai digunakan sebagai contoh. Saya memilih 9 warna secara rambang bagi rekaan ini, termasuk warna hitam dan putih. (rajah 4). Walaubagaimanapun, ia tidak termasuk warna “underbase” yang akan menjadikan kesemuanya 10 warna. (itulah sebabnya, penggunaanya agak jarang…termasuklah saya). Bagi cetakan t-shirt bewarna hitam, warna hitam akan saya abaikan untuk output. Sesetengah pencetak mungkin tidak menggunakan underbase. Ia bergantung pada bagaimana hasil cetakan yang anda inginkan. Sedikit selingan di sini. Sesetengah pereka sukakan hasil cetakan yang nampak terang dan menyerlah, dan sesetengah lagi, sukakan cetakan yang nampak “blend” dengan warna baju. Teknik percetakan memainkan peranan dalam memberikan kesan yang dikehendaki. Ia terpulang kepada kehendak pereka, pencetak atau pelanggan.

Picking Colour
Rajah 4

Setelah anda pasti warna yang anda pilih dengan meletakkan warna putih pada permulaan, dengan hitam sebagai warna terakhir, pastikan anda “save”kan “Colour table” anda sebelum anda teruskan kepada proses seterusnya. Anda perlu dekatkan, atau “close up”  image yang telah anda asingkan warnanya (rajah 5). Ia agak macam tidak kena jika anda “zoom out” atau pada pandangan yang kecil.

Anda tidak perlu risau jika pada percubaan pertama anda yang mungkin agak tidak berapa menjadi atau warnanya tidak seperti yang anda inginkan. Anda boleh cuba ulangi proses tadi beberapa kali sehingga anda dapatkan warna yang anda kehendaki.

Colour Done
Rajah 5
closed up
Rajah 6

Cuba perhatikan lagi dengan lebih dekat (rajah 6), “dot” yang terhasil setelah di tukarkan kepada index colour. Ia tidak seperti dot “Halftone” yang  mempunyai size dot yang berbeza dari yang besar kepada yang halus. Bagi index pula, ia menggunakan “Diffusion Dither”. Size dot yang terhasil adalah sama dan dihasilkan secara rawak. Secara mudahnya, banyak dot, banyak warnanya, kurang dot, kuranglah warnanya. Kelebihannya adalah, anda tidak perlu risau dengan kesan berbayang atau moire (sebutan “mua rey”) akibat pertembungan “dot” jika tetapan anda lari. Dan index tidak ada tindihan warna atau “overlapping” seperti halftone. Setiap warna adalah pada kedudukan masing-masing.

Cuba perhatikan perbezaan dot di antara “Index” (rajah 7), dan “Halftone”(rajah 8)

diffussion
Rajah 7
Halftone
Rajah 8

Setelah anda berpuashati dengan warna yang dipilih, anda boleh teruskan dengan proses penyedian output. Ada beberapa cara bagi penyediaan output, samada anda boleh lakukan satu persatu dengan menukarkannya kepada mode BITMAP, atau boleh disediakan seperti mana proses simulated menggunakan “Channel”. Walaubagaimanapun, saya akan terangkan  pada tutorial yang akan datang.

Saya berpendapat di antara index dan spot colour tidak banyak perbezaannya. Index, bagi saya adalah spot colour dalam bentuk yang lebih halus dan mampu memberikan kesan “gradient” pada cetakan.

Ada sesetengah pencetak menggabungkan teknik-teknik yang berasingan di antara Index, simulated dan juga CMYK bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dan juga praktikal dari segi cetakan. Semuanya terpulang kepada anda.

Inilah antara sebabnya mengapa saya lebih meminati percetakan skrin berbanding digital. Dengan kecanggihan pencetak seperti DTG, serta teknik “Heat transfer” menggunakan dakwat sublimition, saya masih lagi cenderung untuk mendalami teknik Silk screen ini. Ia memberikan lebih ruang untuk anda mendalami dan menguji kreativiti anda. Mungkin ia sekadar perisian, tapi ia memerlukan anda untuk pengisian.

Begitulah serba ringkas mengenai Index Colour Separation. Sentiasalah berkunjung ke rokerama bagi mendapatkan tutorial dan artikel-artikel yang mungkin bermanafaat untuk anda.

Wassalam

ROKERAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s