Rekaan T-shirt secara “Freehand” vs Komputer


Kebanyakan pereka rekabentuk atau “Design” t-shirt masakini, lebih banyak menghasilkan rekabentuk menggunakan 100% komputer. Yang saya maksudkan di sini ialah “Pereka”, bukannya pencetak. Pencetak hanya mencetak apa yang diberikan oleh pelanggan mereka. Sesetengah pelukis juga telah berhijrah dari penggunaan “freehand” kepada penggunaan komputer. Sekurang-kurangnya mereka melakukan proses “inking” dan mewarna menggunakan komputer. Ini mengakibatkan “stroke” yang dihasilkan tiada keasliannya. saya tak nafikan kekemasan hasil dari penggunaan komputer. Disamping memudahkan pencetak dalam menjalankan proses yang seterusnya. Saya sendiri boleh dikatakan 90% menghasilkan rekabentuk  menggunakan komputer, walaupun sesetangah lakaran lebih mudah dihasilkan menggunakan freehand.

Berbanding semasa saya mula menceburi bidang ini, kebanyakan penghasilan rekabentuk menggunakan freehand. Lakaran, mewarna dan pengasingan menggunakan 100% secara manual. Saya masih ingat semasa menghasilkan “Halftone” menggunakan “marker pen”, dengan menggunakan teknik “dotting” satu persatu. Walaubagaimanapun, ada sesetengah rekabentuk, saya cuba menghasilkan secara freehand. Walaupun saya dapati, pergerakan, atau stroke yang dihasilkan agak “berkarat”, tapi hasilnya agak mengujakan.Sesetengah lakaran yang dihasilkan, saya dapati agak “tidak kena” dari segi susuk tubuh, atau gaya badan. Tapi, itulah keasliannya.

IMG_20150817_185903IMG_20150817_190025IMG_20150817_185940

IMG_20150817_190003IMG_20150817_190056

Visual 1 A bkground

Laksamana Laksa Melaka

Sekurang-kurangnya, asas atau lakaran yang dihasilkan menggunakan freehand. Bagi proses pengwarnaan dan “editing”, penggunaan komputer adalah lebih praktikal, terutamanya bagi proses “outputing”.

Anda tidak semestinya perlu menghasilkan rekabentuk freehand anda sendiri. Saya yakin, bukan semua pereka mampu melukis, dan pereka tidak semestinya pelukis, dan begitu juga sebaliknya. Anda boleh mengupah pelukis-pelukis yang anda kenali, atau anda boleh membelinya dari mereka yang mampu menghasilkan lukisan-lukisan yang menarik, dan secara tak langsung, anda membantu dan menghargai hasil kerja mereka.

Perekabentuk t-shirt dan pencetak, adalah 2 bidang yang berbeza walaupun ia saling berkait. pereka tidak semestinya mampu mencetak, dan begitu juga sebaliknya. Sebab itu anda akan dapati, sesetengah pereka akan menghasilkan rekabentuk, yang bagi sesetengah pencetak akan berkata, “Mak aii..!!, sesuka hati dieorang je design yeaaa..”. Tapi jika anda seorang pereka dan juga pencetak, ia adalah satu kelebihan buat anda. Anda akan merekabentuk mengikut kemampuan dan keselesaan anda. Anda juga tahu bagaimana menghasilkan rekabentuk, agar ia mudah bagi anda untuk menyediakannya bagi proses cetakan. Pada masakini, ramai pencetak sudah mampu menghasilkan cetakan walau sehebat manapun rekabentuk tersebut dihasilkan. Terutamanya bagi mereka yang mengunakan cetakan Plastisol menggunakan teknik Simulated atau index separation.

design       IMG_20150817_190114

Bagi saya, rekabentuk sesuatu rekaan itu, tidak semestinya secantik pelukis yang mahir. Apa yang penting adalah keaslian, dan mesej yang cuba disampaikannya (sekiranya  ia bermesej).

Saya lebih menghargai penghasilan secara freehand, berbanding penggunaan komputer walaupun saya sendiri banyak menghasilkan rekaan menggunakan komputer. Setiap kali saya mula memegang pensil, mata saya pun mulalah mengantuk. Pensil pun saya rasakan amat berat sekali dan rokok pun dah hampir setengah kotak dihabiskan, dan hasilnya kebanyakan di tong sampah. tapi bila tiba sahaja “mood” untuk melukis itu datang, ia memang agak menyeronokkan.

10632202_1450808351869316_633815627_n   gdsgs

Walaubagaimanapun, penggunaan dan kemahiran menggunakan komputer sebenarnya amat penting bagi pereka dan juga pencetak t-shirt. Kekemasan dan masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu rekaan itu, dapat dijimatkan. Penghasilan output juga menjadi lebih mudah dan efisyen. Saya tak nafikan, kebanyakan rekaan yang dihasilkan, terutamanya penggunaan perisian seperti Adobe Photoshop contohnya, amat mengujakan. Kemahiran mengolah photo dan imej oleh pereka-pereka ini, sentiasa memberikan saya seperti satu motivasi untuk terus menghasilkan rekaan t-shirt.

Keperluan di antara dua cara penghasilan ini amat saling diperlukan, cuma…cuba jangan ditinggalkan atau diabaikan penggunaan freehand yang saya rasa, makin agak berkurangan. Saya amat teruja melihat sesetangah pencetak dan pereka di laman sosial, menghasilkan lakaran menggunakan freehand, disamping proses editing menggunakan komputer. Saya benar-benar menghormati dan menghargai mereka.

Jadi, bagi mereka yang sudah lama meninggalkan pensil, cubalah menggunakannya semula. Ambil pensil, pen, kertas…dan jangan lupa pemadam yang bagus, atau kertas yang banyak, dan mulakan melukis. Saya pasti, hasilnya amat mengujakan anda, atau mungkin anda berakhir dengan tertidur di atas meja.

Wassalam

ROKERAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s