CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah


Kepada anda yang baru menceburkan diri di dalam bidang percetakan t-shirt ini, atau mungkin anda ingin membina meja cetakan sendiri bagi mengurangkan kos, atau pembekal yang berjauhan dari tempat anda, saya sertakan panduan lakaran dan ukuran yang sesuai bagi menghasilkan meja cetak yang mudah dan ringkas.

Mengikut dari segi kosnya, memang agak murah, walaubagaimanapun masa dan tenaga yang diperuntukkan bagi pembinaan meja cetak ini, mungkin agak leceh memenatkan. Anda juga memerlukan “Welding set” dan juga “Mesin Pemotong Besi” dan bukan semua rumah mempunyai peralatan sebegini.

Anda mungkin boleh hantarkan lakaran dan ukuran yang saya sediakan kepada tukang besi berdekatan anda. (TIPS :berkawanlah dengan tukang besi atau jadikan pembuatan besi sebagai hobi sampingan anda)

Apa yang PENTING, dan perlu anda titik beratkan dalam menghasilkan meja cetakan ini adalah :

  1. Kekuatan pemegang papan cetak bagi menahan tekanan
  2. Ketepatan sedut pemegang papan cetakan
  3. Ukuran yang selaras bagi setiap “central guide/central mark”

Anda juga boleh menghasilkannya daripada kayu, walaubagaimanapun saya cadangkan hanya pada bahagian tapak dan bingkainya sahaja, dan pastikan kayu yang anda akan gunakan, benar-benar lurus dan kuat. Sekurang-kurangnya berukuran 3 x 1.5 inci.

Tapi, bagi pembinaan meja yang akan saya tunjukkan kali ini, saya akan tumpukan pada penggunaan besi dan mempunyai 3 pallate.

BAHAN- BAHAN YG DIPERLU DISEDIAKAN :

  1. Batang besi  ( 2 x 1 inci) = sekurang2nya 2 batang (20/19 kaki sebatang)
  2. Batang besi  ( 1 x 1 inci) = sebatang (10 kaki sebatang)
  3. Batang besi  ( 0.5 x 0.5 inci) = sebatang ( hanya 1 kaki diperlukan)
  4. Batang besi sudut <Angle>  ( 2 x 2 inci) = sebatang (hanya lebih kurang 6-8 kaki diperlukan)
  5. Papan pallate (samada MDF atau plywood) = (ketebalan 15 mm sebaik-baiknya)
  6. Bolt & Nut + washer  (ukuran : 12 atau 13 mengikut pemutar/spanar) = 12 biji atau lebih
  7. Skru = 20 biji

* Ukuran dan jumlah bahan-bahan yang saya senaraikan ini adalah sebagai anggaran sahaja.

Saya akan tunjukkan ukuran bagi 2 jenis meja cetak, mengikut keperluan anda. Satu jenis di mana pallate mudah untuk dikeluarkan dan ditukar mengikut size, dan satu lagi yang dilekatkan terus kepada pemegang pallate. Bagi yang mudah dikeluarkan (detachable), anda boleh sediakan ukuran pallate yang berlainan bagi cetakan yang lebih besar atau lebih kecil. Anda boleh juga mengikut ukuran yang anda inginkan, bergantung kepada keperluan anda. Perlu diingatkan, meja yang akan anda hasilkan adalah untuk anda, anda yang mencetak dan anda yang menentukan apa yang anda mahu

* Ukuran yang saya tunjukkan juga, boleh diubah mengikut keperluan dan kebijaksanaan anda

A. Sediakan ukuran bagi papan pallate mengikut Rajah 1.

rajah 1
Rajah 1. Pallate T-shirt

B. Terdapat 2 jenis meja di sini (Rajah 2). Meja A di mana kita boleh tukarkan pallatenya bila-bila masa, dan Meja B yang dilekatkan terus kepada pemegangnya (palalte mati). Perhatikan jarak diantara setiap pallate pada Meja A. Saya lebihkan jaraknya agar memudahkan anda menukarkannya kepada ukuran pallate yang lebih besar supaya tidak terlalu rapat, atau bersentuhan.Kelemahannya di sini dari segi pembaziran ruang, jika anda menukarkannya pada set pallate yang lebih kecil. Bagi ukuran Meja A ini, size lebar (width) maksimum bagi ukuran pallate anda adalah 18 inci

Bagi ukuran pallate Meja B, jarak yang diberikan adalah yang sebaik-baiknya. Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengurangkannya sehingga 2 inci jaraknya. Cuba perhatikan kotak kecil memanjang bewarna kuning(“Rest Pad”) yang berada pada kedudukan di bawah pallate tersebut. Saya buatkan sebagai satu ciri tambahan, atau “Add on” pada meja ini. Saya akan ceritakan kemudian. Saya tak pasti samada ia terdapat pada meja yang dibuat oleh pembekal tempatan atau tidak. Anda juga tidak perlu risau mengenai lakaran bewarna biru pada Rajah 2 ini. Saya akan ceritakannya pada bahagian C.

