PLASTISOL: UNDERBASE ATAU TIDAK


Sesetengah printer ade bertanyakan bagaimana jika tidak menggunakan Underbase semasa mencetak menggunakan ink Plastisol, atau apakah cara yang tidak perlu menggunakan underbase?..atau, apakah jenis ink yang tidak perlu menggunakan underbase.?

Okeh..saya pun tak pasti ape yang ditakutkan menggunakan underbase?setakat ni, belum ade berlaku ape2 kejadian yang tidak diingini semasa menggunakan underbase..okeh2..Saya faham, kadang2 anda kalau boleh akan cube mengurangkan seberape boleh block yang akan digunakan, dan juga sesetengah printer ingin mendapatkan hasil cetakan yang tidak terlampau tebal..tapi semua keperluan ini bergantung kepada apa kehendak anda terhadap design yang akan anda cetak nanti, dan mencetak underbase tak semestinya menghasilkan cetakan yang tebal

Tapi bagi pendapat saya, penggunaan underbase memainkan peranan yang amat penting bagi menghasilkan cetakan yang cantik, terutama sekali penggunaan teknik simulated. Underbase tak semestinya setebal 5 mukasurat atau seterang2nya…ia sekadar cukup untuk menaikkan warna yang diperlukan, dan tak semestinya underbase itu perlukan opacity 100%..anda boleh menggunakan 5% hingga 95% opacity untuk underbase, bergantung kepada warna yang anda hendak tonjolkan. Ia juga tak semestinya meliputi semua warna seterusnya..untuk bahagian yg gelap di penghujung halftone anda tidak perlu ada underbase. Pada sesetengah keadaan, anda boleh menggunakan 2 underbase bagi menghasilkan kesan cetakan yang lebih menyerlah atau lebih menarik
.
Walaubagaimanapun,ada sesetengah design boleh dicetak tanpa menggunakan underbase. Saya akan menulis mengenai topik tersebut kemudian.

Sebab itu saya amat menggalakkan printer memahami teknik pengasingan warna secara manual berbanding menggunakan software2 yang ada. Ia akan membuatkan anda memahami mengapa output terhasil sebegitu rupa, berbanding membiarkan software/action tools menguruskannya untuk anda

Penggunaan teknik “Wet on wet juga memainkan peranan dan mampu menghasilkan cetakan yang lebih menarik pada setiap penghasilan cetakan menggunakan plastisol ink,lebih-lebih lagi bagi penggunaan 2 underbase dan apabila menggunakan plastisol ink, saya semestinya menggunakan teknik ini dan ia amat menjimatkan masa dan tenaga

Penggunaan Underbase juga, tak semestinya warna putih. Saya akan menggunakan warna underbase mengikut design yang akan dihasilkan..dan underbase juga pada sesetengah keadaan, ia akan mengurangkan penggunaan warna lain semasa mencetak. Boleh dikatakan sebagai warna alternative. Anda boleh gunakan warna cream,biru muda,hijau muda, kelabu muda atau apa2 warna yang berkaitan dengan warna utama, agar ada kesinambungan warna..tiada kene mengena pun takpe..tapi pastikan muda2 belaka…campurkan warna putih untuk setiap warna

Saya selalu menasihatkan kepada mereka yang bertanya, agar jangan takut bereksperimen dengan kerja anda. Kadang2 kita akan menjumpai teknik2 atau trick2 yang agak menarik. Dan setakat ini, saya belum pernah dengar ade lagi printer yang terkorban semasa membuat eksperimen mencetak ni..tapi awas, jangan bereksperimen dengan tempahan yang dibuat pelanggan anda..risiko wang dikembalikan agak tinggi..dan saya yakin, anda tak mahu semua itu berlaku..

kat sini, saya sediakan contoh underbase yang biasa saya gunakan semasa mencetak

IMG_20150605_233630IMG_20150605_233821

1. Untuk cetakan ini, saya menggunakan underbase biru muda. Anda dapat lihat, untuk underbase cetakan ini, ia tidak meliputi kesemua warna yang diperlukan. Ia sekadar cukup untuk menaikkan warna2 yang diperlukan.

