“GUIDE BRACKET” : Penyediaan tetapan atau setting block cetakan


Tutorial ringkas ini adalah kesinambungan dari tutorial “Cara-cara Membuat Meja Cetak T-Shirt”.

Anda tidak semestinya perlu menghasilkan bracket sendiri untuk tetapan block anda, dan tidak semestinya serupa dengan apa yang saya lakarkan pada tutorial yang saya sebutkan di atas. Anda boleh menggunakan bracket ” T” atau “L”, atau yang lurus (lihat rajah)

images
Bracket “T”, “L” dan lurus

Bracket seperti ini, anda boleh dapatkan dengan mudah dari kedai-kedai hardware yang berdekatan. Sebaik-baiknya kedai yang lebih kepada menjual barangan logam. Setiap unit berharga dalam lingkungan RM 1- RM2.50.

Walaubagaimanapun, anda boleh hasilkan sendiri bracket yang lebih stabil apabila memulakan cetakan.

bracket
Rajah 2

Anda boleh gunakan ukuran yang saya berikan pada rajah 2.

t-bracket
Rajah 3

Anda juga boleh menggunakan bracket seperti pada rajah 3, walaubagaimanapun ia agak jarang didapati di kedai-kedai hardware biasa

Saya akan tunjukkan serba sedikit, kegunaan “Guide bracket” ini

blok bracket 3
Rajah 4

Rajah 4 menunjukkan bagaimana bracket diletakkan pada block. Ia bergantung kepada kebiasaan setiap pencetak. Apa yang penting ialah kedudukan block itu tidak akan bergerak semasa anda tetapkan pada kedudukannya.

blok bracket 1
Rajah 5

Anda boleh lihat bagaimana kedudukan bracket jika menggunakan bracket “T,L” dan yang lurus. Begitu juga bracket seperti pada rajah 2.

Anda boleh lihat kedudukannya pada bulatan merah (rajah 5 , no. 3). “Central Guide” akan menahan pergerakan bracket pada block ke sebelah kiri/kanan(bergantung pada sebelah mana anda tetapkan), dan stopper akan menetapkan kedudukan (Rajah 6)

blok bracket 5
Rajah 6

Bagi penggunaan bracket pada rajah 3, kedudukannya adalah pada sebelah tepi block anda (rajah 7)

blok bracket 2
Rajah 7

Apa yang penting di sini ialah fungsi bracket itu sendiri, memastikan block tetap pada kedudukannya semasa mencetak. Anda boleh bereksperimen dengan meja cetak anda bagi mendapatkan tetapan atau setting yang lebih baik.

Semoga tutorial ini berguna untuk anda.

Terima kasih

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s