Bagi yang baru ingin mencuba mencetak menggunakan teknik discharge printing, penggunaan jenis kain yang sesuai amat penting. Bertanya dulu pada pembekal anda adakah material tersebut 100% cotton. Sesetengah t-shirt menunjukkan label yang bertulis 100% cotton, tapi realitinya ia bukan seratus peratus cotton. Walaubagaimanapun, bukan semua pembekal arif mengenai material yang dibekalkan.
Untuk rujukan, saya senaraikan label t-shirt yang sesuai bagi discharge printing yang pernah saya gunakan dan boleh digunakan setakat ini.
1. Foursquare
2. Gildan 76000 series
3. Fruit of the Loom
Bagi material yang anda dapatkan dari pembekal di sekitar Jalan Kenanga atau yang baru anda kenali, pastikan anda membuat percubaan terlebih dahulu, walaupun pada labelnya tertulis 100% cotton
Ada sesetengah material memang tidak dapat menghasilkan kesan discharge, disebabkan campuran material yang tidak sepenuhnya cotton
Ada sesetengah warna memang tidak dapat menghasilkan kesan discharge yang baik, walaubagaimanapun ia mungkin sesuai bagi sesetengah rekabentuk yang memerlukan kesan cetakan yang unik
Anda juga perlu pastikan yang pemanas atau heater anda mampu mencapai 160 darjah celcius sekurang-kurangnya
Penggunaan jenis dye atau ink yang sesuai juga memainkan peranan. Dapatkan maklumat yang secukupnya dari pembekal anda bagi hasil yang anda perlukan. Jangan takut melakukan eksperimen sebelum memulakan cetakan