APA ITU DISCHARGE PRINTING?


Discharge printing adalah salah satu teknik di mana hasil cetakan tidak mempunyai rasa di tangan (softhand feel)

Proses percetakan adalah sama seperti percetakan lain, dari segi penyediaan output, block adn cetakan

Walaubagaimanapun, penggunaan dye/dakwat adalah berbeza, disamping anda perlu “cure” kan cetakan anda sehingga 160 darjah celcius untuk “discharge”kan cetakan anda

Semasa pemanasan sampai kepada kepanasan 160 darjah, dakwat yang telah dicetak akan mengambil tempat pada warna t-shirt itu sendiri, dan menggantikan dengan warna dakwat yang telah dicetak.

Proses diantara cetakan dan pemanasan mestilah dilakukan dengan segera setelah dicetak, memandangkan “Discharge Agent” yang dicampur bersama paste mempunyai jangkamasa aktif, yang mana jika melebihi tempoh tertentu, kesan “discharge”nya akan semakin berkurangan.

Itulah sebabnya, penggunaan pencetak “Spider atau Carousal atau Screen Press” adalah yang terbaik untuk menjalankan cetakan Discharge ini.

Walaubagaimanapun, penggunaan meja panjang juga masih boleh untuk mencetak teknik ini. Samada anda menggunakan heatgun dengan bantuan seseorang untuk mengeringkannya, atau anda cuma menghasilkan satu warna cetakan, dan terus memanaskannya menggunakan Heatpress selepas selesai setiap satu cetakan…dan ia amat memenatkan

Jangan lupa menggunakan “Screen Hardener” kepada anda yang selalu mengabaikan penggunaannya

Sesetengah pencetak hanya menggunakan Discharge pada underbase, dan seterusnya menggunakan waterbase dye atau softhand plastisol untuk warna seterusnya. Cara ini agak praktikal, dimana anda tidak perlu membilas t-shirt yang  selesai dicetak…MEMBILAS!!??..Yea…anda perlu membilas t-shirt yang dicetak..memang agak leceh, tapi hasilnya amat mengujakan.

Anda disyor menggunakan pallate aluminium bagi teknik discharge untuk Underbase ini, kerana pemanasan di atas pallate kayu atau MDF, akan menyebabkan pallate anda melengkung

Pemanasan cetakan juga memerlukan jangkamasa yang tertentu. Ia bergantung kepada pembekal anda. Untuk kerja saya, saya akan press T-shirt tersebut setelah selesai dicetak dan dipanaskan sehingga selesai proses discharge menggunakan heatpress antara 30-35 saat, atau jika anda mempunyai conveyor heater….saya rasa anda tak perlu baca artikel ni…anda mungkin sudah mahir dengan teknik discharge

Ada juga pembekal yang membekalkan dye/ink yang menghasilkan kesan seakan-akan discharge, tapi bukan discharge (merujuk kepada penerangan mereka)..walaubagaimanapun, masih tidak sama seperti discharge

Sepanjang saya menceburi bidang ini, Saya belajar agar tidak 100% percaya pada nasihat penggunaan oleh pembekal yang hanya menjual, tapi tidak mencetak. Cukup sekadar keterangan penggunaannya, dan selebihnya pandai-pandailah saya “trial and error”. Dapatkan nasihat dari kawan-kawan yang menjalankan teknik discharge ini .Dapatkan nasihat penggunaan dari mereka . Jika tiada, anda boleh saja menghubungi saya melaui komen atau hubungi terus.

Kelebihan teknik discharge ini, anda boleh melakukan cetakan WOW atau wet on wet, sama seperti plastisol. Pastikan block anda “on contact” atau direct contact (saya tak pasti mana yang betul) semasa mencetak, memandangkan ink discharge ini agak cair

Terdapat juga ink Discharge plastisol seperti mana waterbase. Walaubagaimanapun, saya tak pasti pembekalnya di Malaysia. Anda boleh tempah terus dari Ryonet secara atas talian

Anda juga hendaklah menggunakan material fabrik 100% cotton untuk mendapatkan hasil discharge yang baik, dan pastikan t-shirt yang anda beli, benar-benar 100% cotton. Anda boleh rujuk post saya mengenai jenis kain bagi discharge printing ini

Untuk pembekal di Malaysia, anda boleh menghubungi CSC di Johor, dan jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur atau berdekatan, anda boleh mendapatkannya dari CHEMIKAS (Mr Chong 012 3861216) atau En Roslihan Borhan (0137888851). Juga boleh menghubungi PYSB (Pao Yeang Sdn Bhd :03 6257 5588) Saya tak pasti bagi bagi lain-lain tempat.

Saya tak pasti pembekal khai lien ada membekalkan ink discharge ini, tapi yang pasti, Hai Kuang memang tiada

Okeh, saya harap post ini membantu pada sesiapa yang ingin mengetahui mengenai discharge printing ini..mungkin ada yang saya tertinggal.

Anda boleh komen jika ada apa-apa yang belum jelas

Terima Kasih

Advertisements

6 thoughts on “APA ITU DISCHARGE PRINTING?”

    1. Okey..sudah lama tak ambik supply dari Pao Yeang..sudah lebih 10 tahun i rasa..last i ambik plastisol ink..anytime i akan try ambik n test supply dari Pao Yeang..thank you

      Like

    1. Wkumsalam..boleh..discharge same mcm printing biase..cume perlu ade flash cure atau heater yg boleh exceed 180 C..paste+discharge agent..screen,printing,emulsion semua same..tshirt perlu 100% cotton…0133701014 utk wassap saye

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s