Bagi anda yang selalu mengalami masalah semasa proses expose atau burn block skrin, terutamanya yang baru menceburkan diri dalam kerja-kerja mencetak t-shirt ini, saya senaraikan beberapa faktor yang memungkinkan ia tidak menjadi, atau kurang sempurna
1. Output/film yang kurang gelap
2. “Emulsion down” bagi output halftone, index atau cetakan yang halus
3. Jangkamasa yang tidak tepat (samada terlalu lama atau terlalu cepat)
4. Ketegangan atau tension skrin yang tidak mencukupi
5. Susunan lampu pada “exposure box” yang tidak betul (samada jarak terlalu jauh di antara lampu dan cermin, atau di antara susunan lampu…dan ia bergantung kepada apa jenis lampu/mentol yang anda gunakan)
6. Tenaga mentol yang semakin berkurangan, yang memerlukan anda menambah masa expose
7. Emulsion yang tidak cukup atau terlebih matang/kering
8. Penggunaan Mesh yang tidak sesuai bagi sesetengah output yang berfrequency tinggi atau halus