Perhatikan warna merah, ia hanya menggunakan opacity tinggi berdekatan dengan logo sahaja. Jika dilihat pada cetakan sebenar, anda akan dapat lihat perbezaannya..Melalui gambar ni, agak tak berape jelas memandangkan saya sekadar menggunakan handphone..yang murah pulak tu

IMG_20150605_233647IMG_20150605_233720

2. Cuba anda perhatikan pada cetakan warna Coklat muda bagi “tanjak”..penggunaan undebase amat sedikit. Dan seterusnya bagi warna coklat gelap, penggunaan underbase hampir tiada. Sepatutnya memang ada, tapi saya kurangkan opacity pada channel semasa proses pengasingan bagi mendapatkan kegelapan yang sesuai

IMG_20150605_233812IMG_20150605_233926

3. Seterusnya, warna merah dan HiLite White..Untuk warna merah, jika anda ingin menghasilkan cetakan warna floresen, ini adalah teknik yang paling sesuai dan paling memberikan kesan yang optimum terhadap cetakan anda, dengan sedikit underbase pada bahagian2 yang terang dan berkurangan pada warna yang kurang terang.

Selebihnya, bagi bahagian underbase yang opacity nya tinggi, anda gunakan untuk mencetak underbase, dan ia cukup untuk menaikkan hasil cetakan anda

4. Cuba perhatikan contoh yang berikut

IMG_20150523_130412

Bagi underbasenya saya juga menggunakan warna biru muda. Saya gunakan opacity yang agak tinggi bagi bahagian yang terang di bahagian atas tulisan tu. Ia sebernarya bukanlah satu keperluan, kerana anda boleh gunakan opacity warna dalam lingkungan 65-85% pun sudah memadai. Tapi ini adalah salah satu eksperimen terawal saya..konon2nya nak print satu warna untuk penjimatan..tapi bukan itu caranya jika anda nak meghasilkan cetakan yang baik. Sekurang2nya jika nak berjimat sangat2 lah, 2 warna dikira ok

IMG_20150523_130417IMG_20150523_130501

5. Untuk design ni, saya buat dua jenis warna. Satu yang menggunakan 2 warna, underbase dan hilite white, dan satu lagi warna yang sepatutnya, 3 warna, Underbase, gold dan hilite white. Kedua2 hasil pun nampak menarik bagi saya..ada yang berkenan dengan hanya warna putih sahaja, dan ada yang berkenan dengan 3 warna…pelanggan ada macam2 citarasa

6. Kesimpulannya, jangan takut menggunakan underbase atau jangan gunakan alasan penjimatan untuk tidak menggunakan underbase..walau pada dasarnya cetakan tersebut untuk 1 warna, penggunaan underbase, amatlah penting bagi saya untuk mendapatkan hasil yang baik

7. Walaubagaimanapun, ia hanyalah amat berkesan bagi penggunaan cetakan bagi t-shirt yang bewarna gelap, terutamnya hitam, dan menggunakan teknik simulated atau index separation. Bagi penggunaan t-shirt berwarna cerah atau terutamanya putih, penggunaan underbase hampir tidak perlu. walaubagaimanapun, bagi sesetengah keadaan, saya masih menggunakan underbase bagi cetakan di atas t-shirt berwarna cerah

8. Sesetengah printer berpendapat, penggunaan underbase akan mengakibatkan cetakan yang kasar atau tebal. Tapi bagi saya, tebal atau kasar cetakan tersebut bukanlah atas faktor penggunaan underbase semata2. Ia melibatkan penggunaan Mesh dan teknik cetakan itu sendiri. gunakan mesh count yang agak tinggi, seperti kebiasaan yang saya gunakan adalah 90T atau bersamaan dgn 2286. Penggunaan “off contact” juga penting bagi mendapatkan hasil cetakan yang halus dan “sharp”. Saya juga mencadangkan wet on wet, terutamanya yang menggunakan plastisol ink bagi mendapatkan hasil cetakan yang lembut. Output yang berfrequency tinggi juga agak memainkan peranan dan juga peratusan opacity pada output juga memberikan kesan pada hasil cetakan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s