Kali ini saya akan menunjukkan serba sedikit teknik pengasingan warna CMYK. Teknik pengasingan ini adalah yang termudah sekali berbanding pengasingan Spot colour, simulated atau index. Jika rekabentuk sudah tersedia, apa yang anda perlukan hanyalah tetapkan ukuran, dan hantar untuk proses output. Atau jika anda mahu menghasilkan output sendiri menggunakan inkjet printer anda,pengasingannya tidaklah seleceh atau sesukar teknik2 yang lain. Walaubagaimanapun, bagi yang ingin menghasilkan cetakan CMYK pada baju berwarna gelap, anda perlu lalui sedikit proses bagi menghasilkan output/filem bagi underbase
Sebelum itu, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai “pros dan cons” menggunakan teknik CMYK ini. Teknik ini sudah lama tidak saya gunakan, memandangkan saya lebih kerap menggunakan teknik Simulated dan Index untuk cetakan Plastisol dan waterbase discharge, dan saya berpendapat, teknik CMYK ini hanya sesuai digunakan bagi cetakan t-shirt berwarna putih dan juga percetakan offset.Walaubagaimanapun, memandangkan teknik ini, sebahagian daripada teknik yang terdapat dalam percetakan skrin, saya akan cuba menyampaikannya sebaik-baik mungkin.
Saya tidak mengatakan teknik ini tidak sesuai bagi cetakan di atas t-shirt, terutamanya t-shirt berwarna gelap, cuma hasilnya tidak berapa mengujakan dan berbanding penggunaan teknik Simulated atau Index. Ini kerana, penggunaan underbase putih memerlukan opacity yang tinggi untuk menaikkan warna CMY..Dan saya amat tidak mengamalkan penggunaan CMYK bagi cetakan Plastisol. tapi ianya terpulang kepada anda. Pada pendapat saya, cetakan yang nampak cantik di atas kertas, tidak semestinya cantik di atas pakaian. Disamping itu, mungkin disebabkan saya amat tidak berminat dengan cetakan berkualiti photo di atas baju. Saya berpendapat, teknik heatpress atau DTG lebih praktikal bagi mereka yang inginkan cetakan berkualiti photo
Ikuti tutorial penghasilan output/film bagi teknik CMYK + Underbase bagi cetakan t-shirt berwarna gelap ini, semoga ia bermanafaat bagi mereka yang ingin mempelajarinya
CMYK bole guna rubber dye ke ek?
LikeLike
Boleh,tapi gunakan dye 100 clear (trenslucent), untuk proses colour..boleh jugak cmpur cikit dgn tc dye (kebiasaan dulu semasa guna rubber dye)..
LikeLike
Kalau supply dpt dari haikuang,mmg ade dye 100..atau CSC, boleh gunakan ES 100..khailien saya xpasti,tapi mesti ade..
LikeLike
Thanks
LikeLike
No problem tuan..wcum
LikeLike
halamak tuan…..camno nak print setiap satu cymk dan base tu?
LikeLike
Print dulu base..tapi utk cmyk,kene pastikan underbase tu betul2 putih..baru naik CMYK tu..sebab ink cmyk ni die translucent atau transparent.CMYK ni sebenarnye senang..cuma elakkan “marking” lari jea..lari sikit die boleh nmpak mcm berbelak2 atau omputih ckp moire..tu sebab angle die berbeza nak elakkan moire tu
LikeLike
saya cuba dulu tuan….terima kasih
LikeLike
selamat mencuba
LikeLike
Saya hampir2 memahami tutorial tuan….tapi masih lagi saya perbaiki skill photoshop saya. Saya cuba print setiap channel di AI selepas save dalam bentuk EPS. Tak menjadi…tapi saya boleh print dari Ghostscrip melalui GS view…ada 5 channel semuanya….bolehkah saya berbuat begitu? samakah outputnya?
LikeLike
Care tu sesuai sekiranya tuan hantar pada film output printer atau tuan ade printer yg enable postscript..sekiranya manual..tuan guna cara yg saya tunjuk dlm tutorial “preview halftone dan cetak”..asalkan marking xlari, dan print cukup hitam..jpeg atau pdf pun boleh
LikeLike
Salam tuan, terima kasih atas ilmu tuan.
Sy nak tanya sdikit tuan. Untuk underbase cmyk putih. Paste utk putih paste apa perlu pakai?
Soalan kedua simulated dan cmyk apa beza nya tuan..
LikeLiked by 1 person
Wkumsalam..sama2…
Untuk CMYK underbase..boleh guna paste putih..kalau case gune rubber..guna ink putih yg 200..
tapi untuk t-shirt hitam, saya x galakkan gune cmyk, sbb hasilnye x menyerlah berbanding cara simulated process color..
untuk t-shirt putih, ok..
CMYK vs Simulated:..secara mudahnya,cmyk gabungan 4 warna menjadikan warna yang berlainan..biase digunakan utk cetakan atas kertas, sticker..utk t-shirt..warna putih sesuai..Utk Simulated pulak..ini cara yg sesuai utk cetakan full color atas t-shirt hitam dan lain2 warna..sebab warna akan menjadi lebih menyerlah dgn penggunaan ink yg opaque, berbanding ink cmyk yg lebih translucent atau transparent
LikeLiked by 1 person