rajah 2
Rajah 2 : Pandangan dari sisi atas

C. Sekarang kita pergi kepada Rajah 3.

rajah 3
Rajah 3 : Pandangan dari sisi tepi

Saya akan mulakan dengan penghasilan bagi Meja A (detachable pallate). Lakaran sebelah kiri adalah bagi Meja A, dan kanan bagi Meja B

Kita mulakan dengan bulatan 1 (merah) lakaran sebelah kiri. Anda perlu pastikan ketepatan 2 sudut tersebut adalah tepat pada skala 90°. Ia penting apabila anda mula mencetak nanti. Ia menentukan kedudukan Block skrin anda pada pallate benar-benar terletak sekata. Sudut pada bahagian bawah pula menentukan kedudukan keseluruhan meja. Ada sesetangah meja yang dibuat berada pada kedudukan mendongak sedikit melebihi skala 90°. Ia juga agak praktikal bagi memudahkan sapuan squeegee, dan juga block berada pada kedudukan yang tetap pada “stopper bar” (pada pendapat saya)

Kita pergi kepada bulatan 2 (biru). Saya letakkan palang ini bagi menjamin kekuatan pemegang Pallate, agar tidak melendut atau bergerak ke bawah semasa anda mencetak. Pada sesetengah keadaan, anda mungkin perlu atau secara tidak sengaja menekan agak kuat semasa menarik squeegee, dan ini secara tidak sedar, cetakan anda akan menjadi cacat atau pengeluarannya lari dari tetapan. Palang ini hendaklah anda lekatkan atau “weld” pada lakaran palang yang bewarna biru pada Rajah 2.

Bahagian yang saya bulatkan dengan bulatan merah, pada lakaran sebelah kiri dan menunjukkan anak panah pada Rajah 3 (Pandangan sisi atas), adalah pemegang papan pallate selepas pallate ditanggalkan. Letakkan 2 palang melintang sebagai pemegang kepada “pemegang” papan pallate. Pastikan ukuran setiap sudut tepat dan rata jika diletakkan. 4 Bolt dan nut tersebut adalah bertujuan bagi mengikat palatte.Tanya pendapat tukang besi anda mengenai size bolt n nut, atau disini, saya cadangkan 12 atau 13 (rujuk pada senarai bahan). Anda boleh lihat lakaran letak “bracket” yang akan akan disambung pada pemegang pallate pada bulatan 4 (kuning). Anak panah merah pada atas pallate tersebut, menunjukkan bracket pallate tersebut dari sisi tepi..anda boleh anggarkan ukurannya sepanjang 1 kaki atau 8 inci.

Sekarang kita pergi kepada penghasilan Meja B (pallate mati) lakaran sebelah kanan pula. Anda lihat pada bulatan 3 (hijau). Besi sudut digunakan bagi mengikat pallate. Lihat pada anak panah yang menunjukkan pandangan dari sisi atas. Gunakan skru kecil yang sesuai dengan ukuran lubang. Pastikan skru tidak melebihi 15 mm panjang, atau tidak melebihi ketebalan pallate (jika anda menggunakan palatte/plywood nipis)

Okeh..saya akan jelaskan mengenai “Add On”, bulatan 5 (ungu). Ia digunakan sebagai “rest pad” kepada block skrin anda. Tujuannya adalah bagi memberikan lebih kestabilan pada block skrin ketika anda mula mencetak. Ia juga mengurangkan beban tekanan pada “guide bracket” pada block skrin. Anda boleh bayangkan jika papan yang diletakkan dengan kedudukan yang keseluruhan permukaan di atas meja, dengan yang tidak jika anda tekankan papan tersebut. Rajah 4

contoh
Rajah 4

D. Seterusnya, saya cadangkan anda bancuh kopi atau order saja dari kedai berdekatan. Nyalakan sebatang dua rokok. Mainkan lagu kesukaan anda, atau bagi mereka yang masih ingat atau belum lupa bagaimana untuk bersolat,dan…. belum lagi bersolat pada waktunya, bolehlah tunaikan kewajipan anda..

