“SCREEN STRETCHER” DIY MURAH DAN MUDAH (SANDWICH STRETCHER)


Mungkin “screen stretcher” ni tak “se hensem” yang ada di pasaran, walaubagaimanapun ia amat berkesan jugaklah. Saya guna ni semasa screen stretcher saya patah hari tu dan memandangkan saya nak gunakannya segera, saya pun gunakan cara ni..dan saya namakannya “SANDWICH STRETCHER”

Okeh..jom tengok macamana

Bahan-bahan yg diperlukan:

a. Besi mengikut ukuran yang diperlukan (rujuk rajah 1)

b. Getah paip

c. Netting Glue (boleh didapati di kedai yang membekalkan barangan screen printing)

d. Mesh/kain skrin (boleh didapati di kedai yang membekalkan barangan screen printing)

e. Apit “G”. dalam anggaran 16 biji yang berukuran 4″ jarak apit dan 4 biji yang berukuran 6″ atau lebih jarak apit

f. Berus cat

g. Masking tape

Rajah 1 : Lakaran rupa bentuk "screen stretcher"
Rajah 1 : Lakaran rupa bentuk “screen stretcher”

1. Dalam gambarajah 1 di atas, kita sediakan bingkai yang diperbuat daripada besi supaya ia agak boleh bertahan dalam keadaan tekanan yang kuat. Ukuran boleh mengikut “block/frame” ukuran anda sendiri..kalau ikut yang saya berikan di atas agak besar..mungkin anda boleh ikut ukuran 26 inci x 30 inci bagi ukuran frame bersaiz 18 inci x 24 inci. kos dalam anggaran RM 50-RM100..kalau buat sendiri lagi murah kalau anda ada mesin welding sendiri. Takpun pinjam jap kat kawan-kawan yang ada mesin welding atau mintak tolong dieorang weldingkan..kejap je, tak sampai setengah jam siap. Besi boleh dapatkan di kedai welding, beli sikit saki baki besi yang dieorang dah tak guna. Silap-silap haribulan, dieorang bagi free je..try la suruh kawan perempuan tolong mintakkan..70% peluang dapat free…hahahaha..okeh2..melalut dah ni..kita terus ke langkah kedua

2.Lekatkan getah paip yang telah dipotong pada permukaan atas bingkai besi (gambarajah 2). Ini untuk “grip” atau cengkaman apabila kita apitkan kain screen atau “mesh”. Bagi saya, getah paip ni memang bahan yang paling efektif dan murah gilerrr dan senang didapati memandangkan kebiasaan getah paip ni terdapat “texture” yang bergaris yang memang sesuai untuk cengkaman atau “grip”

(nota: getah paip dipasang pada bingkai yang kosong..bukan yang berjaring..jangan terkeliru pada gambar, kerana bingkai berjaring tu berada pada kedudukan di bawah dan saya terlupa untuk mengasingkan dari gambar…maaf)

Rajah 2: Bingkai besi berjaring yang dilekatkan getah paip
Rajah 2: Bingkai besi berjaring yang dilekatkan getah paip..abaikan “maskin tape” tu

3. Kita boleh mulakan dengan meletakkan “mesh” di atas bingkai tersebut. Anda boleh potong mesh tu mengikut ukuran bingkai tersebut. Lekatkan sikit dengan maskin tape supaya mesh tu tak bergerak ataupun berada pada kedudukan tetap dan senang bila kita nak buat langkah seterusnya

Rajah 3 : Lekatkan mesh menggunakan masking tape
Rajah 3 : Lekatkan mesh menggunakan masking tape
Rajah 4 : Mesh siap dilekatkan pada frame
Rajah 4 : Mesh siap dilekatkan pada bingkai

Lekatkan pada setiap penjuru bingkai seperti dalah rajah 4

4. Seterusnya kita mula letakkan besi “L” d atas bingkai yang sudah diletakkan mesh tersebut, dan mula apitkan dengan api “G” (rajah 5 dan 6) tapi sebelum tu, besi “L” tu pun, kita mesti lekatkan getah paip seperti pada bingkai sebelum ini supaya apitan lebih kuat. Maaf, saya terlupa nak ambil gambar untuk bahagian tu.

Rajah 5
Rajah 5
Rajah 6
Rajah 6: Apitkan disepanjang bingkai

okeh..Kita biarkan seketika bahagian dan kita terus kelangkah 5

5. Kita boleh mula menyapu “netting glue” pada “block”. Pastikan sapuan anda rata keseluruh bahagian atas block (rajah 7)

Rajah 8: Netting Glue
Rajah 7: Netting Glue
Rajah 8 : Meratakan "netting glue" pada block
Rajah 8 : Meratakan “netting glue” pada block
Rajah 9 : Kesulruhan bahagian atas block sudah diratakan dengan "netting glue"
Rajah 9 : Kesulruhan bahagian atas block sudah diratakan dengan “netting glue”

Biarkan seketika, tapi jangan sampai terlampau kering. Mungkin dalam 2-3 minit sudah memadai. Block yang dah disapu “glue” tadi, kita letakkan di tengah2 bahangian atas bingkai yang berjaring (rajah 9)

6. Seterusnya, kita boleh mula meletakkan bingkai yang telah kita apitkan “mesh” sebelum ni diatas block yang sudah di sapu “netting glue” (rajah 10), dan pastikan kedudukan bingkai tersebut, selari dengan bingkai berjaring di bahagian bawah

Rajah 10
Rajah 10

7. Mula apitkan kedua-dua bingkai yang dipasang mesh dengan bingkai berjaring yang berada pada kedudukan di bawah tersebut menggunakan apit G yang besar(rajah 11). Pasangkan di setiap penjuru (rajah 12)

Rajah 11
Rajah 11
Rajah 12
Rajah 12

8. Mulakan mengetatkan apitan secara perlahan, berperingkat dan sekata. Jangan ketatkan terus di sebelah penjuru

Anda boleh boleh terus mengapit sehingga anda dapatkan ketegangan yang anda mahu. Sebaik-baiknya anda perlu mendapatkan “tension meter” untuk mendapatkan ukuran ketegang yang terbaik. Tapi untuk tips bajet ni, anda boleh try lambung duit syiling sekadar nak pastikan mesh anda cukup tegang untuk mencetak. Kemungkinan kain mesh anda akan koyak sedikit di bahagian penjuru block, oleh itu sebaik-baiknya jika anda mula membuat binkai besi tersebut, pastikan “margin yang lebih sikit untuk block anda. walaubagaimanapun, ini adalah kelemahan stretcher ni

9. Setelah anda pastikan ketegangan skrin yang anda mahukan, anda boleh mula merataka sekali lagi “netting glue” pada block(rajah 13)

Rajah 13
Rajah 13

Pastikan sapuan anda rata dan menyeluruh

10. Setelah dibiarkan kering beberapa ketika, anda boleh menggosok bahagian tersebut dengan lapisan getah atau boleh gunakan “squeegee” kecil agar “netting glue” tersebut benar-benar sebati dan kuat melekat pada block tersebut (rajah 14)

Rajah 14
Rajah 14

Anda juga boleh menggunakan penukul besi dengan mengetuk perlahan-lahan di bahagian seperti dalam rajah 14

Biarkan selama 30 minit lebih kurang, dan block anda sedia untuk digunakan untuk “burn/expose”

Selamat mencuba!!

Advertisements

8 thoughts on ““SCREEN STRETCHER” DIY MURAH DAN MUDAH (SANDWICH STRETCHER)”

    1. Netting glue tu boleh dapat di:
      1. Haikuang..harge RM75 (Phone 03 40429569)
      2. Khai Lien..harge lebih kurang RM65 (03-9283 7032 )
      3. Chemikas(CSC Distributor)..harge RM38 (0123861216 Mr Chong)

      Like

      1. Cuma satu saya perlu maklumkan, pastikan di tepi frame anda ditumpulkan atau digosok dengan kertas pasir agar ia tak tajam. Sebab bila kita sedang menegangkan screen tu, perasaan ingin menegangkan selagi boleh tu ada..jadi kalau terlebih, ia akan mengoyakkan mesh anda…kalau mesh koyak sekadar dibucu sahaja, ia tidak menjadi masalah sangat dan anda masih boleh tegangkan lagi sedikit, dan dahulukan bahagian yang terkoyak tersebut…Yg merisaukan bila mesh tu terloyak serentak di satu bahagian sepanjang block tu. terima kasih

        Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s