E. Okeh..Kita pergi kepada Rajah 5.

Merujuk kepada bulatan 6 (perang), anda boleh memilih samada untuk melekatkan pengedap tekanan atau tidak. Ia bergantung kepada keperluan cetakan anda. Jika anda ingin membuat cetakan “rubber dye” atau “water base”, pengedap amat membantu. Memandangkan penggunaan “mesh” bagi rubber dye/water base yang memerlukan bukaan skrin (1200/1350) yang besar berbanding plastisol, pengeluaran warna semasa cetakan adalah banyak. “On contact” atau kedudukan block dan pallate yang rapat, amat penting bagi menghasilkan cetakan yang kemas, dan permukaan yang lembut atau sedikit serapan akan memberikan kesan yang optimum pada cetakan. Walaubagaimanapun, tanpa pengedap juga bukanlah menjadi satu masalah sekiranya pallate anda benar2 rata. Pilihan bagi jenis material yang sesuai dijadikan pengedap adalah seperti kain PVC kanvas yang kebiasaannya bewarna hijau militari. Anda juga boleh menggunakan “floor matt” yang tebal yang biasa digunakan sebagai ganti kepada “tiles” lantai atau apa yang biasa orang panggil “mosaic”..atau mozek. Tapi berhati-hati jangan sampai mengganggu ukuran pada papan pallate dan “central guide”. Pastikan sapuan gam pada permukaan pallate bagi melekatkan pengedap adalah rata bagi mengelakkan permukaan mengelembung. Dan jika anda ingin meletakkan rest bar pada meja cetakan anda, lekatkan sekali pengedap yang serupa.

Saya syorkan anda menggunakan besi “bar” berukuran 0.5 x 0.5 inci bagi central guide berbanding penggunaan rod. Ia lebih stabil berbanding penggunaan “rod”. Tapi masih bukan menjadi satu masalah jika anda ingin menggunakan rod.

F. Sekarang kita pergi pada bahagian akhir. Rajah 5

rajah 5

Anda dapat lihat bagaimana kedudukan antara block dan pallate, dan pentingnya ketepatan sudut pada pemegang pallate dan juga tapak. Penggunaan “guide bracket” yang selaras amatlah digalakkan berbanding penggunaan paku. Anda boleh gunakan bar yang sama sepertimana anda gunakan untuk central guide, dan ini membuatkan tetapan block pada meja cetakan lebih stabil. Rest bar juga agak membantu. Anda boleh gunakan paku sebagai stopper atau skru. Ia lebih mudah dan senang disediakan. Tapi jika anda lebih inisiatif, anda boleh hasilkan stopper anda sepertimana anda hasilkan guide bracket.

Tiada apa yang boleh saya ceritakan mengenai squeegee pada rajah di atas. Ia sekadar nampak cantik jika diletakkan bersama block.

Sekiranya terdapat kekeliruan pada tulisan saya, atau anda sedar ada kesilapan pada susunan ayat, atau anda rasa boleh ditambah baik, boleh lah poskan di ruangan komen. Untuk makluman, lakaran meja ini sepatutnya saya hasilkan bagi meja tambahan untuk kegunaan saya sendiri. Walaubagaimanapun, setelah tumpuan kerja saya lebih kepada teknik plastisol dan discharge, maka saya simpan draf ini untuk dikongsikan dengan mereka yang berminat.

Assalamualaikum dan Terima kasih

Advertisements

7 thoughts on “CARA-CARA MEMBUAT MEJA CETAK T-SHIRT : Lakaran serta Ukuran Ringkas, Mudah & Murah”

  1. Tuan,

    1) Guide bracket berbentuk T tu boleh beli dimana? Beberapa hardware store yang saya pergi tak jual.

    2) Stopper tu perlukah kita adjust accordingly atau ada ukuran panjang yang tertentu?

    Like

    1. Okeh…kalau tuan pergi ke kedai Hardware, tuan hanya perlu mencari “T” bracket..nanti saya updatekan gambarnya pada post saya ni nanti. Tidak semestinya sama seperti yang saya lakarkan..kebiasaannya, sesetangah printer akan tempah atau buat sendiri menggunakan besi leper selebar 1 inci, dan dipotong sepanjang lebih kurang 3 setengah, atau 4 inci. Weld kan dengan besi “hollow” segiempat berukuran setengah inci.tebuk lubang pada besi yang leper untuk dilekatkan pada block.Jika tuan tinggal disekitar Kuala Lumpur, dan biasa pergi mendapatkan bekalan dari hai kuang untuk peralatan mencetak, mereka ada menjual guide bracket ni..tapi jika harganya melebihi RM 5, baik beli di kedai hardware sahaja. Kebiasaanya, kedai yang banyak menjual barangan besi ada bermacam-macam jenis. Tuan juga boleh gunakan “L” bracket..
      Stopper boleh di adjust mengikut pada ukuran atau setting permukaan yang tuan akan cetak..Tapi kebiasaannya tidakkalah panjang sangat..antara 1 ke 2 inci..
      * sila update pada blog saya ni dalam sehari dua ni, saya akan postkan bentuk-bentuk “guide bracket” yang boleh di gunakan

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s